12 : Protect

8 1 0
                                    

[ 12 :  Protect ]

Di tandas, Yoona sedang merenung lama ke cermin di hadapannya. Pantulan cermin itu menampakkan badannya yang hanya berpakaian dalam dan berseluar jeans hitam. Sudah beberapa minit dia berdiri kaki di situ dengan mata yang sayu.

Parut yang panjang di samping perutnya itu direnung sejak tadi lalu disentuh dari pinggang kirinya hingga ke tepi pusatnya. Memandang parut itu, dia menggigit bibir dan menggenggam sebelah penumbuknya.

Matanya dipejam rapat, cuba melupakan kisah kewujudannya parut itu. Tanpa berfikir panjang, dia segera menggapai t-shirt putih yang berada di dalam beg galasnya yang diletakkan di sebelah sinki itu.

~

"Hyung—kenapa kita kena buat semua ni."

"Ish—kau memang tak nak duit ke?"

"Aku tau la tapi banyak lagi kerja lain dekat luar sana."

"Kalau kau tak nak, pergi je la."

"Aku cakap je..."

"Dah kau diam. Kau ingat kan kau kena tunggu dekat Pelabuhan Incheon. Nanti aku dengan yang lain bawak semua perempuan ni ke sana."

"Ingat—tapi hari apa ye?"

"Ish kau ni ingat apa je. Hari jumaat ni la."

Mingyu menyentuh skrin telefonnya, menghentikan rakaman suara itu. Rakaman itu dibuat sewaktu dia menyorok di dalam almari di stor itu.

"Maksudnya mereka simpan semua gadis tu di klinik sebelum dihantar ke luar." lelaki lampai itu mengulas.

"Tapi mana mereka simpan semua gadis itu. Klinik tu bukannya besar mana pun." Alex menyandarkan belakangnya pada kerusi.

Edward sebagai ketua sedang berfikir. Tangannya bersilang dan dagunya disentuh. Pintu bilik yang terbuka menarik perhatian penghuni bilik itu. Yoona yang baru sahaja selesai menukar pakaiannya, melangkah masuk.

"Noona dah dengar ke?" Chan menunjukkan telefon bimbit Mingyu yang berada di atas meja.

Yoona mengangguk perlahan. "Dah. Dalam kereta tadi." ujarnya lalu melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan lelaki itu.

"Mingyu—ada tak nampak apa-apa pintu dekat stor tu?"

Persoalan Edward dibalas dengan gelengan. "Tak sempat nak cek stor tu betul-betul sebab diorang dah masuk."

"Kemungkinan gadis-gadis tu dikurung di bawah tanah. Mungkin ada pintu dekat stor tu. Kalau tak kenapa mereka dekat situ." Yoona mencelah.

Edward mengangguk setuju. "Mungkin betul. Jadi, apa yang kita tau, ada perempuan yang mereka sorokkan dekat klinik tu dan hari rabu ni, they will trade the girls."

"Kita kena selamatkan diorang. Takkanlah nak biar je." Ryu yang daripada tadi sekadar mendengar mula bersuara.

"We need to split up into two teams. Mingyu and Alex, you guys the team leader." Edward menunjukkan jari telunjuk pada dua lelaki itu.

"Mingyu team akan pergi ke klinik. Alex team, ke pelabuhan. Chan, you need to hack the port CCTV to identify where they are that day." sambungnya.

"Alright boss—" dengan bersahaja Chan melakukan tabik dengan sebelah tangannya.

"Yoona and Ryu, you guys with Mingyu. Red, San and Felix, with Alex. We will start this by Thursday night. Mingyu team, rescue the girls. No one left behind. Alex team, i guess we will fight. I will be there with you guys."


~


Pada petang yang redup itu, Yoona sedang mengaktifkan diri dengan berjoging di sekitar kawasan perumahan kedai. Dia tidak terlalu gemar berjoging di taman kerana suasana yang membosankan baginya.

Tetapi berjoging di perumahan kedai, dia dapat memerhatikan bermacam-macam orang serta gelagat yang pelbagai. Dengan cara inilah gadis itu belajar mengenai perangai manusia melalui pemerhatiannya.

Hasil daripada pemerhatiannya, dia mudah berinteraksi dengan orang lain kerana dapat mengenal pasti sifat seseorang itu dari luar. Baginya itu adalah suatu kelebihan.

Sedang asyik mengelamun sewaktu berjoging, tiba-tiba dia terdengar suara seorang perempuan menjerit. Lariannya terhenti. Pandangannya beralih ke sebelah kanan, di mana terdapatnya sebuah lorong.

Daripada penglihatannya, jelas ternampak seorang lelaki seperti sedang menampar seorang gadis berambut panjang di lorong itu. Kerana berasa lemah, gadis berambut panjang itu terduduk ke bawah dan kini lelaki itu mula berani mengangkat kaki dan memijaknya.

Gadis itu tidak dapat membuat apa-apa melainkan menangis dan meminta untuk berhenti.Riak wajah Yoona mula berubah. Nafasnya dihembus kasar sambil mengambil langkah di mana dua orang itu berada.

Sekali tumbukan yang diberikan pada wajah lelaki itu lantas merebahkannya. "YAISHH—" jerit si lelaki marah lalu meludah darah akibat tumbukan kuat itu. Gadis berambut panjang itu juga terkejut melihat kejadian itu.

"Kalau jadi lelaki tu jangan dayus sangat boleh tak." omel Yoona sambil membantu gadis itu untuk bangkit. Perlahan-lahan dia cuba menstabilkan diri dengan bantuan gadis itu.

"KAU NI SIAPA? JANGAN SIBUK DALAM HUBUNGAN ORANG LAIN LA." Tanpa perasaan malu langsung lelaki itu bersuara lantang selepas berdiri.

"Awak okay ke? Nak saya bawa ke klinik?" jeritan lelaki itu tidak dihiraukan dan Yoona menyoal prihatin pada gadis yang kelihatan lemah itu.

"Aishh—" lelaki itu melemparkan penumbuknya pada Yoona. Tetapi gadis itu sempat untuk mengelak dan dia membalas dengan tumbukan padu di perut sebelum memukul belakang leher lelaki itu.

"Arghh—"

Rambut lelaki itu ditarik ke belakang dengan kuat selepas dia terjatuh melutut. Dan kini Yoona membuatkannya terpaksa terdongak. "Kalau aku nampak lagi muka kau dekat mana-mana. Aku tak teragak-agak nak bunuh kau."

Tidak dapat berbuat apa-apa, lelaki itu hanya mengerang kesakitan.Kepala lelaki itu ditolak kasar sebelum Yoona berlalu pergi bersama dengan gadis berambut panjang itu.





[ To be continued ]

[OG] Fanfic || MAFIA ↭ k.mg [김민규] & j.wy [정우영]Where stories live. Discover now