[ 3 : Mother ]
"Hello, aku dah balik–" Wooyoung bersuara selepas membuka pintu apartmentnya. Lelaki itu langsung menuju ke biliknya di mana gadis itu sepatutnya berada sekarang. "Yoona-ah–" panggilnya sambil melangkah.
Kepalanya dijenguk malah tiada sesiapa. "Heih–aku dah cakap jangan keluar." omelnya geram.
"Omo kkamjakiya–" Wooyoung terkejut saat menoleh kerana gadis itu tiba tiba sahaja berada di sebelahnya sambil tersenyum.
"Mesti kau ingat aku pergi kan." Yoona mengangkat keningnya beberapa kali.
"Ani–" laju Wooyoung menggeleng. Gadis itu mencebik. "Okay"
Entah kenapa Yoona seperti sedang mencari-cari sesuatu di tangan lelaki itu. Berasa rimas dengan perbuatan itu Wooyoung menarik tangannya. "Mwo–"
"Kau tak bawak balik makanan ke?" Yoona menjawab dengan kekecewaan.
"Yela aku nak ajak kau makan dekat luar la ni."
"Okay jom–" Yoona lantas memeluk lengan itu dan menariknya.
~
Seorang kanak kanak dalam lingkungan umur 5-7 tahun itu sedang disuapkan makanan oleh ibunya. Walaupun ketika anak kecil itu ada menumpahkan makanan itu di atas meja, ibu itu masih melayan anaknya dengan baik.
Entah mengapa gadis itu merenung gelagat dua beranak itu tanpa menyedari rakannya itu sudah memanggilnya beberapa kali.
Petikan jari di hadapan wajah gadis itu membuatkan dia tersentak. "Kau dengar tak apa aku cakap?"
"Oh—" gadis itu menggeleng kepala dan menolak rambut panjangnya ke belakang. "Maaf. Kau cakap apa tadi."
"Kau termenung apa tadi?"
Wooyoung yang mahu mengambil tahu menoleh ke belakangnya. Dan dia cepat sahaja menangkap situasi yang direnung gadis itu tadi.
"Jangan salah anggap." Yoona menghirup air panasnya perlahan untuk mengelakkan pandangan mata dengan Wooyoung.
"Rindu omma kau ke?"
"Huh—" dia membalas sinis. "Should I miss her after what she did to me?"
"Tapi dia masih omma kau. Dan kau pun rindu dia kan. Why not you just find her?"
Gadis itu hanya mendiamkan diri dengan wajah yang kosong.
"Mungkin dia ada sebab, kenapa dia buat macam tu"
"Perlu aku ingatkan kau balik ke apa dia buat?" Yoona memandang tajam mata lelaki itu.
Wooyoung mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. "Okay aku cuma cakap sebab kau termenung sampai macam tu."
"Aku cuma harapkan seorang ibu yang peduli dan sayangkan anak dia macam yang kau nampak tu." Yoona melirikkan matanya ke arah dua beranak itu semula.
Wooyoung tidak membalas apa apa dan hanya membiarkan gadis itu termenung semula. Dia agak faham perasaan rakannya ketika itu, jadi dia hanya mampu berdiam diri.
Habis sahaja memenuhkan perut, mereka berdua beredar dan kereta itu dipandu oleh Wooyoung. Yoona sejak di restoran tadi, hanya mendiamkan diri dan kini dia merenung ke luar tingkap. Semakin lama dia termenung, semakin banyak memori lama yang diimbasnya kembali.
"Omma...lapar..." seorang kanak kanak perempuan sedang menangis terduduk di atas lantai rumah setinggan itu disamping ibunya yang sedang duduk di sofa.
Wanita yang digelarkan ibu itu tidak menghiraukan anaknya dan terus-terusan meneguk alkohol terus daripada botolnya.
"Omma..." anak kecil itu memegang kaki ibunya.
"ISH KAU DIAMLA !!" wanita itu memekik dan menendang anak kecilnya daripada terus memeluk kakinya. Wanita itu bangkit dan menyepahkan segala barangan di meja kaca itu sehinggakan botol-botol kaca araknya pecah.
"SERABUTLA KEPALA AKU DENGAN KAU NI."
Anak kecil itu tidak berhenti menangis kerana berasa takut. Si ibu menarik tangan dan mengheret anaknya itu ke dalam sebuah bilik.
"Ommaaa sakitt."
Dia menolak anak itu dan menutup pintu dengan kuat. "KAU DUDUK SITU SAMPAI KAU SENYAP" wanita itu tidak teragak agak untuk mengunci bilik itu dari luar.
Yoona menangis teresak esak sambil mengetuk pintu bilik meminta dibuka.
"Omma jebal.."
"OMMAAAA"Tidak berdaya untuk dia mengetuk lagi, akhirnya anak kecil itu tersandar pada pintu sambil menangis mengenangkan nasibnya. Dia sudah tidak berdaya untuk berbuat apa apa dan hanga mampu terduduk.
Sudah dua hari dia tidak makan. Ibunya langsung tidak menghiraukannya sejak beberapa hari ini walaupun dia menangis merayu meminta makanan.
"Appa..."
Teringat anak kecil itu akan bapanya yang sudah tiada lagi di muka bumi ini. Sewaktu masih adanga bapa itu, hidup mereka tidak sebegini. Anak kecil itu dibelai dengan kasih sayang dan diberikan makan serta pakaian yang cukup. Mereka bertiga hidup sebagai satu keluarga bahagia.
Kemalangan yang menimpa bapanya sewaktu hendak pulang ke rumah dari tempat kerja telah mengubah nasib hidup mereka. Ibunya berubah dan sering mengkhayalkan diri dengan alkohol dan ke kelab malam. Anak kecik itu ditinggalkan berseorangan di rumah apabila ibunya itu keluar.
Pernah juga si ibu tidak pulang ke rumah selama beberapa hari kerana mengikut lelaki lelaki miang ke rumah demi wang semata-mata. Dengan wang itu, si ibu menanggung sara hidup mereka berdua dan mampu untuk memberi anaknya makan, itu pun sekadar roti sahaja.
Tetapi semenjak beberapa hari ini, perangai ibunya menjadi semakin teruk. Anak kecil itu dimarahi dan dipukul selain dari tidak diberi makan.
Kanak-kanak perempuan itu tidak berhenti menangis menginginkan kehidupannya yang dahulu tetapi mustahil untuk berlaku. Lama kelamaan dia tertidur dalam keadaan kelaparan dan berair mata.
[ To be continued ]
YOU ARE READING
[OG] Fanfic || MAFIA ↭ k.mg [김민규] & j.wy [정우영]
Acţiune" 악은 악으로 갚아야한다 " - evil must be repaid with evil - • K.mg & J.wy • Hiatus [ ] Slow update [ ] On-going [ ✔ ] Complete [ ] Start : 25 June 2021 Complete : You wanna teaser? Ada dekat 1st part ✨ Don't forget to vote and comment 😊