m e s y u a r a t

58 20 0
                                    

Hari Ahad yang permai ni jugalah kena pergi musolla putera. Baru plan nak tidur lepas goyong (gotong-royong). Akak TKB kata nak kemas musolla lepastu ada mesyuarat biro sekali dengan badar lelaki. Malas, tapi kena pergi juga sebab aku diperlukan. Ceh.

Lipat telekung, vakum karpet, susun Al-Quran... banyak lagilah! Semua AJK BADAR terlibat. Bezanya cuma lelaki kemas ruang lelaki, perempuan kemas ruang perempuan. Musolla sekolah aku tak adalah luas mana, tapi bila buat kerja-kerja macam ni auto penat tak rilek.

Dah habis kemas, buat mesyuarat. Aku ajk biro program. Memang banyaklah benda nak kena bincang. Dapat pula ketua biro yang baru join BADAR tahun ni. Layan...

Waktu tengah mesyuarat, boleh pula ada sorang lelaki ni tak henti-henti kunyah madu stick. Memanglah ni bukan mesyuarat formal, tapi sopanlah sikit. Annoying tahu tak? Disebabkan mamat tu juga, aku tak fokus mesyuarat tapi fokus mengutuk dia.

Mula-mula tak cam lagi siapa, bila tengok lama-lama baru perasan. Qawi? Aku baru tahu dia badar juga. Selama ni tak pernah nampak pun.

Pasal madu stick tu pun aku tersalah. Rupa-rupanya dia tengah bersugi.

Tahu bersugi? Yang orang guna kayu sugi untuk gosok gigi. Itulah sunnah nabi. Katanya bersugi lagi bersih daripada ubat gigi. Dengar katalah. Selebihnya, wallahualam.






PuzzleWhere stories live. Discover now