Bab 8

513 41 0
                                    

Woori★★

"Kyungsoo..mana kereta kau?" Soal aku kepada Kyungsoo yang berjalan bersama aku menuju ke luar pintu pagar."Aku balik jalan kaki hari ni.Kereta aku omma guna pagi tadi.Appa aku kan outstation," Jawab Kyungsoo."Aku nak balik ngan kau," Kata aku."Tentulah.Aku hantar kau dulu," Balas Kyungsoo."Jangan! Aku..lepak kat rumah kau dululah nanti," Kata aku.Kyungsoo merenung aku."Kenapa? Peliklah kau ni.Omma kau tak risaukah?" Soal Kyungsoo.Aku menggeleng."Okaylah," Jawab Kyungsoo.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Dah beritahu omma?" Soal Kyungsoo.Aku mengangguk."Kau duduklah kejap.Aku nak pergi beli barang jap," Kata Kyungsoo.Aku mula risau."Aku..ikut," Kata aku."Sekejap je.Bukannya jauh pun," Kata Kyungsoo.Aku hanya diam."Kau risau pasal aku,eh? Jangan bimbang.Aku dah belajar sikit teknik wushu daripada Tao," Seloroh Kyungsoo.Aku hanya menjelingnya dan menghantarnya ke pintu."Woori,jomlah makan dulu.Mak cik dah masak ni," Pelawa Puan Do,omma Kyungsoo."Tak apalah,mak cik.Mak cik makan dulu," Kata aku."Kalau macam tu,Woori makan dengan Kyungsoo nanti,ya?" Aku mengangguk sambil tersenyum.Aku menunggu kepulangan Kyungsoo.Tunggu..tunggu..tunggu lagi.Hati aku mula rasa tidak sedap.Sudah 45 minit tetapi Kyungsoo masih belum pulang sedangkan kedai runcit bukanlah jauh sangat.Aku menelefon Kyungsoo,tetapi,tidak dijawab."Woori,Kyungsoo pergi mana sebenarnya ni?" Soal Puan Do dalam kebimbangan."Dia cakap nak beli barang," Jawab aku."Dah telefon dia?" Soal Puan Do lagi."Dah.Tapi,dia tak angkat," Jawab aku.Tiba-tiba,ada panggilan yang masuk.Terpapar nama Kyungsoo di skrin."Kyungsoo! Kau kat mana?" Soal aku."Ak..ku..ss..ak..kit," Jawab Kyungsoo dengan nada lemah."Kyungsoo! Kau kat mana sekarang ni? Beritahu aku," Aku berkata sambil menangis dengan kuat.Puan Do yang tidak tahu apa-apa turut menangis sambil berterusan bertanya kepada aku tentang Kyungsoo."Hello? Ahli keluarga Encik Kyungsookah ni? Dia akan dibawa ke Hospital Besar Seoul kerana terlibat dengan kemalangan," Kata seseorang di hujung talian."Terima kasih," Balas Woori lalu mematikan panggilan."Mak cik,Kyungsoo..Hospital Besar Seoul," Jelas Woori.Puan Do terus mengambil kunci kereta Kyungsoo lalu memecut ke hospital bersama Woori.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehun★★

Suho memberitahu ahli-ahli Exo yang Kyungsoo dimasukkan ke hospital.Katanya,Woori menelefonnya menggunakan telefon Kyungsoo.Tiba sahaja kami di hospital,aku ternampak Woori dan Puan Do sedang menunggu di luar bilik pemeriksaan.Tiba-tiba,doktor keluar."Macam mana keadaan Kyungsoo,doktor?" Soal Puan Do."Dia dalam keadaan stabil cuma..tangan kiri dia patah," Jelas doktor.Tangisan Woori semakin kuat.Aku memeluknya dengan erat."Sabarlah.Dia kuat," Kata aku."Cuba awak cerita.Sebenarnya kenapa Kyungsoo boleh jadi macam ni?" Soal aku.Kemudian Woori menjawab,"Dia..keluar beli barang tadi.Tiba-tiba,dia telefon,beritahu yang dia sakit," Jelas Woori.Aku mengusap rambutnya."Sehun..dia macam ni sebab aku," Kata Woori dalam tangisan."Apa maksud kau ni?" Aku bertanya,inginkan penjelasan."Sebenarnya..Gayoon ugut aku," Jelas Woori.Aku merenung matanya."Ugut apa? Cerita kat aku," "Dia..suruh aku jangan dekat dengan kau.Kalau tak,Kyungsoo akan diapa-apakan.Dia buat macam tu sebab dia tahu,aku sangat sayangkan Kyungsoo," Jelas Woori lagi.Aku terkesima."Dia..ugut kau macam tu? Jadi,itulah rahsia yang kau tak nak cerita kat aku hari tu? Kyungsoo tahu tak pasal ni?" Soal aku lagi.Woori menggeleng,bermakna Kyungsoo tidak tahu."Aku lindungi kau,Woori.Jangan takut.Jangan jauhi aku,aku tak boleh.Aku sayangkan kau dan..Kyungsoo," Kata aku.Betul,walaupun aku dan Kyungsoo sering bergaduh,aku tetap sayangkan dia.Dia yang masakkan bubur untuk aku ketika sakit.Kalau dibiarkan kepada Luhan,Bubble tea yang dia sumbat dalam mulut aku."Aku akan pastikan..Gayoon merana," Kata aku.

~~~~~~~~~~~

Sudah 30 minit kami menunggu Kyungsoo untuk sedar."Woori.Sepupu Kyungsoo kan?" Suho menegur Woori."Ya," Jawab Woori sepatah."Awak rapat ngan Kyungsoo,eh?" Soal Chen pula.Woori mengangguk."Jaga Kyungsoo elok-elok.Dia adik kitorang yang baik,lemah lembut pula tu," Kata Kris pula.Ahli yang lain mengangguk."Saya selalu berusaha untuk menjadi sepupu yang baik kepada dia," Jawab Woori."Sepupu je?" Soal Baekhyun.Semua orang memandangnya.Nasib baiklah omma Kyunsoo tertidur di sofa."Ya.Sepupu.Kenapa?" Soal Woori.Baekhyun hanya tersengih."Hyung takyah nak over. Sehun buang eyeliner nanti," Bisik aku kepada Baekhyun yang asyik tersengih-sengih."Woori.Sakit," Aku tersengar keluhan daripada Kyungsoo.Dia tersedar.Syukurlah."Kyungsoo,aku ada.Tak apa,kau kuat.Aku kenal kau," Kata Woori.Aku cemburu dengan keakraban Kyungsoo dan Woori.Tak hairanlah bagaimana Kyungsoo boleh jatuh cinta dengan Woori.Seorang gadis yang penyayang dan prihatin."Tangan aku," Kata Kyungsoo.Woori mengangguk kemudian menjawab,"Patah," "Kyungsoo,kau sempat tak tengok kereta yang langgar kau tu?" Soal aku."Kereta tu..warna hitam.Kalau tak silap,pemandu kereta tu perempuan," Jawab Kyungsoo.Aku memandang Woori."Dah tak silap lagi..memang,Gayoon,".......

You're Mine!Where stories live. Discover now