s h o o t e r

121 29 8
                                    

Aku ni boleh dikira sebagai budak top dekat sekolah dulu. Istilah senangnya budak pandailah. Shooter. Jadi, kawan sekelas memang akan tanya aku mana-mana subjek yang dia orang tak faham. Termasuklah geng-geng yang belakang ni.

"Weh, weh kalau yang ni buat macam mana?" Buku BM ditunjuk.

"Peribahasa dia apa?" Buku aktiviti BM pula kali ni. Tadi buku teks.

Soalan tu semua dari Epy. Aku ikutkan je. Dah biasa.

"Weh, nak pinjam buku kau kejap." Selamba dia datang dekat meja aku, ushar tengok buku aktiviti.

Okey. Ini luar biasa. Aku memang takkan biarkan orang meniru sesuka hati.

"Woit. Nak aku ajar, bagitahulah. Tak payah meniru. Tak eloklah!" Buku aktiviti di atas meja aku ambil kasar. Geram.

Epy terdiam. Dia bergerak ke tempat Yusri. Dekat situ juga aku ajar dia.

Hari-hari seterusnya, Yusri berpindah tempat dengan Epy. Kiranya, Epy sekarang ni duduk sebelah aku cuma kami terpisah dengan laluan kosong.

Sejak Epy duduk sebelah aku, macam-macam benda dia tanya. Apa yang dia tak faham, habis semua ditanya. Dari situ, kita orang mula rapat.




PuzzleWhere stories live. Discover now