Prolog

86 10 0
                                    

"Grandma panggil kamu semua sebab satu misi," kata Madam Forrester. Enam wajah cucunya dipandang tenang. The Queens saling berpandangan dengan muka tertanya-tanya.

"Misi apa, grandma?" tanya Irene selaku ketua. Madam Forrester menarik nafas.

"Kamu semua akan jadi exchange student di England. Lepas kamu balik, kamu semua perlu pergi ke Prince Academy untuk pantau disiplin mereka," jelas Madam Forrester. The Queens terbeliak sampai nak terkeluar biji mata mereka.

"Kalau pergi England kami tidak kisah. Tapi Prince Academy? Itukan sekolah lelaki?" soal Stella seakan tidak percaya.

"Ya. Tapi peraturan telah berubah. Pengetua sekolah mereka telah meminta bantuan kamu semua. Grandma percaya kamu semua boleh uruskan masalah disiplin sekolah tu. Tapi sebelum tu grandma beri kamu rehat selama setahun di England selepas apa yang jadi," jelasnya lagi.

Mereka saling berpegangan tangan untuk memberi semangat. Masing-masing menahan tangis. Madam Forrester rasa simpati atas apa yang berlaku.

PRINCE ACADEMYWhere stories live. Discover now