Afendy jalan ke bilik MPP dengan lemah. Seperti biasa, pengetua panggilnya tadi kerana masalah disiplin pelajar. Cuma kali ini ada pengunguman tambahan. Pintu bilik MPP dibuka. Wajah putera-putera dipandang.
"Macam mana?" tanya Putera Albert dari England.
"Macam biasa," jawab Afendy ringkas. "Tapi kali ni ada satu lagi pengunguman," kenyataan itu menarik perhatian putera-putera.
"Apa dia?" tanya Putera Luin dari Sepanyol.
"Kita akan terima bantuan daripada Princess Academy untuk pantau disiplin pelajar," jawab Afendy. Muka yang lain sudah teruja.
"The Princess ke?" soal Putera Ciel dari Perancis pula. Afendy menggelengkan kepala.
"Tak. Mereka adalah exchange student di England selama setahun. Tahun ni mereka balik dan akan pantau disiplin. Yang saya tahu mereka ada enam orang," jelas Afendy.
Ahli MPP hanya mengeluh. Mereka hanya mampu menunggu untuk mengetahui dengan siapakah yang mereka bakal bekerjasama. Rasa berdebar pun ada.
👑👑👑
"Itu putera-putera!" kata seorang pelajar.
"Mereka nampak segak macam selalu."
"Aura mereka memang mengagumkan. Putera-putera dari negara-negara besar memang hebat."
Itulah perkataan yang selalu dilontarkan kepada mereka. Walaupun ini akademi lelaki tapi mereka sangat popular. Lagipun mereka memang ramah. Ramai pelajar yang cuba dekat dengan mereka.
Enam kereta sports yang diparkir cantik membuatkan The Royals tertanya-tanya. Mereka berhenti di koridor dan meneliti kereta tersebut.
"Kereta siapa tu?" tanya Putera Calsy dari Amerika. Mereka semua angkat bahu.
"Entah. Tak pernah nampak pun," jawab Putera Elman dari Jerman.
"Mungkin tu kepunyaan pelajar Princess Academy. Pelajar pelajar yang pengetua beritahu," sambungnya. Masing-masing berpandangan. Kemudian mereka menuju ke dewan memandangkan hari ini hari Isnin.Di dewan, suasana masih bising dengan pelajar yang bergosip. Sebaik sahaja Naib Pengetua naik pentas, semua diam. Apa yang membuatkan mereka terkejut apabila pengetua naik pentas menggantikan naib pengetua. Pengetua naik pentas jika ada perkara mustahak saja.
"Selamat pagi, semua," ucap pengetua. "Disiplin kamu semua kebelakangan ni merosot. Saya harap kamu semua jaga disiplin minggu ini sebab kita ada tetamu."
"Dah agak dah," bisik Putera Ciel.
"Saya meminta pelajar dari Princess Academy untuk memantau disiplin kamu. Saya persilakan mereka untuk perkenalkan diri." Semua pelajar kecuali ahli MPP tertanya adakah ianya The Princess. TR berdebar. Entah kenapa.
Saat yang ditunggu, enam orang gadis naik pentas. Tanpa senyuman mereka tampil. Pelajar lain sudah berbisik.
"Cantik juga mereka ni," bisik hati masing-masing.
"Nama saya Irene. Your Icez Queen," katanya dengan dingin.
"Nama saya Cindy. Your Angerz Queen." Cindy mempamerkan muka garang.
"Nama saya Stella. Your Eyes Killerz Queen." Stella pula memberikan pandangan tajam.
"Nama saya Jessica. Your Laserz Queen."
"Nama saya Mercy. Your Smilerz Queen."
"Nama saya Lilian. Your Jokerz Queen."
"Kami adalah The Queens. Tolong beri kerjasama dan jangan cari pasal," kata Irene. Makin riuh pelajar berbisik.
"Habislah. Saya dengar mereka jadi lebih kejam selepas kejadian dua tahun lepas," bisik seorang pelajar. TR yang mendengar berpandangan. Kemudian mereka masuk kelas setelah tamat perhimpunan.
Di dalam kelas, The Royals bertanya kepada Andy iaitu ketua kelas mereka. Curious juga bila dengar bisikan pelajar lain.
"Siapa The Queens ni?" tanya Afendy. Andy memberi isyarat pada mereka supaya mendekat.
"Mereka ni dulu ada tujuh orang tambah Bella," cerita Andy. "Sikap mereka dulu pun ceria je. Tapi lepas satu kejadian, mereka berubah."
"Kejadian apa?"
"Entah. Ramai yang cakap Bella bunuh diri sebab depression. And sebab tu yang lain pun berubah terutamanya Irene," jawab Andy.
"Jadi apa maksud gelaran mereka?" tanya Putera Luin.
"Irene, the Icez Queen. Kalau dia moody, baik jangan dekat," pesan Andy.
"Kenapa?"soal Putera Calsy.
"Sebab awak akan demam. Kalau awak dekat dengan dia, awak akan rasa suhu menurun negatif tiga puluh darjah!" Semua terdiam.
"Cindy, the Angerz Queen. Dia paling garang antara The Queens. Sekali dia marah, kalah singa mengaum."
"Stella, the Eyes Killerz Queen. Kalau awak pandang tepat anak mata dia, segala saraf awak akan mati. Paling kejap pun lima minit."
"Jessica, the Laserz Queen. Kalau dia buka mulut, macam on suis laser. Mesti akan ada orang sentap."
"Mercy, the Smilerz Queen. Yang ni bahaya sikit. Kalau dia senyum sinis dekat seseorang, mesti orang tu sakit."
"Lilian, the Jokerz Queen. Kalau dia buat lawak, comfirm susah nak berhenti gelak. Ada yang sampai badan kejang. Semua sebab lawak dia." Tiada kata, semua diam.
"Dahsyat betul diorang ni," kata Putera Ciel. Yang lain mengangguk setuju.
"Tahu tak apa yang lebih dahsyat?" tanya Andy.
![](https://img.wattpad.com/cover/233423002-288-k615212.jpg)
YOU ARE READING
PRINCE ACADEMY
Teen Fiction2nd story Diwujudkan demi keamanan dunia. Menjemput pelajar dari seluruh negara. Itulah Prince Academy. Sekolah elit yang terletak di Pulau Momotown. Sekolah yang terdapat satu sahaja di dunia. Princess Academy yang terletak di Pulau Poposy sama se...