Balasan (The8)

316 50 44
                                    

Minghao berjalan pulang dari sekolah seorang diri. Apabila melalui sebuah taman yang berhampiran dengan kawasan rumahnya, Minghao terserempak dengan sekumpulan remaja seusia dirinya sedang melakukan sesuatu.

Kerana sifat ingin tahu yang menebal dalam dirinya, Minghao membuat keputusan untuk melihat aktiviti mereka. Rupa-rupanya remaja tersebut ialah Mingyu, Seokmin dan juga Soonyoung.

"Cepatlah, pukul kuat lagi!" Kata Mingyu

"Nah, guna kayu ni. Biar cepat mati!"

Kelihatan Seokmin menghulurkan sebatang kayu kepada Soonyoung.

Minghao yang terdengar perbualan mereka terkejut. Terdetik di hatinya.

"Diorang nak bunuh orang ke?"

Minghao segera menuju ke arah mereka dan dia sangat terkejut melihat tindakan sahabat-sahabatnya itu. Yang dipukul mereka bukanlah manusia, tetapi katak!

Minghao segera menghalang Soonyoung daripada meneruskan aktiviti yang cukup zalim bagi dirinya.

"Wei.. Korang dah kenapa? Kesian dekat katak tu woi! Berhenti sekarang!"

Minghao segera merampas kayu yang dipegang oleh Soonyoung dan mencampaknya ke dalam semak.

Namun, dia berasa sedih kerana katak tadi telah mati akibat dipukul oleh Soonyoung.

Soonyoung dan rakan-rakannya yang lain berasa hairan dengan perangai Minghao. Sayang sangat ke dengan katak? Katak je pon.

"Rilek la Hao, kitorang main-main je"
Kata Seokmin untuk tenangkan Minghao yang sedang menangis.

"Haah.. Lagipun tu katak je."

Soonyoung berkata dengan selamba.

Minghao yang sedikit kecewa dengan sikap kawan-kawannya yang dianggap tidak bertanggungjawab mula naik angin.

"Korang cakap katak je!? Katak pon ada nyawa jugaklah! Katak pon berhak nak hidup. Yang korang pegi bunuh dia apsal? Bukan dia kacau korang pon!"

"Alah kau ni! Emotional pulak. Kalau kau sayang sangat dekat katak-katak tu, kau pergilah hidup dengan diorang. Pergi pergi"

Kata-kata Soonyoung membuatkan Minghao betul-betul marah. Baginya, kata-kata tersebut sangat kurang ajar!

Minghao segera pergi meninggalkan mereka bertiga bagi mengelakkan situasi menjadi semakin tegang.

"Jagalah kau lepas ni Soonyoung!"

*skip

2 minggu kemudian,

Soonyoung pulang dari sekolah bersendirian kerana Mingyu dan Seokmin terpaksa pulang lewat kerana terlibat dengan aktiviti sukan bola sepak sekolah.

Ketika perjalanan pulang, Soonyoung ternampak seekor katak sedang melompat melintasi hadapannya. Timbul niat jahat di dalam hatinya iaitu ingin memukul katak tersebut sehingga mati.

Kawasan sekelilingnya dipandang. Dia tercari -cari objek untuk memukul katak itu. Dia tersenyum apabila ternampak sebatang kayu terletak berhampiran dengan dirinya.

Kayu tersebut dicapai dan apabila dia mula menghayunkan kayu tersebut, kepalanya dipukul dengan sesuatu objek yang tumpul.

Pukulan tersebut menyebabkan kepalanya berdarah, apabila dia berpaling untuk melihat perilaku yang memukul kepalanya, kepalanya dipukul sekali lagi hingga menyebabkan Soonyoung rebah, sujud ke bumi.

"Kau tak pernah serik. Jadi, ini je aku boleh bagi dekat kau."

Soonyoung segera melihat katak tadi.

"Kau pergi dari sini. Dekat sini, ramai orang jahat"

Minghao segera meninggalkan Soonyoung yang tidak sedarkan diri.

Keesokkan harinya.

Sekolahnya gempar dengan berita Soonyoung yang dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa dia telah mengalami amnesia. Dia disahkan telah melupakan 50% ingatannya. Perkara yang selalu diingat olehnya adalah Katak!

Sorry sebab Lambat update guys. Silalah comment n Vote. Btw thanks for 1.84k reads my dear!😭♥♥♥ semoga terhibur♥

Creepy time with SEVENTEENWhere stories live. Discover now