[ 10 : Undercover ]
Pintu bilik utama—bilik di mana Edward dan konco-konconya berbincang dan bermesyuarat, dibuka oleh Mingyu. Lelaki tinggi itu segera ke sana selepas diarahkan oleh ketuanya sebentar tadi. Katanya untuk berbincang mengenai misi mereka itu.
"Ada apa-apa perkembangan ke?" soalnya sambil mendekati Edward dan seorang lelaki bertopi—penyiasat persendirian yang dibayar untuk bekerja bersama Edward.
Edward memberikan fail coklat yang berada di hadapannya kepada Mingyu. Tanpa membuang masa, dia segera melihat isi dalamnya itu.
"Saya dah berjumpa dengan semua keluarga gadis-gadis yang dilaporkan hilang tapi mereka tak mahu beritahu apa-apa." lelaki bertopi hitam itu bersuara sambil Mingyu membelek-belek helaian kertas yang dipegangnya.
"Mungkin mereka takut dan tak percaya untuk beritahu." Edward mencelah.
"Takkanlah daripada beratus keluarga ni, satu pun tak cakap apa-apa."
Dengan nada kecewa, kertas-kertas yang dipegang itu diletakkan di atas meja. Lelaki bertopi itu menggeleng kepala menandakan tiada.
"Kita kena cari jalan lain untuk tahu macam mana mereka boleh tangkap gadis-gadis tu." Edward menyuarakan pendapat.
"Sekejap."
Edward dan Mingyu kini tertumpu pada penyiasat persendirian itu yang sedang mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.
Sekeping kad diletakkan ke tengah meja dan ditolak mendekati mereka berdua. Ianya sekeping kad perniagaan.
"Saya baru teringat. Waktu saya soal satu keluarga ni, adik gadis yang hilang tu ada bagi saya kad ni. Katanya kakak dia pernah bekerja di situ sebelum hilang."
"Klinik Ibu dan Anak—?"
"Lagi satu dia beritahu juga, Mimi—kawan kakak dia sekarang selalu melawat selepas beberapa bulan kakaknya hilang. Katanya dia rasa pelik sebab sebelum ni walaupun kakaknya ada, jarang dia datang ke sana. Adik tu pun ada kata kawannya tu kerja di sebuah kafe berdekatan rumah mereka."
"Mungkin klinik tu boleh bagi kita petunjuk." Mingyu menyentuh dagunya dengan sebelah tangan.
Lelaki bertopi itu melirik ke arah jam tangannya sekejap. "Alamak dah pukul 1. Saya kena pergi sekarang sebab ada temu janji." Lelaki itu bingkas bangkit.
Mereka bertiga saling menunduk hormat.
"Kalau ada apa-apa, just call. Tentang kafe itu, later I will message you where the exact cafe is."
"Alright." Edward membalas.
Mingyu menghantar pemergian penyiasat itu hingga ke pintu sebelum pintu itu ditutup semula. Edward pula seperti sedang memikirkan sesuatu di tempatnya berdiri itu. Lengannya disilangkan dan dagunya disentuh.
"Patut ke saya panggil yang lain?" Mingyu menyoal.
Edward mengeluarkan sebelah tapak tangannya sebagai isyarat sebentar. "Wait–"
Lelaki tinggi itu menunggu melihat ketuanya yang kelihatan serius itu. Kad perniagaan yang berada di atas meja diambil Edward.
"Kita kena tengok tempat ni macam mana sebelum buat apa-apa." ujar lelaki itu. Kemudian dia menoleh di mana lelaki tinggi itu berada.
"I have an idea. You and Angel have to go there. Undercover. You tell Chan to hack their CCTV before you guys arrived. If you see any suspicious activity, then we will start our meeting."
Kad perniagaan itu dihulurkan Edward dan kini bertukar tangan.
~
"Haishh—why I need to go like this." Yoona menyilangkan tangannya dan mengeluh kuat. Kelihatan gaun labuh biru cair bercorak bunga terletak cantik di tubuh gadis itu. Alex serta Chan yang berada di hadapannya tertawa kecil dengan reaksi itu.
Melihat gadis yang setahu mereka kasar dan hanya berseluar sahaja kini sedang kelihatan ayu di hadapan mereka. Jikalau bukan atas arahan Edward, mereka tidak akan pernah melihat Yoona berpakaian seperti seorang 'perempuan'.
Mendengar bunyian kasut yang sedang menuruni tangga berdekatan bar yang sedang mereka duduki, mengalihkan perhatian Yoona.
"Edward, I don't want to wear like this. This is not necessary."
Tangan gadis itu galak menunjukkan gaunnya atas ke bawah. Wajahnya jelas kelihatan meminta simpati dan pertimbangan daripada ketuanya itu. Edward yang baru sahaja turun melihat gadis itu dari hujung kaki ke hujung rambut.
Mingyu yang berada di belakang lelaki itu seperti terpesona melihat Yoona yang sememangnya tidak pernah berpakaian begitu. Tanpa disedari, lelaki lampai itu mengukir senyuman halus dibibirnya. 'Cantik—'
"This is necessary. You two must look like a couple who want...a baby, so—" Edward mengangkat bahu serta keningnya. Yoona mengguling biji matanya sebelum mengeluh kasar sambil menyilang tangan.
"Noona nampak macam budak-budak—" Chan berbisik pada Alex kerana perbuatan gadis itu yang kelihatan seperti anak kecil baginya.
Tetapi tanpa disedari, 'bisikannya' itu dapat didengari oleh mereka semua. Alex meletakkan jari telunjuk dibibirnya sebagai isyarat senyap. Yoona yang mendengarinya lantas melemparkan pandangan tajam pada dua lelaki itu.
"Neo jugullae (you wanna die) ?"
Chan dan Alex laju menggelengkan kepala mereka serentak dengan sengihan malu. Manakala Edward dan Mingyu tertawa kecil melihat mereka bertiga.
"Dah jom—"
Kunci kereta yang dipegangnya dilemparkan pada Mingyu ketika berjalan melepasi lelaki itu untuk ke pintu keluar. Dengan tidak bersedia, Mingyu tergopoh cuba mengambil kunci itu daripada terjatuh ke bawah.
"Makin lama duduk sini, makin panas aku—" omel gadis itu sendirian dengan perasaan geram.
[ To be continued ]
YOU ARE READING
[OG] Fanfic || MAFIA ↭ k.mg [김민규] & j.wy [정우영]
Ação" 악은 악으로 갚아야한다 " - evil must be repaid with evil - • K.mg & J.wy • Hiatus [ ] Slow update [ ] On-going [ ✔ ] Complete [ ] Start : 25 June 2021 Complete : You wanna teaser? Ada dekat 1st part ✨ Don't forget to vote and comment 😊