_____🦋_____
If we meet someday -
20 years of age
I< II >I_____🦋_____
Y
uri membantu Eri untuk mengemas barang-barang yang akan Eri bawa setelah keluar dari rumah itu
"Cik Eri betul ke nak keluar dari rumah ni?" Tanya Yuri sedih
"Betul lah. Kan awak dah nampak saya tengah mengemas ni" balas Eri sambil tertawa kecil
"Kalau cik Eri pun pergi, sunyi lah rumah ni"
"Yeke? Saya rasa, biar pun rumah ni ada saya, semua nya tetap sunyi" ujar Eri
"Bagi saya, rumah ni tak jauh beza dengan kuburan kalau cik Eri pergi"
"Kalau macam tu, baik awak berhenti kerja. Cari kerja lain, yang lebih baik dan juga meriah" gurau Eri
"Ish cik Eri ni! saya serious lah"
"Tinggal seminggu je lagi masa saya kat rumah ni, tinggal seminggu juga lah nama Shin Eri ada bersama saya sebelum bertukar menjadi nama lain"
"Perlu ke cik Eri sampai menukar nama?" Tanya Yuri monyong "Maaf Yuri, tapi saya tak berniat untuk membawa sebarang memori dari keluarga ni. Termasuk nama pemberian papa pada saya" balas Eri
"Dimana pun cik Eri berada, saya akan selalu doa kan kebahagiaan cik Eri. Kerana bagi saya, Cik Eri dah macam adik saya sendiri" ujar Yuri yang sangat menghangat kan hati Eri
"Terima kasih Yuri, terima kasih kerana telah menemani saya disini"
_____🦋_____
Eri menyerah kan surat pemberhentian sekolah pada guru kelas nya, kerana setelah keluar dari keluarga nya dia hanya akan menjadi orang biasa
Ketika menjadi orang biasa, dia tau dia akan kesusahan untuk terus bersekolah di situ. Kerana biaya sekolah ini sama seperti duit makan Eri selama setahun setelah menjadi orang biasa
Berkat Sunoo, takde lagi orang yang berani menganggu atau berkata buruk pada Eri. Hati Eri merasa bebas walaupun sikit
"Eri"
Mendengar nama nya di seru membuat Eri menoleh kebelakang
Heesung
Dia menghampiri Eri dengan ekspresi wajah yang tak biasa dia tunjuk kan pada Eri sebelum mereka putus tunang
"Heesung?"
"Awak okay?" Tanya Heesung
"Apa maksud kau?"
Kalau dulu, Eri akan selalu mengguna kan kata awak - saya. Sekarang tidak lagi
"Awak.." Heesung agak tersentak dengan kata 'kau' dari Eri sampai membuat dia lupa yang ingin dia katakan
"Kalau yang kau maksud kan dengan kejadian tempoh hari, aku okay. Lagi pun dah seminggu berlalu kan? Tak perlu dibahas lagi" kata Eri dingin
"Eum. Bagus lah kalau macam tu"
"Kalau dah takde apa-apa aku pergi dulu" Eri pun hendak berlalu pergi, tapi Heesung berat untuk melepas kan Eri
"Eri!" Secara tak sedar Heesung memanggil Eri lagi dan membuat langkah kaki Eri terhenti lagi "kenapa?"
Heesung pun mendekati Eri yang jauh beberapa langkah darinya, dia tau kalau dia melepas kan peluang ini mungkin dia akan susah untuk berbual lagi dengan Eri
"K-kenapa awak putus kan pertunangan kita?" Tanya Heesung
"Kenapa kau tanya?"
"Sebab awak putus kan pertunangan kita tanpa berbincang dengan saya" balas Heesung
"Dah hampir sebulan pertunangan kita putus dan baru sekarang kau mempermasalah kan hal ni?"
"Sebab sebelum ni saya susah untuk berbual dengan awak, awak selalu mengelak lepas keluar dari rumah saya"
"Tipu. Aku tak pernah mengelak, tapi kau yang tak nak berbual dengan aku sebab aku di benci dengan murid-murid sekolah ni" kata Eri
"T-tak. Bukan macam tu Eri!"
"Kalau pun hari tu kita berbincang sebelum membuat keputusan, apa yang akan berubah? Kau yakin ke hubungan kita akan tetap berjalan?" Tanya Eri
"Tapi setidaknya awak jelaskan alasan--"
"Aku penat tersakiti, lagipun kau yang benci aku kan? kalau memang kau tak nak memutus kan pertunangan kita, kau akan terus cari aku lepas aku keluar dari rumah tu, bukan sekarang"
"Sekarang dah terlambat, Heesung" sambung Eri
"Eri, saya.. saya tak.. saya tak benci awaj. saya tak pernah benci awak. saya-"
"Cukup Heesung. Aku tak cinta kau lagi, dan aku harap kau pun akan terus membenci aku"
Eri ingin meninggal kan Heesung, tapi Heesung menahan tangan Eri
"Eri please dengar penjelesan saya dulu" ujar Heesung memohon
"Takde apa-apa lagi yang kita boleh bual kan semua dah berakhir, kalau ada murid yang nampak kita berbual macam ni hanya rumor buruk yang akan timbul"
Eri cuba menarik tangan nya, tapi dia tak mampu melawan kekuatan Heesung
"Lepaskan dia, bodoh"
Sunoo datang dan mengenggam tangan Heesung dengan kuat. Heesung pun segera melepas kan tangan Eri
"Eri, kau pergi dulu eh? Tunggu aku kat kelas! Jangan makan bekal seorang tau! Tunggu aku" di suasana berat itu , Sunoo masih sempat bergurau dan tersenyum pada Eri
Eri mengangguk dan dia sempat melirik pada Heesung yang masih menatap nya, tapi Eri memilih untuk mendengar perkataan Sunoo untuk kembali ke kelas
"Sorry. aku tak sengaja genggam tangan kau tadi, tulang kau tak patah kan?" Tanya Sunoo pada Heesung setelah Eri pergi
"Kim Sunoo, kau-"
"Lepas ni jangan kacau Eri lagi. Kalau aku nampak kau kacau Eri, aku betul-betul akan patah kan tulang kau" bisik Sunoo sebelum pergi
Heesung yang geram pun menumbuk dinding sampai tangan nya terluka
YOU ARE READING
Changed || Kim Sunoo
Fanfiction+ Time flies, people change. You're not always needed. There are times to move forward and places to let go 🦋 Start : 70321