Puisi buat diri

88 14 21
                                    

Langit membiru
Angin mendayu
Menghayati diriku
Yang kini sendu

Bersama candaan di jiwa
Meriangkan hati yang lara
Mungkin diriku perlu melepaskannya
Atau mungkin membiarkan mengalir membawa jernihnya

Bersama hujan mengalir
Memahami rindu yang hadir
Meski perit menahan sakit
Tetap bertahan walaupun perit

Ku mendengarkan muzik yang sayu
Seolah memahami bagaimana diriku
Ingin mengungkapkan sesuatu
Tetapi hakikatnya tidak mampu

Tetap memendam sesuatu
Membiarkan Tuhan sahaja yang tahu
Hati belum bersedia untuk itu
Biarkanlah aku menyimpan luka di hatiku

𝐃𝐞𝐥𝐥'𝐚𝐧𝐢𝐦𝐚Where stories live. Discover now