Aiskrim (Joshua)

665 84 23
                                    

Joshua selalu menghabiskan masa petangnya di taman. Apabila pulang dari sekolah, lokasi yang akan ditujunya adalah taman. 

Joshua suka melihat keadaan taman yang dipenuhi oleh orang ramai terutama sekali kanak-kanak yang riang bermain. Setiap hari dia akan menghabiskan masa memerhati tingkah laku kanak-kanak yang aktif bermain.

Pada suatu petang, Joshua terlihat sekumpulan budak-budak yang berebut untuk membeli aiskrim. Joshua hanya tersenyum melihat perangai mereka yang tidak sabar itu.

Sedang dia memerhati keadaan tersebut, Joshua terpandang seorang kanak-kanak perempuan yang hanya melihat kanak-kanak lain membeli aiskrim. Mukanya yang pucat dan berpakaian lusuh itu kelihatan sedih.

"Mungkin dia takde duit"

Joshua terus menuju ke arah budak itu. Namun,  budak perempuan itu terus lari meninggalkan kawasan taman.

Keesokkannya, kanak-kanak perempuan itu masih ade di taman.  Joshua terus membeli sebatang aiskrim lalu menuju ke arah kanak-kanak itu. Joshua menghulurkan aiskrim tersebut kepada budak perempuan itu. Budak perempuan itu tersenyum. Tanpa mengucapkan terima kasih, budak perempuan itu terus berlari meninggalkan joshua sendirian. Joshua hanya tersenyum melihat telatah budak itu.

*skip*

"Pihak polis telah menjumpai mayat seorang kanak-kanak perempuan di dalam sebuah kolam di Taman Carat. Pihak forensik mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal sejak 2 hari uang lalu. Polis juga telah mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah hilang sejak beberapa hari dan ibu bapanya telah membuat laporan polis"

Joshua tersentak apabila mendengar berita tersebut. Namun dia menjadi lebih terkejut kerana kanak-kanak itu adalah budak perempuan yang berada bersamanya di taman pada petang tadi.
Joshua hanya termangu sendirian dan bertanya.

"Petang tadi, aku tengok siapa?"

Creepy time with SEVENTEENWhere stories live. Discover now