Hipokrit

7 1 0
                                    

sang hipokrit itu berada di mana mana, di hadapan khalayak si dia lain, di belakang juga lain, terkadang dia berada seolah di tengah ii garisan yang membahagi dua jalan,

satu bahagian dirinya berada di kanan, satu bahagian lainnya berada di kiri, orang kata itu talam dua muka, mungkin benar, mungkin tidak,

tidak tahu, namun apa yang diketahui, si dia itu juga manusia

sang hipokrit juga tidak memahami dirinya, bukan berpura pura, namun... dia tidak memahami bagaimanakah dirinya yang sebenar? baik kah? atau sebaliknya?

mana satu bahagian dirinya, dia juga tidak tahu, sang hamba yang mempunyai rahsia, tentang dirinya disembunyikan agar yang mengetahui hanya si dia dan ilahi sahaja

@khair_ken

𝐃𝐞𝐥𝐥'𝐚𝐧𝐢𝐦𝐚Where stories live. Discover now