16

53 11 1
                                    

Sunoo menekan doorbell rumah Eri banyak kali, tapi tidak ada orang yang keluar. Tak cukup dengan itu, Sunoo juga sibuk menghubungi Eri tapi tak di angkat

Sampai lah Yuri keluar "Nuguseyo?" Tanya Yuri

"Saya kawan Shin Eri, dia ada kat rumah tak?" Kata Sunoo

"Cik Eri takde, dia dah pergi" balas Yuri sedih

"Apa maksud kau? Dia pergi mana?"

"Cik Eri telah di keluar kan dari keluarga, dia bukan bagian dari keluarga ni lagi" terang Yuri singkat

"Eri pergi mana?"

"Kalau yang tu saya tak tau, lebih tepat nya tak ada yang tau kerana cik Eri yang nak merahsia kan keberadaan dia" balas Yuri lagi

"Takde clue ke? Tak kan kau tak tau langsung?" Tanya Sunoo lagi dan lagi

"Maaf. Saya tak tau" setelah itu Yuri masuk ke dalam

Padahal masih banyak yang dia nak tanya tentang Eri

Sunoo terduduk lemah di depan pagar rumah itu, tangan nya masih terus menghubungi Eri

"Eri.. Kenapa? Kenapa? Kenapa awak kena pergi?!" Sunoo melempar phone nya ke jalan raya sampai retak

_____🦋_____

"Kalau selama ni kau fikir aku suka kat kau juga hanya kerana aku baik dengan kau. Kau salah, aku baik dengan kau sebab aku nak gunakan kau"

"Aku dah tak perlukan kau lagi"

"Kau bodoh ke?"

_____🦋_____

Splash!!

Sunoo tersedar dari mimpi setelah sebaldi air membasahi nya, dia sedar dia terlelap di depan rumah Eri

"Kalau nak tidur balik rumah sendiri, asal tidur kat depan rumah orang" ujar seseorang yang menyimbah nya itu

"Eri, Eri pergi mana?" Pertanyaan itu terkeluar tanpa Sunoo sedar

"Eri? Kau kenal Eri?"

Sunoo tersedar, dan memandang wanita di hadapan nya "kau pun kenal Eri?" Tanya Sunoo

"Dia kakak aku. I mean, dia pernah jadi kakak aku"

"Kau adik Eri?"

"Dulu. Sebelum dia keluar dari keluarga ni"

"Jadi kau mesti tau dia kat mana sekarang kan? Tolong beritahu kat aku!" Sunoo menggoncang bahu wanita itu

"Eits lepas lah!" Wanita itu menolak dada Sunoo

"Aku tak tau dia ada kat mana sekarang! Aku pun dah hampir 2 tahun tak jumpa dia, tau-tau dia dah keluar dari rumah ni. Kakak bodoh"

Mereka berdua terdiam sejenak. Masing-masing teringat dengan wajah Eri yang tersenyum hangat

"Nama kau apa?" Tanya Sunoo

"Shin Ryujin.. kau?" balas Ryujin dan berbalik bertanya

"Kim Sunoo"

Ryujin terkejut mengetahui fakta bahawa orang yang ada di depan nya ini adalah 'Kim Sunoo'

"Aku cuma nak bagitau, muka kau tak secantik Eri" kata Sunoo dan memakai helmet nya

"Kejap!" Panggil Ryujin

"Kenapa? Kau marah ke?" Tanya Sunoo

"Tak. Muka kau okay ke? Tak nak ubat dulu?" Tanya Ryujin sebelum Sunoo naik ke atas motor

"Muka aku?" Sunoo melihat wajah nya di cermin motor, penuh dengan lebam-lebam sebab di pukul oleh Heeswung "aish! Heesung sial" maki Sunoo

"Kalau kau tak kisah, masuk lah dulu. Biar aku tolong ubat kan" ujar Ryujin

"Takpe. Kalau Eri ada mungkin tanpa kau suruh aku akan masuk juga" Setelah itu Sunoo pergi kerana kebetulan langit pun semakin gelap

"Entah kenapa aku rasa akan gagal" Ryujin tersenyum ringan melihat kepergian Sunoo

_____🦋_____

Setiba nya Heeseung di rumah, Heeseung membuka laci meja di mana dia meletak kan surat pemberian Eri yang di titip kan oleh Jiyon ahjumma sebelum keluar dari rumah nya

Surat itu belum di baca oleh Heeseung, dia hanya menyimpan surat itu dalam laci sampai saat ini

_____🦋_____

Untuk Lee Heeseung..
4 tahun yang lalu, hari dimana kita resmi bertunangan. Saya gembira sangat sebab hari tu adalah hari di mana awak dan saya terikat satu sama lain

Kebahagiaan saya membuat saya lupa tentang satu hal, iaitu perasaan awak. Awak yang tak mencintai saya terpaksa bertunang dengan saya, mesti berat untuk awak kan? Saya tau awak tak selesa berada di dekat saya, Oleh sebab tu saya memutus kan untuk merela kan kebahagiaan saya demi kebahagiaan awak

Selepas ni awak akan bebas, dan saya juga akan berusaha untuk tidak lagi berharap pada awak tapi itu tidak akan mudah untuk saya kerana saya mencintai awak

Heeseung, saya sangat mencintai awak bahkan hanya dengan awak berdiri di sebelah saya sudah cukup membuat saya berdebar. Terima kasih untuk 4 tahun bersama ini, saya bahagia walau awak tidak mencintai saya. Selamat tinggal Lee Heeseung, terima kasih sekali lagi.

Shin Eri.

_____🦋_____

Surat yang diberi kan Eri itu sudah sangat terlambat untuk dibaca sekarang

Kalau saja Heeseung langsung membaca isi surat itu setelah menerima nya, mungkin dia masih ada sedikit harapan untuk menetap kan diri nya di hati Eri

Dan sekarang, hanya penyesalan dan air mata yang Heeseung terima

Heeseung meletak kan kepala nya diatas meja lalu menangis teresak-esak

Changed || Kim SunooWhere stories live. Discover now