Bab 31

348 34 0
                                    

Woori★★

Hati aku sakit..apabila melihat keadaan Kyungsoo sebegini.Berbaring di atas katil dengan wajah yang pucat,tubuh yang lemah.Aku hanya mampu memerhati dari luar.Ibu dan bapanya,menunggu di dalam,bersama anak mereka.

"Kyungsoo...Kyungsoo.." Mulut aku terkumat-kamit.

"Hey.." Bisik seseorang di telingaku.Sepasang tangan sedang berada di pinggang aku."Tak suka tengok awak sedih-sedih.Awak kena kuat.Nanti bila saya dah pergi,saya tak nak awak dah tak ceria macam dulu." Bisiknya lagi.

"Kyungsoo..awak kena sentiasa bersama dengan saya.Kita kan..berkawan sejak kecil lagi.Jangan tinggalkan saya awal sangat." Rayu aku.Aku berpusing ke belakang untuk melihat wajahnya.Pucat.Seolah-olah tiada darah yang mengalir.Dengan pakaian yang serba putih,suci.

"Tak boleh.Saya rasa..esok,saya dah kena pergi.Tapi,sebelum tu,ada benda yang saya perlu lakukan." Katanya,memberikan aku seribu satu persoalan.

"Apa dia?" Soal aku.Kyungsoo hanya tersenyum.

"Woori? Hello? " Kata Sehun sambil melambai-lambai di hadapan mata aku.

"Eh? Bila awak..sampai?" Soal aku yang kehairanan dengan kewujudan Sehun secara tiba-tiba."Baru je sampai.Saya panggil nama awak,awak buat tak peduli je," Jawab Sehun,kemudian memuncungkan mulutnya.

"Yakah? Mianhae," Kata aku."Awak berangan pasal apa?" Soal Sehun."Aku terdiam,memikirkan jawapan."Mana ada berangan." Tipu aku."Tak mungkin.Beritahu saya," Desak Sehun sambil memegang kedua-dua belah tangan aku.

"Saya tak berangan.Dia yang datang tadi." Jawab aku."Dia? Siapa?" Perasaan ingin tahu Sehun membuak-buak.

"Kyungsoo," Jawab aku.Sehun melepaskan tangan aku dan matanya mula memerhatikan sekeliling."I'm sorry," Kata Sehun sambil memberikan senyuman palsu.

"Wae? Kenapa awak minta maaf?" Aku mula hairan."Sekarang ni kan,awak masih milik dia.Tak eloklah," Jawab Sehun.Aku menggelengkan kepala berulang-ulang kali.

"Jangan cakap macam tu.Saya rasa bersalah.Saya milik awak dan Kyungsoo," Kata aku.Sehun mula tersenyum dan tangan kanannya merangkul pinggang aku."Tamak," Kata Sehun.Kami berdua ketawa.

---------------------------------------------------------------------

Sehun★★

"Awak cakap..Kyungsoo datang kepada awak tadi,kan? Dia ada cakap apa?" Soal aku kepada Woori.Sekarang ni pukul 1.25 petang.Pukul 2 nanti,bolehlah aku masuk tengok Kyungsoo.Sekarang ni,aku bawa Woori pergi makan dulu.

"Dia cakap..Hun,saya tak dapat teruskan." Woori tunduk memandang lantai kafe."Gwenchana..ambil masa awak.Bila dah bersedia,awak cerita." Kata aku.Mata aku masih lagi memerhatikannya yang sedang menggigit bibir,menahan tangisan.

"Okey..macam ni.Dia tak nak tengok saya bersedih dan..dia cakap,dia mungkin akan pergi esok.Tapi sebelum tu,ada sesuatu yang perlu dia lakukan." Jelas Woori."Mwo? Esok? Apa yang dia perlu lakukan?" Soal aku."Dia tak sempat beritahu saya yang tu.Dia hilang lepas awak datang." Jawab Woori.Ahhh....mengecewakan."Alamak..kalau saya tahu,mungkin saya tak akan ganggu awak masa tu." Kata aku."Benda dah terjadi pun," Kata Woori pula.

"Saya nak berjanji sesuatu dengan awak,boleh? Saya nak berjanji benda ni di depan awak,supaya awak boleh jadi saksi.Supaya awak ingat akan kata-kata saya dan bila saya memungkiri janji tu,awak boleh bunuh saya." Kata aku dengan bersungguh-sungguh.Woori mengangguk kemudian mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

"Okay..you may start now," Kata Woori sambil memegang tabletnya,untuk merakam video aku.

