1 : Her

27 6 0
                                    

[ 1  : Her ]

BANG BANG BANG

Bunyi tembakan pistol bergema di bangunan usang itu. Ramai yang sudah terbaring berlumuran darah malah ada juga yang masih berjuang demi nyawa sendiri dan juga ketua mereka.

"ALEX !! COVER ME !!" jerit seseorang yang memakai mask hitam daripada tempat perlindungannya di sebalik dinding. Lelaki berbadan sasa di sebalik dinding sana itu segera membantunya ketika dia hendak berlari ke hadapan untuk mendapatkan si ketua lawannya itu.

"ANGEL !!"

Jeritan lelaki sasa tadi pantas membuatkan dia berpaling ke kiri. Sepantas kilat dia mengacu pistol dan menembak musuh yang sedang mendekatinya.

"MANA YANG LAIN ?!! PERGI BUNUH MEREKA SEMUA !!" Lelaki yang sedang melarikan diri itu menjerit kepada anak buahnya.

"YAA PERGI BUNUH SEMUA ORANG TERUTAMA PEREMPUAN TU !!" jerit anak buah yang diarahkan sebentar tadi oleh ketuanya.

Disebalik mask hitam itu, dia mengukir senyuman sinis mendengar arahan musuhnya itu. Tanpa berasa gentar, dia melepaskan berdas-das tembakan ke arah sesiapa yang cuba membunuhnya.

Si ketua segera masuk ke dalam gudang di sebelah bangunan usang itu melalui pintu kecil. Kelam kabut lelaki itu mencari jalan keluar dari gudang itu. Semakin jauh dia berlari, semakin perlahan bunyi tembakan di bangunan sebelah.

Suasana di gudang itu sepi kecuali bunyi pernafasannya yang laju. "Ini semua salah perempuan tak guna tu. BODOH !!" Lelaki itu kelihatan berasa marah, malah takut dan risau jadi dia tidak berhenti berlari sambil menoleh ke belakang.

Kemudian matanya menangkap sebuah kereta di hadapan. Tanpa membuang masa, dia segera berlari ke sana. Tetapi lariannya terhenti ketika terdengar bunyi tarikan picu pistol tepat ke belakang kepalanya.  "Tak secepat itu—" sinis orang itu bersuara.

"Kau nak apa lagi !!" Si ketua itu tahan untuk menjerit sambil menggenggam kuat penumbuknya.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas macam tu je."

Ketua itu menoleh ke belakang dan terus menepis pistol di tangan gadis itu. Tidak leka, dia menunduk bagi mengelak tumbukan yang dihalakan ke arahnya. Gadis itu membalas dengan menumbuk perut dan menumbangkan lelaki itu ke lantai.

Lelaki itu mengerang sakit lalu terbatuk batuk. Dia tersenyum sinis dan menggerakkan tangan seolah mencabar lelaki itu. Tidak mahu mengalah, lelaki itu berdiri lalu mengeluarkan pisau lipat di poket belakangnya.

"Pengecut—" sinis si gadis berkata.

Tercabar dengan kata-kata itu, dia laju mengacukan pisau ke gadis itu beberapa kali sebelum dia ditumbangkan sekali lagi ke lantai. Tidak sempat mengelak, peha gadis itu ditoreh pisau tajam itu.

"Arggh—" dia menekan peha yang tercedera itu. Lelaki jahat itu tersenyum jahat sambil tergelak melihat kecederaan itu.

Gadis itu merenungnya tajam dengan perasaan marah. Mengetepikan kesakitan itu, dia berlawan dengan lelaki itu sekuat hatinya. Walaupun beberapa kali pehanya ditumbuk lelaki itu, dia tidak mengalah dan berusaha untuk melawan.

Si gadis cuba mengambil pistolnya yang di atas lantai. Tetapi dia perlu menjatuhkan lelaki itu terlebih dahulu bagi membolehkannya mengambil pistol. Jadi, menyiku kuat leher si musuh dan membuatkan lelaki itu rebah tertiarap.

Peluang itu digunakan untuk mengambil pistol tersebut. Tanpa teragak agak, dia melepaskan tembakan dua kali di kepala lelaki itu.

BANG BANG

"Huh—" senyumnya sinis di sebalik mask hitam itu.





[ To be continued ]

[OG] Fanfic || MAFIA ↭ k.mg [김민규] & j.wy [정우영]Where stories live. Discover now