Kolam (Jun)

186 42 2
                                    

Jun merupakan seorang anak lelaki keluarga Wen yang kaya-raya. Walaupun hidupnya senang, Jun tak pernah bahagia. Hidupnya kesunyian selepas ibu kesayangan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya kerana kanser.

Encik Wen pula telah berubah setelah pemergian ibunya. Dia jarang menghabiskan masa di rumah dan lebih suka berada di luar.
Di rumah, Jun hanya ada Mrs. Cho yang merupakan pembantu rumah.

Seperti biasa, Jun akan menjalani kehidupan sehariannya dengan berjemur dan berenang di kolam privacy miliknya yang terletak di belakang rumah.

Setiap hari, dia akan berenang dan menghabiskan masanya di belakang rumahnya itu. Dia lebih suka duduk seorang diri tanpa gangguan sesiapa. Ketika berehat, Jun lebih suka memasang muzik dengan kuat.

Tiba-tiba aktivitinya terganggu apabila dirinya dipanggil seseorang.

"Tuan muda, aunty dah sediakan makan malam."

"Baik aunty. Nanti saya makan." Sempat lagi Jun menghadiahkan senyuman kepada pembantu rumahnya itu.

"Suka betul tuan muda berehat di kolam ye?"

"Haah aunty. Dapat ketenangan dekat sini." Kata Jun sambil kakinya mencelup air kolam yang sejuk itu.

"Hmm yelah tuan muda. Tapi tak elok sangat mandi kolam. Takpelah, aunty masuk dahulu."

Melihat Mrs Cho yang berlalu pergi, Jun berbisik sendirian.

"Nampakna semua orang sudah bencikan aku. Aunty pon macam marah sebab aku asyik main kolam." Jun berkata dengan nada yang sayu. Sebenarnya Jun mempunyai masalah depresi dan sering merasa sedih.

Tanpa menunggu lama, Jun terus terjun ke dalam kolam. Dia hanya membiarkan dirinya lemas sendiri.

Mrs Cho yang mendengar percikan air yang kuat segera menjerit.

"Tuan muda, Sudahlah tu mandi. Aunty bimbang kamu demam nanti!"

Jeritannya bertukar menjadi hiba apabila melihat jasad Jun yang terapung-apung di permukaan kolam.

Siapa sangka timbulnya perasaan bunuh diri dalam diri Jun apabila ditanyakan soalan begitu?

Creepy time with SEVENTEENWhere stories live. Discover now