ujian

26 9 7
                                    

Usah mempersoalkan ujian yang diberi,
Bahkan tempuhilah walau apa pun terjadi,
Kerana ujian itu pasti, asbabnya kamu pasti ketahui,
Dia beri bukan ingin melihat kamu disakiti,
Tetapi ingin kamu sedar,
Kamu masih berada di dunia ini

Lupakan seketika masalah melanda,
Cari ketenangan dan nikmatilah ia,
Usah terlalu membiarkan masalah membelenggu jiwa,
Lapangkan seketika jiwa dan minda,
Carilah suatu ruang untuk membiarkan ketenangan terus ada

Tempuhilah segala masalah dengan jiwa yang tenang dan minda yang lapang,
Berdamailah dengan ujian,
Hikmah itu akan datang di akhir penyelesaian

@khair_ken

𝐃𝐞𝐥𝐥'𝐚𝐧𝐢𝐦𝐚Where stories live. Discover now