Bab 21

416 43 3
                                    

Sehun★★

Aku mengelamun memikirkan nasib aku.Manusia jahat seperti Gayoon perlu pupus! Tengok sekarang ni,hubungan aku dan Kyungsoo baru sahaja dalam proses pemulihan hari tu dah pun hancur semula.Tu baru Kyungsoo,belum lagi cakap pasal Woori.Dengar kata,dia bakal berpindah ke Jepun.Adakah itu benar? "Hoii..Tuan Pengetua nak jumpa," Kata Kyungsoo.Aku tersedar dari lamunan dan terus bergegas ke bilik pengetua.

"Oh Sehun." Kata pengetua selepas menjemput aku duduk."Ya,saya?" Jawab aku.Pengetua menguntum senyuman."Awak patut berterima kasih kepada kawan-kawan awak." Kata Tuan Pengetua."Kenapa?" Soal aku."Mereka dah membantu saya untuk mencari kebenaran.Lee Gayoon patut dihukum." Jawab Tuan Pengetua."Betulkah? Syukurlah.Lee Gayoon memang patut dihukum.Imej saya sebagai seorang artis idola sudahpun tercalar." Jelas aku.Tuan Pengetua mengangguk-angguk."Tentu kamu dileteri oleh pengurus kamu,kan?" Soal Tuan Pengetua."Itu sudah tentulah." Jawab aku.Tuan Pengetua tertawa kecil.Tiba-tiba,pintu bilik Tuan Pengetua dibuka."Tuan.." Kata Gayoon dengan pendek."Ada apa?" Soal Tuan Pengetua."Saya..nak minta maaf sebab banyak menyusahkan Tuan Pengetua.Saya..akan keluar dari sekolah ni." Kata Gayoon."Awak..nak keluar? Saya..tak suruh awak keluar pun.Saya cuma..kenakan hukuman sahaja," Jawab Tuan Pengetua."Ya,saya tahu.Ianya keputusan saya sendiri untuk keluar." Jelas Gayoon."Bila awak akan keluar?" Soal Tuan Pengetua."Minggu depan." Jawab Gayoon.Tuan Pengetua hanya mengangguk-anggukkan kepalanya."Ermm..Sehun,boleh..kita berbincang sekejap?" Soal Gayoon kepada aku."Huhh..yalah," Jawab aku lalu mengikut Gayoon keluar dari bilik tersebut.

"Apa dia?" Soal aku."Aku..dengar..Woori nak pindah," Kata Gayoon."Habis tu kenapa? Kau suka?" Perli aku.Gayoon menggeleng laju."Tak,bukan macam tu.Aku..kalau boleh,ingin minta maaf dengan dia.Dia pindah sebab akukah? Sehun..aku minta maaf sangat-sangat.Aku tahu,aku banyak buat kau malu.Aku sepatutnya.." "Dah! Aku dah muak! Kau ingat aku akan percaya dengan orang yang licik macam kau ni? Aku tak bodohlah!" Marah aku.Gayoon terdiam.Air matanya gugur ke pipi."Aku menyesal! Aku dah tak nak jadi jahat lagi!" Kata Gayoon."Jangan harap aku nak percaya," Kata aku kemudian terus meninggalkannya.

Gayoon★★

Ya,aku tahu memang susah orang yang jahat seperti aku ni untuk dipercayai.Tapi,kali ini kata-kata aku benar.Aku memang dah menyesal setelah apa yang telah appa aku katakan kepada aku semalam.

FLASHBACK● ●

"Gayoon! Kau tahu tak yang kau dah malukan muka aku?! Habis kawan-kawan aku cakap yang aku tak reti jaga anak! Anak aku terdesak,tergila-gilakan jantan!" Kata appa aku sambil menolak kepala aku."Appa,Gayoon tak ada niat nak malukan appa pun," Kata aku,mempertahankan diri."Tak ada niat apanya?! Tak fikirkah tentang arwah omma?! Kau nak orang panggil kau anak yatim tak sedar diri?! Jangan buat aku malu sebab ada anak macam kau!" Jerit appa aku lagi.Tangisan aku semakin kuat."Kau keluar dari sekolah tu! Jangan bersekolah dengan Sehun lagi! Dia tu artis! Semua orang kau dah malukan!" Kata appa."Baiklah..kalau itu yang appa mahukan.Gayoon akan menurut perintah appa," Akhirnya,aku terpaksa mengalah.

END OF FLASHBACK● ●

"Woori! Woori!" Panggil aku apabila melihat Woori yang baru sahaja keluar dari tandas."Hmm.Apa?" Soalnya sepatah tanpa memandang wajah aku."Boleh tak kalau..lepas waktu sekolah nanti,kita keluar makan sekejap? Aku ada nak bincang sesuatu," Kata aku."Baiklah.Tunggu aku kat kereta kau.Aku akan pergi ke sana," Jawab Woori.Nasib baiklah dia setuju.

Woori★★

Seperti apa yang telah dijanjikan dengan Gayoon,aku menunggunya di kereta aku.Beberapa minit menunggu,akhirnya dia tiba bersama keretanya.Dia menurunkan tingkap."Jomlah.Ikutlah aku," Kata Woori.Aku hanya mengikut keretanya dari belakang.

"Apa yang kau nak cakapkan tu?" Soal aku."Aku tak nak jadi anak yang tak berguna.Jadi..maafkan aku.Engkau ambillah..Sehun tu," Kata Gayoon.Aku mengerutkan kening.Apa maksud dia? "Anak yang tak berguna? Apa maksud kau?" Soal aku lagi."Aku...tak sedar diri.Aku ni dahlah anak yatim,tak ada mak.Kenapa aku bersikap terdedak terhadap lelaki? Nasib baiklah ayah aku sedarkan aku hari tu," jelas Gayoon."Baguslah kalau kau dah sedar." Kata aku kemudian menghirup latte."Kau tak payahlah pindah ke Jepun sebab..biarlah aku sahaja yang pindah.Kau baik,pandai.Sekolah kita perlukan kau.Bukan orang macam aku." Kata Gayoon."Kau pindah?" Soal aku.Gayoon mengangguk sambil tersenyum."Aku malu dengan Sehun dan ahli-ahli Exo yang lain.Kau juga sama," Jawab Gayoon.Aku hanya diam.

You're Mine!Where stories live. Discover now