[ 5 : Entertainer ]
CHINA
Gadis berambut perang yang panjang separas bahunya sedang duduk di samping katil. Badannya membelakangi pintu bilik seolah-olah seperti hendak melindungi perbuatannya sekarang. Jari jemari halusnya laju menaip kekunci telefon kecil yang lama itu.
Sesekali gadis itu menoleh ke pintu bilik untuk memastikan tiada sesiapa di situ.
From : Hana
To: MimiMimi-ah, apa khabar. Aku tak sibuk sekarang ni
TING !
From : Mimi
To : HanaHana-ah, kau sihat tak dekat sana? Ada apa-apa jadi ke? Kau kena pukul ke? Bagi tau semua. Aku sihat dekat sini.
TING !
From : Hana
To: MimiTak. Aku okay sihat. Sekarang aku dah tak perlu layan lelaki gatal tu semua. Mereka dah naikkan aku untuk layan VIP sekarang. Mungkin lagi better dari sebelum ni.
TING !
From : Mimi
To : HanaAsalkan kau tak kena pukul lagi je dah cukup. Aku harap kau kuat dekat sana. Aku tak mampu nak tolong kau dekat sana tapi aku boleh bagi semangat je dekat sini.
TING !
From : Hana
To: MimiTak apa. Mungkin ini dah jadi takdir hidup aku. Gomawo Mimi-ah.
TING !
From : Mimi
To : HanaJangan risau. Aku tau kau akan okay
TING !
From : Hana
To: MimiErm keluarga aku sihat tak? Mereka macam mana sekarang?
TING !
From : Mimi
To : HanaMereka semua okay. Aku selalu je datang melawat. Jangan risau, aku akan jaga mereka macam keluarga aku sendiri.
TING !
From : Hana
To: MimiTerima kasih Mimi sebab sanggup tengokkan keluarga aku. Kalau tak ada kau, aku tak tau nak bergantung pada siapa lagi.
TING !
From : Mimi
To : HanaTak apalah. Aku tolong ni pun ikhlas. Erm Hana-ah, aku tak boleh lama-lama ni. Aku kena sambung kerja ni. Kita sembang lagi nanti tau.
TING !
From : Hana
To: MimiOh okay. Kita sembang lagi nanti.
Hana mengenggam telefon itu erat sambil kedua tangannya berada di dada. Perlahan gadis itu mengeluh. Dapat dilihat di wajahnya kerinduan yang tebal pada keluarga dan rakan baiknya di sana.
Tidak disedari, air matanya sudah mengalir ke wajah mulusnya. Segera gadis itu mengelap air matanya.
Tanpa berlengah lagi, dia menyorokkan telefon itu di dalam kotak kecil yang berkunci. Kotak itu diletakkan dalam sebuah laci di samping katil manakala kunci itu disimpannya antara pakaiannya di almari.
Sebaik sahaja gadis itu menutup pintu almarinya, pintu bilik itu dibuka dari luar. Seorang wanita yang kelihatan muda tetapi lebih tua darinya, sedang berdiri di situ.
Hana menunduk hormat padanya dan segera melangkah ke luar biliknya. Wanita itu membawa Hana ke suatu tempat jauh dari biliknya yang berada di tingkat 3.
Bangunan itu sebenarnya adalah sebuah hotel yang dijadikan sebagai tempat hiburan untuk para lelaki. Setiap bilik hotel bangunan itu dihuni oleh seorang wanita. Mereka hanya perlu membayar di kaunter pendaftaran sebelum dilayani oleh lelaki yang sukar untuk melawan nafsu sendiri.
Tetapi lain pula bagi golongan VIP, seperti menteri, ahli politik, ahli perniagaan yang kaya raya. Wanita yang dilanggani perlulah ke bilik mereka yang lebih eksklusif dan semestinya jauh lebih mewah dari bilik gadis-gadis itu.
Serupa seperti Hana, dia kini dibawa oleh wanita yang dikenali sebagai pengurus gadis-gadis di situ untuk ke bilik golongan VIP.
Sangatlah teruk golongan wanita dilayan seperti seorang yang tidak bermaruah. Adakah mereka mahukan untuk hidup seperti ini? Sudah pasti tidak. Tetapi ini juga adalah akibatnya apabila melakukan langkah yang salah semasa mengatur masa depan sendiri.
Disebabkan itu juga, wanita tidak sepatutnya kita mengalah dalam mempertahankan maruah dan masa depan diri.
[ To be continued ]
YOU ARE READING
[OG] Fanfic || MAFIA ↭ k.mg [김민규] & j.wy [정우영]
Acción" 악은 악으로 갚아야한다 " - evil must be repaid with evil - • K.mg & J.wy • Hiatus [ ] Slow update [ ] On-going [ ✔ ] Complete [ ] Start : 25 June 2021 Complete : You wanna teaser? Ada dekat 1st part ✨ Don't forget to vote and comment 😊