4 : Mission

13 6 3
                                    

[ 4 : Mission ]

Wooyoung memberhentikan kenderaannya dihadapan sebuah kelab. Selepas beberapa hari Yoona berehat di rumahnya, dia menghantar rakannya itu ke sana atas permintaan gadis itu. "Thanks–" ucap Yoona sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Hati-hati." pesan Wooyoung dengan nada risau.

Gadis itu tersenyum senget. "Jangan risaulah."

Dia lantas berjalan memasuki ke dalam kelab itu—tempat gadis itu menjalankan 'aktiviti'nya. Kelab itu adalah tempat di mana segala perbincangan misi sebuah kumpulan Mafia dibincangkan selain daripada tempat untuk hiburan.

Agak pelik apabila kumpulan Mafia berada di Korea, tetapi itulah hakikatnya. Kumpulan ini terbentuk disebabkan oleh seorang lelaki daripada keluarga mafia yang terbesar dari Itali. Dia berhijrah ke negara asia ini dan menubuhkan kumpulannya sendiri.

Bukan sembarangan orang juga yang boleh menyertai kumpulan ini kerana lelaki itu yang menapis serta meneliti peribadi seseorang itu sebelum diterima masuk. Jadi tidaklah terlalu ramai jumlah ahli kumpulan mereka tetapi tetap hebat.

Akan tetapi terdapat suatu yang berlainan mengenai kumpulan ini yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Sebaik sahaja melangkah masuk, dua orang lelaki menyapanya. Mereka adalah pekerja di kelab sahaja.

"Anyeonghasimnikka."

"Mana yang lain?" soalnya dingin.

"Mereka semua berada di bilik utama." jawab salah seorang—dengan sopan.

Yoona melangkah segera ke tingkat atas menuju ke bilik utama yang diberitahu sebentar tadi.

"Good news. I have mission for you guys this week dan semestinya adalah lumayan. So, let me introduce to you, our target."

TOK TOK TOK

Percakapan Edward—lelaki botak yang berdarah barat itu terhenti sewaktu gadis tinggi itu mengetuk pintu. Keseluruhan mereka di bilik itu memandang ke arah Yoona yang sedang melangkah masuk.

"Angel—you're here on the right time." si ketua, mengalukan kedatangan anak buahnya itu.

"Sorry i'm late." gadis yang digelar Angel itu mengambil tempat di hadapan kanan.

"It's okay. How's your leg?" soal Edward prihatin kerana beberapa hari lepas gadis itu menelefon memberitahu kakinya cedera hasil misi mereka yang lepas.

"It's fine. I'm fine." gadis itu mengangguk kecil.

"Thank god because I need you in this mission."

Tanpa membalas sepatah, Yoona hanya mengangguk perlahan.

"Let's continue guys." lelaki itu menepuk tapak tangannya pada papan putih di hadapan itu. "His name is Lee Byunghun." sambil jari telunjuknya menunjukkan gambar seorang lelaki pertengahan umur itu.

"The mayor." Mingyu—lelaki berkulit tan yang duduk berhadapan Yoona di bahagian meja hadapan.

"Yes–you guys can see how good-looking is he. Everyone in this town really admires him because of his effort to develop this states and also his endless financial contribution." Edward bersuara sambil mula bermundar-mandir.

"In conclusion kita boleh tahu yang dia seorang yang 'bersih' among politicians. Right?"

Mereka yang lain mengangguk setuju. Maklumat yang diterangkan Edward tidak disangkal kerana Ketua Bandar itu telah 'menghidupkan' bandar kecil ini dengan jayanya dan hingga kini tiada langsung berita mengenai skandal yang melibatkan lelaki ini.

"But–" Alex—lelaki berbadan sasa yang sejak tadi berdiri bersama Edward di hadapan mula berbicara. Si ketua memberi laluan kepada anak buahnya untuk membentang.

"We all doesn't know what he really do behind his success."

Alex meletakkan beberapa keping kertas yang dipegangnya di atas meja perbincangan itu. Yoona dan Mingyu mengambil kepingan itu.

"Tahun 2016, Lee Byunghun telah membuka akaun bank tiada nama di Singapura untuk memindahkan segala dana haram yang diterima. Jumlah dana itu boleh dikira berharga 100 Juta won."

"100 juta !!? Macam mana dia dapat duit sebanyak tu? Waktu ni pun, bukan ke dia baru je masuk pencalonan Datuk Bandar." Mingyu menyoal musykil.

Alex memetik jarinya. "That's the point, how he could produce this 100 million even before dia jadi Datuk Bandar plus in a very short time?"

Yoona yang sedang menyelak helaian kertas tadi hampir terbeliak matanya membaca maklumat yang tertulis di situ. "Human trafficking. What the—"

"Yup–he trade children and women for sexual slavery and forced prostitution both in Korea and international." Alex memberikan penerangan lanjut.

"Jijik—" Yoona bersuara perlahan.

"From 2016 until this year, we can know about 20,000 wanita dan kanak-kanak yang sudah diperdagangkan."

Yoona pada masa itu seperti mahu melepaskan kutukan dan carutannya. Sanggup orang sebegini menjual kanak-kanak dan wanita semata-mata untuk duit. Sangat tidak berperikemanusiaan.

"And until now, dia masih lakukan perbuatan ni. Jadi tak hairan lah kewangan dia tak pernah kurang walaupun dah bantu bandar ni." Mingyu melemparkan kertas yang dipegangnya. Perbuatan memperdagangkan kanak-kanak dan wanita sungguh tidak masuk akal baginya. Bagaimana kalau perkara ini terjadi pada salah seorang ahli keluarganya. Pasti haru.

"Takkanla tak ada satu pun skandal pasal ni. I mean there must be someone yang tau pasal ni. Impossible tak ada siapa yang tahu." Yoona menyuarakan pendapatnya.

"I guess they couldn't have a chance to speak the truth." Alex meletakkan beberapa keping gambar mayat hasil pembunuhan kejam.

"What the fuc–" Mingyu hampir ternganga. Bukan satu dua pembunuhan malah berpuluh.

"If you guys wanna know, the one who send me these is dead a few days ago. So we should be more careful by now. But i'm sure they didn't know about us." Edward bersuara dengan nada serius.

"I wish i can kill him now." Yoona menggenggam penumbuknya dengan pandangan mata yang tajam.

"Tapi dengan bunuh dia sahaja tak cukup untuk buktikan dia bersalah dan tak mustahil juga semua ni tak akan berhenti." Edward menyampuk.

"Yeah right. Of course dia upah orang lain untuk uruskan semua ni." Mingyu bersetuju.

"So what do we do?" Alex menyilang lengannya.

Edward tersenyum senget. "I know something that could help us."





[ To be continued ]

[OG] Fanfic || MAFIA ↭ k.mg [김민규] & j.wy [정우영]Where stories live. Discover now