Bab 4

784 50 0
                                    

Woori★★

Kata-kata Sehun masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.'Kau dengan Kyungsoo tu yang tak betul!' Huhh..apa aku nak buat sekarang ni? Tapi,kenapa dengan dia? Apa salah aku dan Kyungsoo? "Woori! Kyungsoo datang!" Jerit ommaku dari bawah.Omma aku suri rumah.Walaupun begitu,kehidupan keluargaku agak mewah.Syukurlah,appa aku businessman.Dengan hasil yang dia dapat,keluargaku boleh hidup mewah macam sekarang.Lagipun,aku ni anak tunggal."Suruh dia datang..eh,belum sempat aku ajak lagi kau dah masuk," Kata aku kepada Kyungsoo yang tengah tersengih-sengih sambil melabuhkan punggung di sebelah aku,di atas katil bilik aku."Setiap kali aku datang,memang macam ni kan?" Kata Kyungsoo,aku hanya mengangguk."Kenapa dengan Sehun tadi? Siap pukul kau lagi," Soal aku kepada Kyungsoo.

Kyungsoo★★

"Aku..perli dia tadi.Aku tanya dia,buat apa kat rooftop then dia jawab,nak ajak kau rehat.Aku pun tanyalah dia..kenapa tak rehat ngan Luhan," Bersungguh-sungguh aku cerita."Dia jawab,salahkah dia nak rehat ngan kawan baik dia.Aku pun balas lagi,aku tanya,kenapa tak rehat dengan peminat dia or..girlfriend dia,Gayoon," Sambung aku lagi."Kenapa kau cakap macam tu? Tak pasal-pasal aku pun kena sekali.Sampai hati kau.Kau sendiri pun tahu yang dia tu cepat marah,kan?" Bebel Woori.Baiklah,aku salah."Aku..nak gurau je.Tak sangka dia ambil serius," Jawab aku lagi.Woori terus mengambil selimutnya kemudian 'membungkuskan' dirinya."Kau pergi baliklah," Kata Woori.Dia marah kat aku,eh? "Mianhae.Aku betul-betul rasa bersalah," Kata aku."Dahlah.Jumpa esok," Balas Woori.Tak apa,aku nak kenakan dia.Aku menarik selimut dan baring di sebelahnya."Hoii,byuntae! Pergi baliklah!" Marah Woori.Aku terus berdiri kemudian berjalan keluar dari biliknya tetapi aku sempat berkata,"Kalau tak ada kawan esok,jangan cari aku!" Kita uji dia..hehehe

---------------------------------------------------------------------------------------------

Woori★★

Hari ni,aku tiada kawan.Dua-dua orang kawan aku cari gaduh.Aku taklah terdesak sangat.Yang penting,aku berjaya dalam pelajaran.Kalau ada ramai kawan tetapi pelajaran entah ke mana,tiada gunanya juga."Kau! Sini jap," Aku menoleh ke arah suara yang memanggil nama aku tadi.Gayoon rupanya.Dia yang panggil aku tapi dia datang kat aku."Apahal?" Aku menyoalnya."Tak ada apa-apapun.. cuma nak beritahu yang Sehun tu hak milik..aku,Heo Ga Yoon," Kata Gayoon sambil menggoncangkan minuman yang ada di tangannya."Ada cop nama kau kat muka Sehunkah? Tak ada kot," Balas aku pula."Oh..nak cop,ya? Kau nampak..kering sangat hari ni. Nak air tak?" Soal Gayoon.Tiba-tiba,ada air mengalir dari atas..? Habis basah rambut aku! Rambut tak penting..uniform! Gayoon siram aku dengan jus oren,kottttttt!! "Kau ni kenapa,ha?" Aku menyoalnya.Gayoon melambai dan baru sahaja dia ingin memulakan langkahnya untuk meninggalkan aku,tiba-tiba dia ditampar."Jangan ganggu dialah! Kau ni kenapa? Terdesak sangat!" Sehun menjerkah Gayoon.Perempuan itu kemudiannya mengalirkan air mata dan terus pergi."Kau ambil kot aku,ni.Tentu kau sejuk,kan?" Soal Sehun sambil menghulurkan kotnya.Tetapi,aku menolak."Tak payah susah-susah.Kalau aku sejuk pun,tak adalah sampai nak mati," Jawab aku.Sehun mengeluh kemudian berkata,"Saya tahu,pasal..kelmarin kan? Saya betul-betul minta maaf.Tak ada niat nak cakap macam tu pun," Pujuk Sehun."Sehun,Kai panggil.Dia ada kat bilik tarian," Kata Kyungsoo yang baru sahaja datang."Tak nak.Aku malas.Woori,ambillah ni.Takkanlah kau nak biarkan basah macam tu je.Ambil kot aku ni.Untuk cover.Kot kau dah basah habis tu," Kata Sehun.Kyungsoo memandang aku."Kenapa ni? Basah habis.Nah,ambil kot aku je.Sehun,Kai panggil!" Kata Kyungsoo.Nampak sangat nak suruh Sehun pergi."Aku boleh hidup lagilah.Kau sendiri pesan kat aku kalau tak ada kawan,jangan cari kau.Sekarang ni,aku tak ada kawan tapi,kau yang sibuk pasal aku.Kenapa,Kyungsoo?" Soal aku kepada Kyungsoo.Dia mengangkat keningnya.Sehun pula memandang kami secara bergilir-gilir."Yalah,kau menang.Janganlah ego sangat.Ambil kot aku ni," Paksa Kyungsoo.Aku menghulur tangan aku untuk mencapai kotnya tetapi,Sehun terlebih dahulu meletakkan kotnya di bahu aku."Guna yang aku.Dahlah,aku nak pergi jumpa Kai.Sebelum tu,jongmal mianhae," Sehun berbisik kepadaku.Aku memandang Kyungsoo dan dia mengangguk."Tak apalah.Guna yang dia dan tengok apa yang akan berlaku," Katanya kemudian memimpin tangan aku masuk ke kelas.

