Bab 24

424 40 0
                                    

Sehun★★

Hari yang ditunggu-tunggu.Fan meeting! Aku perlu buktikan semuanya kepada Kyungsoo.Ada hati dia nak cabar aku,ya? Aku bukan pengecutlah! "Psst..Woori datang tak fan meeting kita?" Soal Lay.Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu."Tak ajak diakah?" Soalnya lagi."Lupalah,hyung." Jawab aku sambil tersengih dan menggosok belakang leher aku."Haishh..macam mana boleh lupa.Nak hyung call dia?" Soal Lay.Aku menggeleng laju."Tak payah! Nanti dia marah.Dia bukannya minat sangat hiburan-hiburan ni," Kata aku."Yelah..yelah.." Jawab Lay.

Sedang aku membaca mesej peminat di SNS,bahu aku ditepuk."Hun," Tegur Luhan.Aku mengangkat kening."Untuk apa Sehun buat persembahan hari ni?" Soal Luhan."Untuk Exo-L," Jawab aku dengan ringkas."Dah tak ada niat lain selain daripada itu?" Soal Luhan dengan agak mencurigakan."Tak ada dah.Untuk apa lagi?" Aku menyoalnya kembali."Woori?" Kata Luhan."Oh...ya.Untuk buktikan segalanya kepada Woori," Jawab aku."Sayangkan Kyungsoo,kan?" Luhan menyoal lagi.Aku berfikir buat seketika.Kemudian..mengangguk perlahan."Jangan musnahkan harapan Kyungsoo lagi.Buktikan juga kepada dia yang Sehun mampu jaga sepupu dia tu elok-elok," Pesan Luhan.Aku mengangguk sambil tersenyum."Gomawo,hyung." Kata aku.

Kyungsoo★★

Terdengar jeritan daripada peminat-peminat.Tanpa mereka,siapalah kami,kan? Aku dan ahli-ahli lain bersedia untuk bertemu dengan mereka.Apabila kami memunculkan dari,bertambahlah histeria mereka."We Are One! Annyeonghaseyo! Exo Imnida." Kata kami serentak.Senyuman di wajah kami tidak terpadam sepanjang berada di pentas.Setelah mengakhiri persembahan lagu Love Me Right dan Call Me Baby,tiba-tiba sahaja Sehun merampas microphone dari tangan Suho."Mianhae,hyung.Mianhae,Exo-L." Kata Sehun,membuatkan aku dan ahli-ahli lain hanya memerhatikannya."Saya...dah berpunya." Kata Sehun lagi.Suho sudah kelihatan cemas.Dia memerhatikan wajah-wajah Exo-L di bawah."Saya..kepunyaan..kamu semualah," Sambung Sehun sambil tersenyum."Ah,oppa!" "Omo~Sehun-ah," "Aishh..jinjja,oppa!" Terdengar pelbagai jenis keluhan dari bawah.Ahli-ahli lain juga tersenyum."Hihihi..mianhae," Kata Sehun.Tapi..aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.Bukan itu sebenarnya yang ingin Sehun katakan.

"Huhh..tamat pun.Kerja yang bagus semua!" Ucap pengurus kami.Aku mengambil tuala untuk mengelap peluh."Kyungsoo..siapa ni?" Soal pengurus kepada aku sambil menunjukkan skrin telefon aku yang terpapar nama; Woori♥

"Tu..sepupu saya,hyung.Jangan fikir bukan-bukan," Jawab aku."Dia tak tahu kau ada fan meeting hari ni?" Soalnya lagi.Aku menggeleng.Dia terus mengambil tempat di sebelah aku.Setelah memastikan ahli-ahli yang lain sibuk dengan hal masing-masing,dia membisikkan sesuatu kepada aku."Cantikkah dia? Ada gambar dia?" Aku merenungnya tajam."She's mine," Kata aku.Beberapa saat kemudian,"Oh..jadi perempuan nilah yang kau dan Sehun tergilakan sangat tu?" Soalnya lagi.Tanpa mempedulikan kata-katanya,aku bangun untuk beredar dari situ.Tetapi,tangan aku sempat dipegang olehnya."Berhenti berhubung dengan dia.Kalau tak,hancur masa depan Exo.Kau nak Exo-L tahu yang Exo sedang bergaduh?" Ugut pengurus kami lagi.Aku memberikannya jelingan tajam kemudian berkata,"Tanpa dia,siapalah D.O,"

Di dorm,semuanya sibuk dengan hal masing-masing.Aku pula,hanya berdiri di hadapan peti,memburu suatu cecair untuk membasahkan tekak yang kering.Hasilnya,hanyalah sebotol air mineral yang sejuk.Entah siapa yang letak dalam peti.Aku membuka penutupnya lalu meneguk dengan perlahan.

"Woori..aku nak batalkan niat aku untuk sertai ujibakat SME tu," Kata aku kemudian mengeluh."Wae? Kau tu ada bakat yang besar,tau? Jangan sia-siakan peluang yang ada.Eomma appa kau pun nak tengok kau jadi penyanyikan? Apa salahnya kau mencuba?" Woori memberikan nasihat."Tapi..aku tak ada rasa yakin.Aku tak rasa yang aku ni mampu.Lagipun,siapa yang akan jaga eomma appa aku nanti?" Soal aku."Apa gunanya aku? Jangan bimbang,kalau ada masa terluang,aku akan melawat eomma dan appa kau,"

Tiba-tiba sahaja aku teringat kembali sewaktu aku dan Woori pernah berbincang tentang ujibakat aku dahulu.Ya,tanpa dia yang memberikan semangat kepada aku,tak mungkin aku akan berdiri di atas pentas dan menjadi pujaan ramai penduduk Bumi.Tapi,kalau aku tahu bahawa ianya akan menjadi bertambah susah untuk bersamanya selepas menjadi artis,tak mungkin akan aku hadiri ujibakat beberapa tahun lepas.Aku dan Sehun pun sudak kenal sejak kecil.Kalau kami tak jadi artis,siapa nak kisah kalau kami bergaduh menggunakan senapang sekalipun? Ya,kami ibarat robot.Kami cemburukan akan insan-insan lain yang dapat atur apa yang mereka ingin dan akan lakukan.Sedangkan kami? Segalanya diatur dengan jadual,sehinggalah kami merasakan bahawa diri kami tidak mampu bertahan lagi dan akhirnya meninggalkan dunia yang kami bergantung harap selama ini.

Rasa sebak di dada mula muncul.Aku mengeluarkan telefon bimbit dari poket dan mendail nombor seseorang.

"Should I stop?"

You're Mine!Where stories live. Discover now