7

43 7 2
                                    

"Apa sebenarnya yang terjadi?" tanya Madam Forrester.

"Semua ni salah saya." Semua memandang ke arah tuan empunya suara. Kelihatan Putera Haruno menahan tangisnya. Kalaulah dia tak duduk diam je, mesti semua ni tak terjadi.

Flashback

Putera Haruno pov

Cuaca hari ni elok. Langit pun cerah. Tapi kenapa hati aku masih berdebar? Bukan ke ni kerja mudah je? Aku sepatutnya boleh buat ni. Aku melihat sekeliling. Takde orang. Aku berlari melintasi bangunan utama. Menuju bangunan ketiga.

Apabila aku nak melintasi bangunan kedua, seorang penjaga melintas di depanku. Aku terkejut tapi nasib baik aku sempat bersembunyi. Setelah dia pergi, aku berlari melintasi bangunan kedua. Tiba-tiba bahu kananku terlanggar sebuah dinding membuatkan pistol yang kugenggam terjatuh.

Aku ingin mengambil pistol tu. Tapi badan aku kaku. Tempat ni seperti bandar yang ditinggalkan. Membuatkan aku teringat masa lalu. Tempat sunyi, hanya bunyi tembakan dan orang menengking yang aku dengar. Aku takut masa kena culik dulu.

Lamunanku terhenti apabila salah seorang penjaga menjumpaiku. Dia memanggil rakan-rakannya. Mereka cuba menanyakanku macam-macam tapi aku hanya diam. Keadaan disitu agak huru-hara. Pikiranku sedang melayang. Otakku juga tak berfungsi.

"Cakap. Apa tujuan awak!" tanya penjaga itu buat kali kelima. Aku masih bisu. Kemudian dia dengan marahnya mengacukan pistol dan ingin mula menembak.

Jessica yang datang entah dari mana melindungiku. Pahanya terkena tembakan membuatkan dia jatuh terduduk. Kemudian penjaga lagi satu cuba lumpuhkan Jessica dengan menembak bahunya. Tapi yang ajaibnya dia masih boleh mengangkat pistol dan menembak bahagian vital semua penjaga.

Selepas itu dia pun rebah. Aku mulai panik. Aku takut dia mati disebabkan aku. Aku takut dia jadi sama macam pembantu aku dulu.

"Jessica! Awak okey tak ni? Awak masih boleh bernafas?"

"Ke..na.pa awa..k ri..sau..kan ora..ng lain? Sa...ya dah ca..kap ja...ngan jatuh..kan pis..tol a..wak," ujarnya sebelum pingsan. Kemudian yang lain pun datang menjemput kami.

Flashback end.

Semua memandang Putera Haruno dengan perasaan simpati. Salah mereka juga kerana lambat sampai. Padahal mereka dah dengar bunyi bising tetapi mereka fikir bahwa Putera Haruno boleh selesaikannya sendiri. Sehingga mereka mendengar bunyi tembakan.

Mereka boleh tahu siapa yang menembak kerana pistol yang diberikan kepada mereka bukanlah pistol biasa. Ianya menghasilkan bunyi yang berbeza. Lagipun yang beri mereka pistol ialah syarikat pembangun teknologi. Memang tak hairanlah mereka ada teknologi secanggih tu.

Madam Forrester memandang Putera Haruno dengan simpati. Dia tak marah dengan Putera Haruno kerana itu bukanlah salah dia. Tapi apa yang dia risau adalah hubungan TQ dengan TR nanti. Lepas kejadian macam ni, boleh ke mereka berbaik?

Madam Forrester memandang pula ke arah TQ. Riak dingin jugalah yang mereka tunjukkan. Madam Forrester faham bahawa TQ serik jika melihat salah satu cousin mereka menderita. Terutamanya Irene. Dia rasa risau dengan mereka semua.

"Tak apalah. Benda dah jadi," ujar Madam Forrester sambil pegang bahu
Putera Haruno. "Kamu semua baliklah dulu. Pergi rehat. Mesti penat lepas misi tadi, kan?"

TR mengangguk. Betul tu, mereka penat. Tapi disebabkan Jessica tadi, mereka terus lupa rasa penat yang mereka alami. Sehinggakan badan mereka terasa lebih penat sebab lama sangat berdiri. Semua ahli TR kecuali Afendy balik ke asrama mereka.

👑👑👑

"Saya laparlah," ujar Putera Luin sambil pegang perutnya.

"Masa-masa macam ni pun awak nak makan. Bacalah situasi sikit," marah Putera Albert.

"Hahaha.. Putera Luin memang macam tu," kata Putera Calsy.

"Saya cuma ikut kehendak perut je," kata Putera Luin sambil memuncungkan mulutnya.

"Sebagai putera, awak kenalah jaga imej awak tu sikit. Bukan tu je. Disebabkan awak jugalah kita selalu hampir lambat ke kelas. Itu pun sebab saya dan Putera Elman yang tukarkan baju awak. Kalau tak, memang tak bangunlah awak hari tu," bebel Putera Albert. Putera Albert sangat pentingkan imej. Bukan sahaja imej dirinya, malah orang sekeliling. Sebab itulah dia suka membebel.

"Awak tak pelik ke?" Pertanyaan Putera Elman menghentikan Putera Albert dari terus membebel.

"Apa yang pelik?" tanya Putera Ciel pula.

"Pasal Afendy," jawab Putera Calsy.

"Kenapa Afendy je yang kena tunggu? Apa hubungan dia dengan TQ?" Itulah yang mereka nak sangat tahu. Kenapa Afendy rapat sangat dengan TQ? Sedangkan dia sama saja seperti mereka yang baru mengenali TQ. Kalau tak kenapa dia tak tahu apa-apa tentang Queen Card?

"Tu lah. Masa dekat kantin pun mereka sampai suap menyuap lagi. Fendy tu dah macam budak tadika saya tengok," kata Putera Luin.

"Mungkin mereka ada hubungan masa silam. Siapa tahu?" Ahli TR hanya mengiakan kata-kata ketua mereka. Mereka tak tahu apa-apa sekarang ni, jadi tak elok untuk buat kesimpulan buat masa ni.

👑👑👑

"Kenapa saya kena tunggu sini?" tanya Afendy kepada Irene.

"Kejap lagi awak tahu," jawab Cindy. Tak lama lepas tu pintu bilik wad diketuk. Stella menyuruhnya masuk dan muncullah enam lelaki tampan lagi bergaya. Kononnya. Apabila mereka semua dah duduk, Irene memperkenalkan enam lelaki itu.

"Fendy, ni The Kings. Cousin lelaki kita," ujar Irene. Afendy terdiam. Cousin lelaki? Kenapa dia langsung tak ingat?!






Maaflah. Idea jarang dtg skrg ni. Tu yg jarang update. So, korg doakanlah supaya idea tu cpt dtg. Blh author update slalu.





PRINCE ACADEMYWhere stories live. Discover now