Sehun★★

"Kenapa lambat sangat?" Soal Kai sebaik sahaja aku sampai di bilik tarian."Ada hal sikit tadi," Jawab aku.Kai memerhatikan setiap gerak-geri aku."Kau ni..dah ada yeoja chingu ke? Pastu,bergaduh ngan dia?" Soal Kai lagi.Aku memandangnya dengan serius."Apa maksud kau?" "Yalah,kau nampak stress" "Tak ada apa-apalah," "Patah hati kalau peminat kau tahu yang kau dah ada yeoja chingu," "Senyaplah Kim Jong In! Kau sendiri pun tahu aku tengah stress,kenapa kau pandai-pandai buat andaian sendiri pula!" Tiba-tiba,bilik tarian menjadi sunyi,tanpa sebarang bunyi."Maaf.Aku tak berniat nak marah kau,pun.Maafkan aku," Kata aku,rasa bersalah terhadap Kai."Tak apa,aku faham.Jomlah berlatih," Kata Kai.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sehun! Tao cari kau tadi," Kata Woori kepada aku yang sedang memakai kasut.Selepas memberi pesanan kepada aku,baru sahaja ingin melangkah pergi tetapi tidak sempat kerana aku terlebih dahulu memegang tangannya."Kenapa?" Soalnya."Aku..okay.Kau maafkan aku tak?" Aku menyoalnya kembali."Kenapa saya pun terlibat juga kelmarin?" Soal Woori.Apa yang perlu aku cakap? Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia terlibat.Sedangkan hanya Kyungsoo yang salah.Tak apa,aku cuba."Mungkin..sebab saya tertekan," Jawab aku.Woori mengangguk dengan perlahan."Kita berkawan sejak kecil lagi.Tak naklah tiba-tiba bergaduh,kan?" Kata Woori dan giliran aku pula untuk mengangguk.Kami membalas senyuman."Sehun! Aku tunggu kau dah lama! Aku nak bagi bubble tea ni.Dah kau lambat,aku bagi kat Woori,eh?" Kata Tao sambil menghulurkan minuman kegemaran aku yang berperisa coklat itu kepada Woori."Gomawo,Tao.Mulai saat ni,aku akan sayang kau lebih daripada Sehun," Ucap Woori kemudian berjalan ke kelas.Aku memerhatikan Tao."Siaplah kau.Kat dorm nanti,aku letak sepuluh ekor lipas atas katil masa kau tidur," Ugut aku.Tao menunjukkan muka risau kemudian berkata,"Aku..belanja kau dua bubble tea.Tapi,nanti baliklah.Ok?" Pujuk Tao."Aku nak tiga.Dua untuk aku,satu untuk Luhan hyung," Jawab aku kemudian meninggalkan Tao keseorangan.

You're Mine!Where stories live. Discover now