12

24 6 0
                                    

The Queens memandang The Royals tidak puas hati. Pelajar yang sekelas dengan mereka semuanya tidak berani masuk kelas. Berbahaya! Silap langkah boleh kena buang sekolah! Mereka berkumpul diluar kelas dan menyaksikannya dibalik tingkap.

"Awak semua minta berbaik?" tanya Irene.

"Jangan harap. Salah seorang member awak semua dah buat kaki Jessica terluka dan nak minta berbaik macam tu je?"

"Betul tu. Nasib baik tak serius. Kalau dia tak boleh guna kaki dia lagi? Paling teruk kalau dia trauma lagi?" Sokong Lilian.

"Kami dah minta maaf, kan? Lagipun tak ada sesiapa jangka perkara tu," ujar Putera Calsy.

"Tetap dia yang bersalah," kata Irene. Dia memang sensitif kalau pasal cousin dia.

"Kalau tak nak tak apalah. Lagipun awak semua yang buat Afendy jauhkan diri dari kami," kata Putera Albert.

"Apa?"

"Betullah. Dia jadi macam tu lepas bercakap dengan awak semua dekat hospital," ujar Putera Luin.

"Tarik balik! Awak semua tak tahu apa-apa!" Marah Cindy.

"Tak nak. Awak semua yang mulakan dulu."

"Kalau macam tu, kita selesaikan dengan ini," kata Irene sambil mengeluarkan Queen Card. Ahli TQ pun terdiam kerana mereka sendiri tak sangka Irene akan bawanya.

"Boleh. Dengan syarat kami yang pilih permainan," jawab Putera Calsy.

"Kenapa pula?" soal Stella tak puas hati.

"Sebab awak semua yang cabar kami. Yang dicabar sepatutnya berhak pilih permainan yang dicabar."

"Baiklah. Apa permainannya?" Setelah beberapa minit TR berbincang akhirnya mereka memutuskan.

"Monopoli!" Ujar Putera Luin. TQ berkerut dahi. Yang dekat luar kelas pun ingin tergelak.

"Pfft! Monopoli?"

"Menarik." Semua memandang suara yang datang dari luar kelas.

"P-pengetua!" Kata semua serentak.

"Pengetua buat apa dekat sini?" tanya Putera Elman.

"Saya saja jalan-jalan lepas tu saya nampak ramai yang berkumpul dekat luar kelas jadi saya joinlah apa yang mereka tengok tu. Lepas tu saya dengar kamu semua berdebat." TQ dan TR tersengih. Alamak kecoh sangat sampai kantoi dekat pengetua.

"Tapi saya setuju dengan permainan yang awak nak anjurkan." Kenyataan pengetua buat mereka terkejut. "Kenapa nak terkejut? Inikan daripada Queen Card. Mestilah saya bagi." Semua mengangguk.

"Papan monopolinya biar saya yang uruskan. Hari Selasa minggu depan datang dekat bilik mesyuarat," ujar pengetua.

"Ala... kami nak tengok mereka main!" Kata seorang pelajar.

"Betul tu."

"Bagilah kami tengok mereka main pengetua!" Lama-lama semua bising sampai kelas sebelah pun ikut menyokong walaupun tak tahu apa-apa.

"Awak semua sudah lupa tentang ujian bulan depan?" tanya pengetua. Semua menelan air liur.

"Sesiapa yang markah ujian dia menurun akan dihantar balik ke negara masing-masing. Sudah tentu The Queens dan The Royals tak terkecuali. Jadi saya buat ini bukan untuk suka-suka. Sesiapa yang nak tengok permainan mereka atau join mereka main dan abaikan pelajaran silakan."

Semua diam. Tahu takut!

👑👑👑

"Kenapa tiba-tiba pengetua masuk campur pula?" Soal Putera Ciel sambil duduk di atas sofa bilik Royals. Untuk pengetahuan, TR juga dapat bilik istimewa mereka. Tapi berbeza dengan TQ, TR dapat bilik ini pun dari titik peluh mereka mengemasnya.

"Entah. Tapi nak buat macam mana? Kecoh sangat tadi pun sebab kita," jawab Putera Elman.

"Bukan kita sahaja. The Queens pun sama," kata Putera Albert.

"Sudah-sudahlah tu dengan The Queens," ujar Putera Haruno.

"Apa? Kita yang nak berbaik tapi mereka pula mulakan peperangan."

"Betul tu. They start the war first," sokong Putera Ciel. Putera Haruno dan Putera Elman menggelengkan kepala mereka.

👑👑👑

TQ dekat bilik Queen. Mereka berehat selepas berdebat tadi. Berdebat pun boleh jadi penat. Masing-masing meminum air. Kemudian Mercy pun mula bersuara.

"Saya rasa pengetua ada rancang sesuatu." Semua memandangnya dengan tanda tanya.

"Saya pun rasa macam tu juga. Kalau kita silap langkah kita memang takkan bertahan dekat akademi ni," jawab Irene. Lagi sekali mereka tak faham.

"Saya asyik nak senyum sinis. Tapi saya tahan sahaja dari tadi," ujar Mercy. Semua terkejut. Membuntang mata mereka.

"Mercy, awak rasa bila berlaku 'ramalan' awak tu?" tanya Cindy.

"Jumaat minggu depan," jawab Mercy. Mereka semua lega.

"Maksudnya bukan masa kita bermain monopoli," kata Jessica.

Sambil lega mereka memikirkan sesuatu. Ianya tentang Afendy. Dia akan sertai ke nanti? Sebab hubungan mereka masih belum membaik. Kalau datang pun mungkin dia akan lari bila nampak mereka.

TK pula tidak datang hari ini kerana dipanggil orang atasan K.D. Corporation. Sebab mereka tidak datang misi beberapa minggu lepas. Padan muka. Dating lagi. Kali ini TQ pula yang dapat cuti.

TQ kembali ke kelas mereka kerana waktu rehat sudah tamat. Kenapa mereka tak pergi kantin? Sebab diet bukan sebab tak ada selera.

PRINCE ACADEMYWhere stories live. Discover now