imaginasi

24 8 8
                                    

Kerana imaginasi hanyalah khayalan minda,
itulah kepalsuan yang nyata,
kerana imaginasi,
berbeza dengan dunia realiti

Mungkin kerana khayalan itu indah,
terkadang diri terus menghayati kepalsuan yang terbentang,
meski tahu realitinya amat menyakitkan,
mungkin ingin mencari ketenangan untuk fikiran yang sudah penat dengan ujian

Hanya sahaja, mimpi dan imaginasi itu bukanlah realiti sebenar, hanyalah kepalsuan yang nyata, bisa dihayati untuk menenangkan jiwa, namun usah terlalu hanyut dibuai bahagia, kerana apabila tersedar kamu akan menghadapi dunia juga

- ken senpai -

𝐃𝐞𝐥𝐥'𝐚𝐧𝐢𝐦𝐚Where stories live. Discover now