period

51 10 4
                                        

Kejadian ni memang aku akan ingat sampai mati. Aku ingat lagi waktu tu hari Ahad petang, selepas seharian form 5 ada kelas tambahan dekat musolla.

Balik-balik dorm ingatkan boleh rehat sekejap, sekali Zaf bagitahu yang Syaf budak dorm sebelah nak jumpa.

"Syaf, pahal weh cari aku?" Lepas bagi salam, aku terus terjah dengan soalan.

Budak-budak dorm Syaf semua pakat berkumpul dekat tengah dorm. Aku dah pelik. Apahal lak ni? Syaf pun tarik tangan aku supaya mendekat.

"Weh... macam mana ni?"

"Macam mana apa?" Bingung gue.

"Aku... aku rasa aku dah terbocor dekat karpet musolla la."

"WHAT?!" Memang aku dah separa menjerit kat situ. Sumpah la?

"Weh sorry... janganlah marah aku. Betul-betul tak sengaja weh. Balik dorm ni baru aku tahu bocor weh." Punyalah bersungguh Si Syaf minta maaf.

Aku dah picit pelipis kepala. Masalah! Dahlah kena dekat karpet musolla yang bapak mahal gila babeng tu.

"So... nak kena buat apa ni?" Bila otak dah serabut, apa benda pun tak boleh fikir.

"Macam ni... aku plan nak pergi musolla semula. Kita cari tempat yang kena darah tu lepastu kita bersihkan."

"Ki... ta?"

Syaf sengih. "Bolehlah weh temankan aku. Kaukan TKB berjaya," pujuk Syaf lagi.

"Tak masalahnya bila kita nak pergi? Sekarang budak lelaki tengah solat asar. Sah-sahlah ada orang yang solat dekat tempat period kau tu." Itulah benda yang merumitkan kes ni. Dah terkait pula dengan ibadah orang lain.

Syaf terdiam. Tak lama lepastu tiba-tiba Zira buka mulut.

"Ala apa susah, kau bagilah tahu Qawi ada aspuri yang terbocor dekat karpet musolla. Pastu mintalah dia announce mana-mana aspura yang solat dekat kawasan tu supaya solat semula. Habis cerita."

Hmm... bijak juga. Cuma...

"Takkanlah aku nak cerita dekat Qawi pasal benda-benda perempuan ni? Memang taklah! Malu siot!" Aku dah geleng-geleng kepala. Never! 

Diorang semua gelakkan aku.

"Buat apa nak malu bosskur, nanti bila dah kahwin dia kena ambil tahu juga pasal period kau."

Aku pandang Haz. Blur sekejap.

"Yelah, kau kan bakal zaujah dia. Ketua Badar, Timbalan Ketua Badar. Perghhhh sweet gila bhai!"

Waktu tu ramai-ramai dah bersorak. Eh eh minah ni. Teringin nak makan kasut agaknya.

"Tak kelakar la weh! Tak kira, aku tetap tak nak jumpa Qawi."

"Ala kawanku... jangan macam ni. Tolonglah... kau tak kesian dekat aku ke?"

Syaf dah buat muka minta sedekah. Nak tak nak je aku pandang dia.

"Yelah yelah! Bagi aku solat asar dulu. Pastu belanja aku Magnum. Upah," ucapku sebelum berlalu pergi.

Syaf sengih. "Noted!"



PuzzleCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang