10

26 6 0
                                    

Putera Haruno memilih satu bangku dan duduk di situ. Dia terasa sunyi pula bila adik kesayangan dah balik. Terkejut juga dia masa kedatangan TP. Mereka siap duduk dekat situ selama seminggu lagi. Tapi sekarang mereka dah balik.

Lama Putera Haruno termenung sampaikan baru perasan ada orang duduk di sebelahnya. Putera Haruno berpaling melihat siapakah gerangan yang ambil tempat disebelahnya. Ternyata ianya Jessica. Untuk pengetahuan, Jessica sudah keluar dari hospital beberapa hari yang lalu.

"Ada apa?" tanya Putera Haruno.

"Saya baru habis joging jadi saya duduklah sini nak rehat. Salah ke?"

"Taklah saja tanya." Kemudian keadaan senyap antara mereka. Jessica menggoyangkan kakinya sambil pandang ke bawah.

"Saya ada dengar awak ada trauma masa kecil," ujar Jessica memulakan perbualan. Putera Haruno mengangguk.

"Yup. Memang ada."

"Apa kata kita kongsi kisah silam masing-masing. Awak cerita kisah awak. Nanti saya cerita kisah saya pula."

"Okey. Saya mula dulu."

Flashback

10 tahun lalu...

Putera Haruno merenung alat hasil ciptaannya. Dia cuba cipta jam tangan penjejak tapi rekaan yang dia buat nampak ketinggalan zaman. Dia mengeluh. Tak lama lepas itu kedengaran seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Masuk!" Sahut Putera Haruno.

"Haru-sama, sekarang masa makan malam," ujar Yamamoto, butler peribadi Putera Haruno.

"Baik, Yamamoto-san."

"Patik dah cakap banyak kali jangan panggil patik macam tu."

"Saya juga dah cakap banyak kali jangan panggil saya dengan panggilan 'sama'." Mereka sama-sama mengeluh kemudian ketawa. Memang dah biasa dengan keadaan begini. Pasti akan bergurau untuk menghilangkan rasa bosan.

*sama adalah panggilan bagi orang yang terhormat.

Dia duduk di meja makan bersama adiknya, Puteri Konami. Ayahanda dan bonda mereka pula berada di luar negara. Biasalah, semuanya urusan perniagaan atau politik. Tetapi kadang-kadang ayahanda dan bonda mereka luangkan masa untuk mereka juga.

Baru pukul sembilan malam, tetapi Putera Haruno terasa mengantuk. Biasanya paling awal pun dia akan tidur pukul sepuluh setengah. Mungkin sebab terlalu penat buat eksperimen tadi. Dia menutup lampu biliknya kemudian tidur di atas katil. Jam tangannya lupa dilepas.

Panas. Terasa sesak nafas. Putera Haruno terjaga dari lenanya. Dia membuka mata dan kelihatan sekelilingnya sungguh gelap. Badan dia seperti terikat. Dia mula meronta sekuat tenaga. Kemudian benda yang menutup kepalanya diangkat seseorang.

Putera Haruno memandang orang itu. Rupa seperti dia kenal. Kemudian dia memandang orang yang berada tak jauh dengannya. Dia tak sangka pula ada orang lain yang tertangkap selain dia. Orang itu ialah...

"Konami! Yamamoto-san!" Jerit Haruno. Yamamoto sudah pun terjaga tapi Konami masih tak sedarkan diri. Dia pasti Konami sudah pengsan.

"Pak cik ni siapa?" tanya Putera Haruno. Membulat mata penculik itu apabila dipanggil pak cik.

"Jangan panggil pak cik! Bukan ke sepatutnya tuanku dah kenal dengan muka ni?" Penculik itu mendekatkan mukanya dengan Putera Haruno.

"Awak.... "










"Siapa?"

Puk! Penculik itu terjatuh. Fikirkan budak itu sudah boleh kenal dia.

"Jangan buat orang suspenlah, boge!" Marah penculik itu.

"Haru-sama, dia ialah Keyaru, wakil ketua butler di istana," jelas Yamamoto.

"Ya, saya tahu."

"Kalau dah tahu kenapa tanya lagi?" Marah Keyaru lagi sekali. Nampaknya budak dekat depan dia ini sengaja mahu permainkan dia.

"Kenapa bising-bising ni?" tanya Puteri Konami yang baru saja hendak buka mata. Namun cepat-cepat Putera Haruno mengambil batu dan mencampakkannya kepada Puteri Konami dan buat dia pengsan semula.

"Kenapa Haru-sama buat Nami-sama macam tu?" tanya Yamamoto yang agak terkejut.

"Kalau dia nampak apa yang berlaku, nanti dia menangis dan buat bising. Mungkin Keyaru akan pukul dia untuk buat dia senyap tapi itu akan buat dia lagi kuat menangis. Jadi lebih baik dia pengsan supaya kekal senyap," jelas Putera Haruno.

Yamamoto mengangguk setuju. Tak terfikir pula dia tentang itu. Putera Haruno sememangnya genius. Sebab itulah dia boleh banyak cipta alat berguna walaupun masih muda. Yamamoto rasa terharu pula.

"Eh? Kenapa Yamamoto-san menangis?"

"Entahlah. Tapi bila saya ingat perkara itu, saya rasa bangga dan terharu pula."

"Perkara apa?" Putera Haruno nak menggaru kepalanya pun tidak boleh kerana badannya diikat.

"Kenapa awak berdua asyik bising saja dari tadi?" Marah Keyaru. Keyaru sememangnya panas baran jadi sebab itulah dia asyik marah.

'Dengar sini, saya tengah fikir macam mana kita boleh keluar...' bisik Putera Haruno tanpa mendengarkan apa yang dikatakan Keyaru.

"Dengarlah apa orang cakap!"

"Saya dah bagitahu raja dan permaisuri pasal benda ni. Tuanku dan adik tuanku dah dijadikan tebusan. Tak lama lagi duit lima puluh juta yen akan masuk dalam akaun saya!" ujar Keyaru teruja.

"Jadi... kenapa awak tangkap saya sekali?" soal Yamamoto.

Apa akan berlaku lepas ini?

PRINCE ACADEMYWhere stories live. Discover now