4

58 9 2
                                    

Waktu rehat, masing-masing menyerbu kantin. TQ yang biasanya duduk di bilik Queen, pergi ke kantin membeli makanan. Mata mereka melilau mencari Afendy.

"Fendy!" panggil Mercy. Semua memandang Afendy dengan pandangan hairan. Afendy pula hanya mampu berjalan ke arah TQ sambil menundukkan kepala.

"Kenapa ni Fendy?" tanya Lilian. Hairan melihat Afendy menundukkan kepalanya seolah-olah malu.

"Takkan awak nak malu dengan kami?" ujar Jessica pula.

"Betul tu. Kita ni kan cou.. bestfriend," Stella membetulkan ayatnya. Nasib baik tak terlepas. Afendy menaikkan wajah dia semula. Sedikit sebanyak dia dah mula ingat tentang kenangan dia dengan TQ masa kecil dulu.

"Jom makan dengan kami," ajak Lilian. Afendy mengangguk.

"Hmm.. boleh tak kalau kita ajak TR sekali?" tanya Afendy. TQ saling berpandangan antara satu sama lain. Irene menghembuskan nafas lalu mengangguk. Tanpa berlengah, Afendy mengajak TR. Mereka pun bersetuju. Putera Luin, Lilian, Putera Albert, Mercy, Putera Elman dan Stella membeli makanan manakala yang lain mengambil tempat duduk.

Sesampai makanan, mereka makan dengan senyap. Disebabkan masing-masing berasal dari tanah air yang berbeza, jadi adab makan mereka juga berbeza. Oleh kerana itu, masa rehat dipanjangkan selama satu jam.

"Fendy, buka mulut," kata Mercy. Dia ingin menyuapkan nasi goreng cina kepada Afendy. Afendy hanya menurut.

"Tak adil! Fendy, buka mulut." Kali ini Stella pula ingin menyuapkan sup sayur ke dalam mulut Afendy. TR ternganga melihat layanan mesra TQ terhadap Afendy. Walaupun mereka putera, mereka tidaklah dimanjakan sebegitu sekali. Tiba-tiba tiga orang menghampiri mengganggu kesenangan mereka.

"Hai, baby," sapa seseorang. TQ membuat muka meluat. Rasanya tidak perlu bagitahu siapa.

'Just go away with your baby!' bisik Lilian.

"Why? Is it anything wrong here?" tanya Jack, cuba memeluk bahu Stella. Stella pula sedaya upaya menepis.

"Mereka ni datang dari negara mana?" tanya Putera Calsy.

"Yang pasti bukan negara saya," jawab Putera Elman.

"Kalau datang dari negara saya pun, saya takkan mengaku," kata Putera Haruno. Yang lain mengangguk setuju.

Irene tak tahan melihat cousinnya diperlakukan begitu, terus menampar Jack. Semua terkejut dengan adegan itu. Jack memegang pipinya yang merah.

"Don't you dare to touch my bestfriends with your dirty hand," ujar Irene memberi amaran. Dia mengajak TQ beredar dari situ.

"Fendy, jom," ajak Lilian. Afendy hanya ikut. Dia rasa ada sesuatu yang ingin TQ sampaikan. TR saling berpandangan. Dalam fikiran mereka hanya satu perkataan yang terlintas.

'Scary'

👑👑👑

"Saya harap dia cepat-cepat keluar dari sekolah ni!" ujar Stella. Mereka mengangguk. Masa tu Afendy sudah balik ke kelas.

"Tapi untuk lakukan tu, kita kena cari bukti kelasahan terbesar mereka," jawab Jessica.

"Tapi kalau lakukan tu, ada masalah," ujar Irene. Semua memandang ke arahnya dengan pandangan tertanya.

"Pertama, kalau mereka buat kesalahan besar akan memburukkan lagi nama akademi ni. Kedua, mungkin kita juga akan dilucutkan jawatan kerana gagal mengawal disiplin sekolah. Kalau mereka berkelakuan baik je dan tidak timbulkan masalah, kita kena buat mereka pindah. Tapi kalau tertangkap, kita yang kena pindah," jelas Irene. Semua mengeluh. Mereka perlu memikirkan sesuatu.

"Saya tahu!" ujar Mercy secara tiba-tiba. Semua memandangnya. Mercy tersenyum sinis. Tahulah mereka apa maksudnya. Pasti akan ada orang sakit. Kerana mereka akan menggunakan 'benda tu.'

👑👑👑

TQ masuk ke kelas dengan aura dingin mereka. Sesiapa saja yang terfikir nak mengurat mereka pasti akan membatalkan niat selepas melihat wajah TQ. Tiada riak wajah malah anak mata mereka bertukar menjadi gelap.

Apa yang lebih menakutkan pelajar ialah Mercy sentiasa mempamerkan senyuman sinisnya. Dan sepanjang Mercy berjalan, ada sahaja pelajar yang mengaduh sakit. Ada yang terlanggar dinding, terhantuk dengan kawan, malah ada yang jatuh tergolek-golek! Sebab itu jugalah pelajar-pelajar memberikan laluan kepada mereka.

Suasana kelas sunyi dengan kehadiran TQ. TQ menuju ke meja TTM. Irene mengluarkan kotak kecil daripada bajunya lalu memberikannya kepada Jack. Ada pelajar yang cuba menjenguk untuk melihat isi kotak itu. TR tertanya-tanya lalu melakukan benda sama seperti pelajar lain.

"Apa ni? Cincin untuk saya?" tanya Jack. Irene membuat muka annoying.

"Bukalah," kata Irene.

Apabila buka, semua terkejut kecuali TTM dan TR. Ianya Queen Card. Jack mengeluarkan Queen Card tersebut. Ianya terdapat tiga kad. Bermakna seorang satu.

"Apa ni?" tanya Kite.

"Queen Card. Awak semua akan bermain dengan kami. Selasa minggu lagi satu lepas sekolah," kata Irene ringkas lalu beredar dari kelas itu. TTM dan TR masih bingung. TR menuju ke arah Andy.

"Bukan ke kalau nak cabar mereka kena dapatkan Queen Card?" tanya Putera Luin tidak sabar. Andy mengangguk.

"Memanglah. Tapi kalau mereka yang bagi Queen Card, bermakna awak telah dicabar. Awak tak boleh menolak sebagaimana mereka tak menolak cabaran orang yang mendapatkan Queen Card. Kalau awak menang, mereka akan patuh cakap awak selama seminggu," jelas Andy. TR pergi ke arah TTM dan menepuk bahu mereka lalu keluar dari kelas. Ianya seperti ucapan, good luck.

PRINCE ACADEMYWhere stories live. Discover now