Sunghoon sangat gelisah sebab berada di dekat Sunoo, selama ni di matanya Sunoo adalah orang yang sangat bahaya untuk di dekati setelah kejadian yang dialami oleh Jay, Jeongwoo dan Taehyun
"Kau takde kawan eh?" Tanya Sunoo sambil berjalan mengikut rentak kaki Sunghoon yang pelan
"Macam tu lah. Semua orang datang dekat aku bila ada perlu je, jadi aku boleh di katakan takde kawan" ujar Sunghoon
"Memang nampak sangat" ujar Sunoo selamba yang tanpa di sedari telah menikam jantung Sunghoon
"Kalau macam tu, boleh tak kau tolong aku? Aku pun datang sebab perlukan kau" kata Sunoo sambil memasukkan duit syiling ke dalam mesin minuman
"Eh? P-perlu ap-apa? Homework ke?" Tanya Sunghoon
"Homework? Jadi orang yang datang dekat kau tu semua hanya di sebab kan homework ke?" Tanya Sunoo balik, Sunghoon pun mengangguk
"Tolong jadi kawan aku kat sekolah ni, tu je" ujar Sunoo dan melempar satu orange juice pada Sunghoon
"K-kawan?"
"Macam yang kau tau, Eri dah tak sekolah sini lagi. Jadi aku pun dah takde kawan macam kau"
"Tapi aku masuk sekolah ni sebab dapat biasiswa tau? Aku bukan dari keluarga yang terpandang macam Eri" terang Sunghoon
"Kan? Kau bukan orang yang terpandang, kau sekolah sini pun sebab dapat biasiswa je, tapi kenapa Eri yang kena buli? Tak habis fikir lah" ujar Sunoo sambil mengusap dagu
"Maaf" ucap Sunghoon di selimuti rasa bersalah "selama ni aku bertuah je sebab otak aku yang cerdas, apa yang orang orang kat sekolah ni suruh, aku akan buat supaya mereka semua tak buli aku" terang Sunghoon
"Oo"
"Maaf"
"Bukan salah kau pun, memang sifat kau yang berbeza dengan Eri"
Mereka berdua kembali ke kelas dan duduk di tempat masing-masing, suasana jadi canggung untuk Sunghoon
"Jangan cakap korang berdua pergi kantin beli 2 minuman tin untuk korang je?!" Tanya Ryujin geram
"Memang pun" balas Sunoo dengan poker face
"AHH KENAPA?! bukan ke sepatutnya korang berdua fikir tentang AKU JUGA?!!" Kata Ryujin dengan volume suara yang dibesar kecil kan
"Kau bukan kawan aku dengan Sunghoon, asal nak bazir duit beli sesuatu untuk kau?" Perli Sunoo
Mereka berdua sekali lagi beradu mulut, Sunghoon lega bila mendengar perkataan 'kawan' dari mulut Sunoo
Yang berarti Sunoo juga menganggap Sunghoon sebagai kawan nya
"Ryujin. Kau boleh ambil minuman ni, aku belum minum lagi" ujar Sunghoon dan mengulur kan orange juice yang diberi Sunoo tadi
"Takpe ke?" Tanya Ryujin dan tersenyum pada Sunghoon
"Eum takpe" balas Sunghoon
Belum sempat Ryujin nak ambil minuman dari Sunghoon, Sunoo dah lebih dulu rampas dan meminum nya
"Sunghoon, kalau kau tak suka orange juice, kau patut kata kat aku. Lain kali aku belikan yang kau suka eh?" Kata Sunoo tak bersalah
Ryujin dan Sunghoon membeku di tempat akibat dari tindakan selamba Sunoo
"kim sunoo" seru Ryujin dengan aura tergelap di sekeliling nya
Okay skip, jangan tanya apa yang terjadi antara mereka berdua;)
Park Sunghoon
_____🦋_____
1 tahun kemudian..
Dalam masa setahun, cukup banyak yang berubah dalam hidup Eri. Setiap hari yang dijalani terasa sangat ringan dibanding dulu
"Pesanan untuk red velvet cake dan coffee anda sudah siap, terima kasih. Datang lagi" ucap Eri atau pun kini lebih di kenal dengan panggilan Lia
"Lia noona" seorang lelaki datang menyapa Lia
"Eum Jungwon waeyo?"
"Mango smoothie large 1" ucapnya
"Alright"
Sebelum memberikan pesanan lelaki itu, Lia menadah kan tangan nya "Bayar dulu" ujar Lia dengan senyuman business
"AAAAAA NOONA! Takyah lah berkira sangat!!" Rengek Jungwon
"Kemarin kan dah free? Hari ni tak boleh" ujar Lia
"Nanti Jungwon mengadu kat eomma, noona tak nak bagi smoothie tu kat Jungwon" ugut Jungwon
"Pergilah mengadu. Ingat noona takut?" Balas Lia
"OoOOo Jungwon serius ni! Jungwon bagitau sekarang ni" kata Jungwon yang tak bergerak-gerak dari tadi
"Pergilah, asal masih berdiri kat situ" arah Lia sambil tersenyum sinis
"AHHH noona jinjja!! N-noona tau sendiri kan, kalau Jungwon pergi mengadu kang eomma lempar batu kat kepala Jungwon" kata Jungwon pasrah
"Ha tau pun" Lia menertawakan Jungwon yang kalah telak
Tapi kerana kecomelan Jungwon, Lia pun ikut mengalah dan memberikan mango smoothie pada Jungwon
"Kali ni je, kalau auntie tau habis lah Jungwon" ujar Lia
"Aww gumawo noona!"
_____🦋_____
Yang Jungwon
YOU ARE READING
Changed || Kim Sunoo
Fanfiction+ Time flies, people change. You're not always needed. There are times to move forward and places to let go 🦋 Start : 70321