Ke hadapan Masa Lalu ku

15 0 0
                                    

ke hadapan masa lalu ku,
mungkin kamu telah berlalu,
namun melupakan tidak semudah yang kamu tahu,
atau sebenarnya, melupakan itu tidak perlu

ke hadapan masa lalu ku,
memori indah itu ada yang kau bawa,
namun yang hitam juga ikut campurnya,
ingin mengenang, namun air mata yang bergenang,
sakit, itu yang aku rasakan

ke hadapan masa lalu ku,
aku mengingati kamu,
mungkin kerana ada sesuatu yang aku perlu tahu.
Kehadiranmu berharga,
melupakan kamu itu mungkin kesalahan yang bakal membawa sesal.

ke hadapan masa lalu ku,
terima kasih atas hadirmu,
tanpa memori yang tercipta,
mungkin aku tidak bisa berdiri sampai ke hari ini.

@HeinzCalixx

𝐃𝐞𝐥𝐥'𝐚𝐧𝐢𝐦𝐚Where stories live. Discover now