j e m p u t

84 23 1
                                    

Berkat mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, aku terima tawaran untuk menghadiri temuduga di MRSM. Hari itu, awal-awal pagi lagi aku dah bangun awal untuk bersiap-siap. Tak sabar punya pasal sampai breakfast pun kalau boleh tak nak makan.

Sampai sahaja di perkarangan kawasan MRSM, kami sekeluarga tunaikan solat zohor dulu dekat surau dia. Surau dia...cantik weh! Besar pun ya. Tepat pukul 3 petang, baru aku mula bergerak ke tempat temuduga.

Alhamdulillah, sesi temuduga aku berakhir dengan jayanya. Aku taklah mengharap untuk dapat, tapi kalau dapat aku terima je. Lagipun, MRSM tu memang sekolah impian aku bila masuk alam menengah ni.

"Eh kakak tahu tak yang Ustazah Gee jemput kita sekeluarga singgah rumah atuk Epy ni?"

Masuk je dalam kereta, aku dah dikejutkan dengan berita tu. Automatik hati dah rasa tak sedap. Dah kenapa nak ajak jumpa keluarga besar Epy pula ni? Ini dah lain. Macam nak temuduga jadi bakal menantu je ni.

Weh, aku tak nak kahwin sekaranglah!

Sepanjang dalam perjalanan itu, macam-macam benda aku fikir. Apa yang berlaku sebenarnya? Tak tahulah, tapi aku dah nampak masa depan aku yang gelap. Huhu sedih!

"Okey, kita dah sampai." Ayah memberhentikan kereta di hadapan rumah atuk Epy. Dari dalam kereta, aku boleh nampak Ustazah Gee dan suami dia melambai ke arah kami.

Lambat-lambat aku turun dari kereta. Adik perempuan aku dah tayang sengih. Lagi-lagi bila nampak aku bersalaman dengan Ustazah Gee. Aku tayang muka innocent. Apa-apa jelah labu.


PuzzleWhere stories live. Discover now