Bapak gelabah aku pagi tu sampaikan sarapan dekat DM (dewan makan) pun terpaksa skip. Takut nak hadap hari ni. D-day.
Tengok jarum jam dah menginjak pukul 8.00. Ustazah Ros pun dah masuk. Gabra aku semakin tak rilek bila tak nampak langsung batang hidung Qawi dalam kelas tu. Beg ada, orangnya takde.
Mana pulak mamat ni? Jangan cakap dia sengaja ponteng sudah. Kalau tak memang aku sula hidup-hidup.
"Bolehlah kita teruskan pembentangan pagi ni. Lagi cepat lagi bagus."
Alamak! Suara ustazah dah mengarah. Bayang Qawi pun tak sampai lagi ni. Sabarlah dulu ustazah.
Disebabkan aku tak bereaksi, seisi kelas dah jatuhkan pandangan dekat aku. Dalam terpaksa, aku bangun juga sambil mulut terkumat-kamit bergerak.
Bukan berzikir kepada Ilahi, tetapi memaki Si Qawi. Dasar Coway tak guna!
Sampai dekat depan, aku tarik nafas. Sehabis reda dengan apa yang jadi.
"Saya akan mula dulu untuk bahagian Tokoh Daulah Uthmaniyah yang pertama. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..."
Selepas 5 minit, pembentangan aku pun sampai ke penghujung. Dan-dan waktu tu jugalah dengar pintu kelas diketuk. Qawi melangkah masuk ke dalam kelas.
Aku pandang dia. Qawi sengih.
Dia... sengih? Dia boleh sengih waktu kritikal darurat macam ni? Tak rasa bersalah ke? Mangkuk pijar betul! Waktu ni dah rasa nak lempar dia dekat luar koridor.
Qawi berjalan masuk kemudian berhenti tak jauh daripada aku.
"Maaf, terlambat sikit. Saya akan sambung pula untuk tokoh bahagian kedua." Qawi pun teruskan pembentangan sehingga ke akhirnya.
"Alhamdulillah, selesai juga bab kita hari ni. Terima kasih kepada kamu berdua. Pembentangan yang sangat baik. Syabas! Inilah kerjasama yang kita perlukan. Ustazah harap semoga kamu berdua dapat pimpin BADAR dengan baik tahun ni."
Ustazah senyum pandang kami berdua. Kawan-kawan aku yang dekat belakang tu pun senyum juga. Siot je. Tak payahlah senyum. Aku hempuk sorang-sorang kang. Huh!
P/s: Korang tak bosan ke baca cerita ni? 😂
YOU ARE READING
Puzzle
RandomPuzzle; -Himpunan peristiwa yang dapat aku terjemahkan daripada cebisan memori. Siapa kata hidup tak sama macam novel? Nampaknya, kau silap. Hidup aku tersangatlah sama dengan novel yang berlambak kau baca.