Bab 22

402 38 3
                                    

Woori★★

"Eomma..Woori ada nak cakap something," Kata aku kepada eomma yang sedang mencuci pinggan."Apa dia?" Soal eomma."Tak payah pindahlah.Kesian Kyungsoo," Kata aku."Pandai kamu guna Kyungsoo sebagai alasan tak nak pindah,ya?" Soal eomma aku.Aku menunduk."Eomma..okey! Kalau begitu,eomma pergilah pindah dengan appa.Woori tak nak!" Kata aku dengan tegas."Habis tu,nak duduk dengan siapa? Sorang-sorang? Dalam rumah ni? Kamu tu dahlah tak reti nak urus pasal diri sendiri," Eomma aku memandang rendah terhadap aku.Aku lebih rela pakai baju yang tidak berbasuh selama sebulan berbanding pindah ke JEPUN! "Jangan masuk bilik Woori.Jangan pernah!" Kata aku kepada eomma lalu berjalan masuk ke bilik.Aku kunci pintu,aku baling semua bantal-bantal aku ke arah pintu.Teringatkan semua memori aku bersama Kyungsoo,membuatkan aku mengalirkan air mata.Aku tak kisah pun tentang orang lain.Cuma Kyungsoo!

Hampir seharian aku berkurung di dalam bilik,tanpa sebarang gangguan.Tiba-tiba,tingkap bilik aku diketuk.Aku agak hairan,siapa yang ada kat luar? Siapa yang berani memanjat pada waktu siang begini.Aku memberanikan diri untuk membuka tingkap.Perasaan terkejut aku pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu."Kyungsoo?!" Kata aku dengan perasaan yang tidak percaya."Berilah aku masuk," Kata Kyungsoo.Aku menariknya masuk ke dalam bilik aku."Macam mana kau memanjat naik ni?" Soal aku,ingin tahu."Alah..tak penting pun.Mana telefon kau? Aku call,tak jawab pun.Mak kau cakap kau tak nak beri orang masuk dalam bilik kau.Kenapa ni?" Soal Kyungsoo panjang lebar."Aku..merajuk," Jawab aku sambil memuncungkan mulut."Ala..comelnya dia ni.Merajuk pula," Kata Kyungsoo."Sekarang ni dah pukul 7 malam.Dah makan ke belum?" Soal Kyungsoo.Aku menggeleng."Jomlah keluar.Kita pergi makan?" Pelawa Kyungsoo.Sekali lagi aku menggeleng.

Tiba-tiba,pintu bilik aku diketuk.

'Tokk..tokk,.tokk'

Aku dan Kyungsoo memandang antara satu sama lain."Menyorok," Kata aku.Kyungsoo terus berlari masuk ke dalam almari pakaian aku dan menyorok.Aku berjalan ke arah pintu."Apa?" Soal aku."Ni appa.Buka pintu,sayang." Kata appa."Tak nak!" Jawab aku dengan tegas."Bukalah.Appa nak cakap sesuatu," Kata appa aku lagi.Dia ni memang orang yang tidak cepat mengalah.Sementara dia masih lembut ni,baik ikut je apa yang dia cakap.Kalau dah dia naik angin,sampai ke luarlah aku dicampaknya."Apa dia?" Soal aku sejurus membuka pintu.Ya,appa terkejut melihat keadaan bilik aku.Pillows everywhere.."Sampai macam ni sekali Woori mengamuk tak nak pindah.Okeylah.Kalau kita tak pindah,boleh Woori janji kat appa satu benda?" Soal appa aku."Janji apa pula?" Aku menyoal kembali."Belajar bersungguh-sungguh.Jadi pelajar cemerlang.Appa tahu,Wori memang seorang pelajar pintar dan oleh sebab itu,kekalkan prestasi Woori,Jangan buat appa dan eomma kecewa.Faham?" Soal appa lagi.Aku mengangguk."Jadi..tak pindah?" Aku menunggu jawapan dengan mata yang bersinar-sinar."Huhh...tak," Jawab appa.Mata aku menjadi lebih bulat daripada mata Kyungsoo."Do Kyungsoo! You heard that,right?!" Jerit aku dengan teruja.Appa melihat aku dengan pelik."Yes!" Kata Kyungsoo kemudian keluar dari tempat persembunyiannya kemudian memeluk aku sambil terlompat-lompat."Kyungsoo buat apa kat sini?" Soal appa."Hehehe..temankan Woori.Kyungsoo bawa dia keluar makan boleh tak?" Kyungsoo meminta izin.Appa aku mengangguk sambil tersenyum.

Sehun★★

"Kyungsoo mana?" Soal Suho."Entah," Jawab aku sepatah."Berhenti bergaduh boleh tak? Kalau peminat tahu macam mana?" Suho menyoal lagi."Janganlah bagi peminat tahu." Jawab aku spontan."Telefon Kyungsoo sekarang,suruh dia balik." Kata Suho dengan tegas."Hyung,suruhlah orang lain.Baekhyun hyung kan ada," Kata aku sambil menudingkan jari telunjuk aku kepada Baekhyun yang sedang berselfie."Kenapa hyung pula? Kailah," Kata Baekhyun kemudian memuncungkan mulutnya kepada Kai yang sedang bermain game di telefonnya."Tengah main game ni," Kata Kai pula."Huhh.." Suho mengeluh."Korang semua ni tak ada pun yang boleh tolong hyung.Kalau manager marah nanti macam mana?" Suho menyoal."Macam tulah," Jawab aku,Kai dan Baekhyun serentak.

Sedang aku dan beberapa orang lagi ahli lain membuat hal masing-masing,pintu dorm kami terbuka.MANAGER."Yang lain lagi mana?" Soalnya."Dalam bilik," Jawab Suho."Kita ada fan meeting beberapa hari lagi.Untuk gantikan yang dibatalkan hari tu," Jelas pengurus kami.Dibatalkan kerana kes aku.Bersalah pula rasanya."Tak ada orang masak makan malamkah? Kering je nampak dapur ni?" Soal pengurus kami sambil berjalan ke dapur."Kyungsoo tak masak? Lay? Chanyeol?" Soalnya lagi."Kyungsoo mana? Bukan selalu dia berkurung dalam bilik," Kata pengurus kami lagi.Bila mulutnya nak berhenti bercakap ni? "Kyungsoo..hurm..beli makanan," Jawab Suho."Alone?" Soal pengurus dengan tidak percaya.Aku dan ahli-ahli yang berada di ruang tamu mengangguk serentak dengan teragak-agak."Okey," Jawab pengurus.Syukurlah..dia nampak tenang.

You're Mine!Where stories live. Discover now