pendam

18 5 4
                                    

♡🐼♡

kuatnya seseorang hanya Dia yang tahu, memendam perit, memendam sakit, sentiasa, setiap masa, ingin meluahkan, tetapi ragu ragu di dalam diri menjadikan dirinya tidak yakin kepada yang lain, hanya Dia yang dipercayai, lalu diluahkan segala apa yang dipendam di hati, bersama sujud dan tangisan di pipi, mengadu domba pada Sang Pencipta,

'ya Allah, aku sakit, sampai bilakah terpaksa aku memendamnya lagi, ya Allah, berikanku ketenangan, terasa seperti diriku tidak mampu bertahan, ya Allah, berikan aku kekuatan, tabahkan hati ku menempuhi dugaaan, hanya  pada engkau aku memohon segala sesuatu'

berdoa sambil mengalirkan tangisan, sujud dan mengadu akan kesakitan, bagaimana ingin diketahui andai seseorang hanya memendam sendiri? seorang insan menahan perit setiap hari, setiap waktu, namun masih lagi tiada yang memahami, kebanyakannya memandang rendah bersama sindiran yang keluar di bibir, tanpa menyedari, seseorang itu sentiasa bersabar dan memaafkan orang yang menyakiti, betapa kuatnya insan itu kerana sanggup bertahan sampai begini, sakitnya dia hanya Allah yang mengetahui

bahkan tanpa kamu sedari, dalam diam dia memendam kesakitan sendiri, mungkin dirimu tidak memahami, dan menganggapnya jenaka buat diri, padahal seseorang itu tidak berpuas hati, hanya sahaja insan itu tetap memaafi, kamu sahaja yang tidak mengetahui, tanpa disedari kamu telah menyakiti

Berhati hati, kata katamu menyakiti teman sendiri, walaupun ianya jenaka buat diri, ia menyakitkan untuk temanmu sendiri, hanya kerana dia memaafkan, tidak bermakna dia melupakan

@khair_ken🐼

𝐃𝐞𝐥𝐥'𝐚𝐧𝐢𝐦𝐚Where stories live. Discover now