15

26 4 0
                                    

Hai semua!

Sebelum kita mulakan bab ni, kita akan bincangkan tentang kelebihan Mercy. Seperti yang semua sudah maklum, yang bahayanya tentang Mercy ni adalah senyuman sinis dia. Di bab 12, kita dapat tahu yang senyuman Mercy ni sebenarnya adalah 'ramalan'.

Ramalan tentang sesuatu yang buruk akan terjadi. Biasanya akan berlaku kepada orang yang dekat dengan dia. Dengan beberapa syarat, Mercy boleh tahu bila ramalan dia akan terjadi tapi tidak tahu siapa yang akan kena. Jadi sebab itulah kadang-kadang ianya tak dapat dielakkan.

Sekarang awak semua mesti tertanya apakah makna ramalan Mercy kali ni? Mari kita baca sama-sama!
______________________________________

Mereka memandang susuk orang yang berada dihadapan mereka dengan pandangan tidak percaya. Ternyata ianya Zack dari TTM. Cindy mula menggenggam penumbuknya. Pengetua yang perasan akan hal itu mula mencelah.

"Di dalam bilik ini, saya nak apa-apa konflik hanya diselesaikan oleh game sahaja. Sebarang kekerasan tak dibenarkan. Kalau Zack menang, kamu semua akan diberi hukuman. Kalau dia kalah, dia akan keluar dari sekolah," jelas pengetua. Irene cuba menenangkan Cindy.

"Kita tak perlu panik," ujar Putera Calsy mengingatkan TR.

"Saya tak panik pun. Kita 'kan ada Putera Luin yang bertelur emas!" Jawab Putera Ciel sambil menunjuk ke arah Putera Luin.

Untuk pengetahuan, Putera Luin sudah seperti dewa pelindung mereka. Dalam bab 13.5, jumlah wang Putera Luin itu adalah selepas dia pijak tempat kawan-kawannya untuk berikan duit kepada mereka memandangkan pinjaman duit itu dilarang dalam permainan.

Mereka mula bermain. Disebabkan Zack masuk lambat, jadi giliran dia terakhir sekali. Sampai pula giliran Putera Luin. Dia mendapat dadu berganda dan berhenti di 'Chance'. Pengetua membaca kemudian keronyokkan kad itu (ianya terjadi kerana pengetua terlalu geram dengan tuah Putera Luin yang tidak habis-habis menguras duitnya) dan mencampakkan ke Putera Luin.

"Yahoo! Saya dapat 3000$. Campur ni saya ada 22, 378$." Putera Luin bersorak keriangan.

"Walaupun dia tak ada aset tapi dia yang paling kaya!" Ujar pengetua sambil menahan amarahnya. Rasa sakit hati pula melihat Putera Luin yang bersorak keriangan sedangkan duit dia terkuras.

"Sabar. Sabar," kata naib pengetua.

Putera Luin baling dadu sekali lagi dan dapat lima. Dia berhenti di kantin.

"Nak beli atau tak ya?" tanya Putera Luin.

"Sebaiknya awak beli. Jika tak ada hartanah susah juga untuk menang," saran Afendy. Putera Luin pun membeli kantin. Dalam banyak-banyak tempat memang itu sahaja yang dia akan pertahankan mati-matian kerana Putera Luin suka makan. Jadi tempat itu memang sesuai dengan dia.

Kini tiba pula giliran Zack. Mereka yakin Zack akan banyak pijak tempat orang lain kerana hampir semua tempat sudah mereka beli. Dia membaling dadu dan mendapat nilai ganda. Dia berpijak di tempat Putera Calsy iaitu bilik khas TQ. Kemudian dia baling lagi dan dapat nilai tujuh. Tanpa disangka dia berpijak di 'Kelas 1'.

TR dan TQ terkejut. Itulah tempat yang mereka cuba elak selama ini. Tempat yang akan menghancurkan keseimbangan permainan. Kenapa boleh jadi macam itu? Kerana mereka semua berada dalam kelas yang sama. Satu-satunya tempat yang boleh mengumpulkan mereka hari-hari dan tidak boleh dielak.

Kalau tempat yang mereka berada untuk bermain sekarang ini tidak dikira. Memang ini pejabat pengetua tapi dibilik 'yang lain'.

"Jangan sesekali cuba untuk beli," pesan Irene sambil memandang Zack tajam.

"Peraturan tak mengatakan ada batas pemain untuk beli hartanah. Pemain bebas memilih hartanah yang nak dibeli kecuali yang sudah bertuan. Jadi saya akan beli," kata Zack.

"Terjual!"

Tiba-tiba suasana terasa berubah seperti dalam cerita fantasi. Dimana perkara macam ini akan berlaku bila sesuatu jadi tak stabil. Dalam sekejap terasa seperti permainan ini mula dikendalikan satu orang. Permainan tamat sebaik sahaja giliran Zack. Mereka kembali ke asrama masing-masing.

👑👑👑

"Nampaknya kita akan ada masalah," ujar Putera Elman. Mereka semua sangat risau sekarang ini kecuali satu orang.

"Jangan risau. Kita masih ada Putera Luin yang bertelur emas," kata Putera Ciel. Kemudian Putera Albert mengetuk kepala Putera Ciel.

"Aduh! Kenapa awak pukul saya?"

"Kita tak boleh nak harapkan Putera Luin je. Lama-lama nanti tuah dia mesti habis juga. Kita kena fikirkan sesuatu," kata Putera Calsy.

"Bukan ke masih ada tempat yang tak boleh dielakkan semua orang?" tanya Putera Haruno. Semua memandang satu sama lain.

"Ada ke?" tanya Putera Albert. Putera Haruno mengangguk.

"Saya ada rancangan. Tapi untuk tu kita kena bekerjasama dengan TQ," jawabnya. Mata mereka terbeliak.

"Bekerjasama dengan TQ? No way!" Bantah ahli TR yang lain.

"Setuju atau kita akan kalah." Putera Haruno memberi kata putus. Dia memandang ke arah Putera Calsy. Putera Calsy mengeluh.

"Okay. Tapi itu pun kalau mereka setuju," kata Putera Calsy.

"Kalau yang itu jangan risau," jawab Putera Haruno sambil tersenyum. Dia sudah bincangkan ini dengan Jessica dan gadis itu yang akan uruskan TQ.




Perang baru bermula!

PRINCE ACADEMYWhere stories live. Discover now