17

60 11 0
                                    

2 hari berlalu

Sunoo mengurung diri dalam bilik, di sebab kan Eri tak suka bergambar jadi tak ada satu pun gambar Eri yang tersimpan di phone nya yang ada hanya surat

"Sunoo-ah. Mula esok, awak kena datang awal pergi sekolah. Awak kena rajin pergi sekolah, awak kena belajar sampai masuk universiti"

"Pabo, aku tak akan masuk sekolah lagi. Aku tak nak dengar cakap kau, suka hati je nak perintah orang lain padahal kau sendiri berhenti sekolah" celoteh Sunoo yang berbaring sambil menatap sampul surat dari Eri

Dalam beberapa saat air mata Sunoo mengalir tanpa dia sedar

"Bukan lelaki kalau menangis" perli seseorang dari pintu bilik Sunoo

"HAISH HYUNG!! Dah berapa kali aku kata?! Jangan main masuk je!!" Pekik Sunoo lalu bersembunyi di sebalik selimut

"Aku tak nak masuk pun kandang kambing ni. Tapi mama risau sangat sebab si kambing tak nak keluar dari kandang selama 2 hari!" Orang itu merampas selimut Sunoo

"SEOKJIN HYUNG TOLONGLAH KELUAR!" Sunoo merebut kembali selimut nya dari Seokjin

"Masih awal untuk kau patah hati lah kambing! Kau tu muda lagi! Masih banyak perempuan lain yang kau boleh cari" ujar Seokjin, kali ni selimut yang dia rampas terus di campak ke lantai

"Tapi ini cinta pertama aku hyung! Sakit tau tak?! Sakit macam nak mati"

"HUEKK! kau jangan sampai buat aku termuntah kat muka kau, cepat keluar dari kandang kau dan masuk sekolah! Cengeng!" Seokjin menyampak semua bantal Sunoo jauh dari katil

"HYUNG!!!"

_____🦋_____

Dalam keadaan terpaksa Sunoo kena pergi sekolah juga kalau tak,

Papa akan menyita motor nya,

Mama tak akan bagi duit belanja,

Seokjin akan masuk kan kambing hitam dalam bilik nya,

Sebab tu Sunoo kena pergi sekolah untuk menghindar kesialan hidupnya

Sebelum masuk kelas, dia bertembung dengan Heeseung yang tengah berbincang dengan Naeun di depan kelas nya

"Tsk tsk tsk! Menggelikan" perli Sunoo sebelum masuk ke dalam kelas

Heeseung dan Naeun sudah semesti nya mendengar perlian Sunoo barusan "Dia tu dah kenapa?" Ujar Naeun yang terasa hati

Heeseung hanya melepas nafas pasrah sebelum bergerak ke kelas nya meninggal kan Naeun

Di dalam kelas Sunoo berjumpa dengan Ryujin yang kini mengisi bangku Eri yang kosong

"Yo" sapa Ryujin dengan dingin tapi masih swag

"Asal kau ada kat sini?" Tanya Sunoo

"Sebab Eri dah takde, jadi bangku ni kosong kan?" Balas Ryujin

"Maksud aku, kenapa kau ada kat kelas ni? Bukan nya kau adik Eri ke? Kau sepatut nya jadi junior aku" kata Sunoo balik

"Eum, Sunoo sebenar nya dia naik kelas. Kata seonsaengnim, otak dia dah setara dengan senior kita" sampuk Sunghoon yang duduk di depan Sunoo

"Nonsense" kata Sunoo dan menatap Ryujin lama

Ryujin pun perasan dengan tatapan tajam dari Sunoo "aku tau aku cantik, tapi tak payah lah sampai pandang aku macam tu" ujar Ryujin memuji diri

"Sunghoon" panggil Sunoo

"Y-ya?" Balas Sunghoon takut-takut

"Cuba kau pandang muka perempuan ni" arah Sunoo

"K-kenapa?"

"Kau rasa muka dia sama dengan Eri tak?" Tanya Sunoo

"Macam sama tapi tak" balas Sunghoon

"Memang tak sama pun, jangan sama kan muka yang standard dengan Eri. Sebab Eri high level" ujar Sunoo dalam arti singkat tengah memerli Ryujin

"Ohh jadi sekarang kau tengah face shaming aku lah ni?!" Tanta Ryujin tak terima

"Tak bukan macam tu.. cuma.." ujar Sunoo

"CUMA APA?!"

Yang di bentak adalah Sunoo, tapi yang ketakutan sampai menggigil adalah Sunghoon

"I'm just saying a facts;)" sambung Sunoo

Kemarahan Ryujin semakin menjadi-jadi "lebih baik kau tarik balik perkataan kau tu" arah Ryujin yang beraura hitam

Kelas mula riuh di sebab kan mereka berdua, banyak yang mula berbisik-bisik

"Diorang berdua kenal ke?" Bisik A pada B

"Kenal lah kot, perempuan tu kan adik Shin Eri" balas B

"Aku nampak perempuan tu macam beza sikap je dengan Shin Eri" sampuk C

"Sama darah tak semestinya sama sikap" balas A

Orang yang mendengar suara bisikan mereka itu hanya Sunghoon seorang yang sedang menjadi orang ketiga diantara pergaduhan Sunoo dan Ryujin

"Aku tak kan tarik balik!" Kata Sunoo keras kepala

"Tarik balik!" Paksa Ryujin

"Tak akan~" Sunoo masih keras kepala

"K-korang, t-t-tak pay-payah lah gad-gaduh. Kita bol-boleh selesai kan ba-baik-baik" sampuk Sunghoon yang niat nya nak melerai kan pergaduhan mereka berdua

"Sunghoon. Jom kita pergi kantin, aku belanja. Tak payah layan orang pelik ni" ajak Sunoo sambil menolak bahu Sunghoon keluar dari kelas

"T-tapi"

Changed || Kim SunooWhere stories live. Discover now