"Ehem..Saya..Oh Sehun,berjanji..akan setia bersama Go Woori..Menikmati segala detik tidak kira susah atau senang..Akan sentiasa berada di sisinya tidak kira waktu suka atau duka..Akan sentiasa melakukan yang terbaik untuknya dan akan menjadi teman hidupnya yang selalu berada di sampingnya..I love you,my dear..I love you a lot..many than the stars in the sky..You're my only one...You're mine.." Akhirnya,ikrar yang sudah lama aku ingin katakan di hadapannya,kini sudah terluah.Aku tersenyum gembira,berpuas hati dengan kata-kata aku tadi.

'Sobb..sobb..' Awww...Woori dah menangis! Ayokk..Oh Sehun!

"Sampai hati awak..buat saya terharu!" Kata Woori sambil menangis,tidak ubah seperti kanak-kanak yang dibuli.Sama macam tangisan Lay lepas EXO menerima kemenangan pertama menerusi lagu Wolf di Music Bank dua tahun lepas (korang tengok tak video tu? Lawak gila muka Lay! xD) Aku pergi ke tempat duduknya di hadapan aku dan mengusap lembut kepalanya.

"Janganlah nangis.Dah comot dah," Kata aku sambil berlutut di hadapannya dan mengelap air matanya."Ikutkan hati saya,nak je saya cium-cium awak ni.Nasib baiklah ni tempat public." Usik aku.Woori tertawa kecil.

------------------------------------------------------------------

Malam sudahpun tiba,masa untuk konsert! Alah..takkan dah tak ingat konsert apa.Konsert untuk Kyungsoo,lah! Setelah melaungkan kata-kata semangat,kami pun terus muncul di pentas.Sorakan daripada peminat..tak perlulah diceritakan.Dah dapat gambarkan sendiri,kan?

"We Are One! Annyeonghaseyo,EXO ibnida!" Kata kami serentak dengan penuh semangat."Kamu semua..dah tahu tujuan konsert inikan? Jadi..saya harap,kita dapat bekerjasama untuk menyempurnakan konsert pada malam ini sekali gus,untuk memberikan sokongan kepada D.O yang sedang berperang dengan penyakitnya.Tidak lupa,pada akhir konsert ini nanti,kami akan merakam sebuah video bersama kamu semua untuk ditunjukkan kepada D.O," Jelas Suho panjang lebar manakala aku dan ahli-ahli yang lain mengangguk tanda setuju.

SKIP----

Selesai sudah..hampir 30 buah lagu kami persembahkan kepada EXO-L tadi.Sekarang,tibalah detik yang paling ditunggu-tunggu.

"EXO-L..malam ni,kami ada bawa seseorang yang sangat istimewa bagi Kyungsoo..Sehun dan juga..ah..senang cerita,istimewa bagi kami.Dia merupakan..sepupu kepada D.O. dan kawan lama saya.Saya pasti,kebanyakan daripada kamu telah mengenali dia.Woori-ah," Kata Lay kemudian memanggil Woori untuk tampil ke pentas.

Apabila Woori muncul,EXO-L kelihatan terkejut kerana..yalah,berita yang mengatakan bahawa aku dan Woori bercinta pernah tersebar.

"EXO-L,saya benar-benar minta maaf.Saya sedar,saya telah melukakan hati kamu semua tetapi..saya juga manusia biasa.Saya mengaku..Woori ialah teman wanita saya. Saya..minta maaf.Dia selalu bersama saya ketika susah dan senang.Dia seorang yang penyayang.D.O pun amat menyayangi dia.Dia telah banyak berkorban untuk D.O.Dia jugalah yang banyak memberikan semangat kepada D.O.Kami telah berkawan sejak kecil.Kamu semua jangan bimbang,dia seorang yang baik.Saya pasti,dia pilihan terbaik untuk saya.Tapi..awak semua juga masih teman wanita saya.Jangan bimbang," Jelas aku panjang lebar.Aku tersenyum dalam tangisan sambil menunduk ke lantai pentas.

Suasana stadium pada waktu itu senyap sunyi.Hanya kedengaran bunyi esakan aku sahaja.Tiba-tiba..

"Gwenchana! Gwenchana! Gwenchana!" Terdengar sorakan daripada para peminat.Aku mula tersenyum lebar.Mereka amat memahami! Aku beruntung kerana mempunyai EXO-L!

"Gomawo! EXO-L! I love you! So lucky to have you!" Jerit aku.Aku melihat ke arah Woori dan kami tersenyum.

"Jadi,mari kita mulakan rakaman video kita." Kata Kris sambil mengangkat monopod untuk merakam video.1 minit 47 saat kemudian,video kami pun selesai dirakamkan.

You're Mine!Where stories live. Discover now