Minho membukakan pintu kereta dan mempersilakan Jisung menaiki keretanya. Selepas itu, Minho ke tempat duduk pemandu. Sebelum Minho menekan pedal minyak dan tukar gear, minho memandang ke arah Jisung. Lalu mendekatkan dirinya ke Jisung. Jisung terkejut dengan tindakan Minho itu. Secara automatik, wajahnya bertukar kemerahan. Jantungnya berdegup kencang. Lalu dia menutup matanya menunggu bibirnya disentuh. Tetapi....
Minho: Dah. Safety first.
Jisung: Ha? (sambil membuka matanya)
Rupa-rupanya minho tolong memakaikan tali pinggang keselamatan. Malunya Jisung. Dia ingatkan Minho ingin menciumnya. "Tak jelas sangat kan tadi?" omelnya sendiri sambil menggosok lehernya.
Minho tidak berhenti tersenyum sepanjang perjalanan. Manakala Jisung masih menahan malu. Jelas diwajahnya kemerahan. Matanya fokus ke arah jalan kerana tidak ingin menatap mata Minho. Malunya tidak terkata.
Minho: Sungie, kenapa ni? Awak ok tak? kenapa telinga awak merah?
Jisung: Takde apa. (tanpa mengalihkan pandangan)
Minho: Awak tak selesa ke dengan saya? [sudah gaharu cendana pula]
Jisung: Eh taklah. Mungkin sebab cuaca panas.
Minho: Panas? (sambil tengok cuaca di luar. Mustahil panas, sekarang dah senja. Panas celah mana. sambil tersenyum)
Minho faham keadaan Jisung sekarang. Tapi dia suka tengok Jisung dalam keadaan begitu. Muka kemerahan menahan malu. "Comel" omel dia sendirian.
Tidak lama kemudian, Minho memberhentikan keretanya. Kini mereka sampai di sebuah restoran. Besar, mewah, terletak di tepi pantai.
Minho: Jom.
Jisung: Awak, besarnya restoran ni. Mesti mahal kan? Saya tak mampu lah.
Minho: Takpe, saya belanja.
Jisung: Aish. Saya tak suka lah terhutang budi dengan orang.
Minho: Alah. Hutang budi apa nya. Ni tanggungjawab saya.
Jisung: Erk? Tanggungjawab?
Minho: Haha. Nanti awak tahu lah.
Mereka pun menuju ke arah meja yang ditunjukkan oleh pelayan. Jauh dari pelanggan yang lain. Unik. Dengan khemah dan hiasan di sekelilingnya. Meja yang dihias dengan alas meja merah, bunga ros merah dan lilin. Lampu kelip2 yang menghiasi khemah. Candle light dinner sangat. Minho menarik kerusi Jisung dan mempersilakan Jisung untuk duduk. Mata Jisung tidak berhenti melihat hiasan yang cantik itu.
Minho: Suka?
Jisung: Cantiknya. Tapi kenapa kita punya tempat ni macam special sangat?
Minho: Mestilah, untuk waktu yang special dengan orang yang special.
Jisung tersenyum dan wajahnya bertukar kemerahan lagi. Minho ini selalu membuatnya malu.