k e n a l

91 23 3
                                    

Hari Khamis. Puasa sunat aku hari tu. Ustazah Gee, mama Epy tengah berbincang dengan seseorang yang aku tak kenal. Perempuan.

Aku teruskan kerja aku membentang sejadah untuk solat zuhur. Tiba-tiba, Ustazah Gee panggil aku dan dia kenalkan pada wanita di sisi.

"Hah, inilah dia. Yang rapat dengan Epy waktu kecil dulu." 

"Oh... inilah orangnya." Wanita itu senyum. Aku turut membalas senyumnya.

Sebaik selesai solat zuhur, aku naik  kelas. Yan datang ke meja aku. Dia soal aku.

"Kau tahu tak perempuan yang dengan ustazah tu siapa?"

"Tak. Siapa tu?"

"Itulah mak cik Epy."

"Oooh..." 

Aku sambung buat kerja aku. Langsung tak perasan riak muka Yan yang dah berubah. Yan bersuara.

"Kau ni bakal menantulah." Tangan aku terhenti membuat kerja. Wajah Yan aku pandang. Tak faham.

"Yelah, ustazah kenalkan kau pada mak cik dia. Tak kenalkan aku pun. Padahal, waktu kecil dulu aku pun rapat juga dengan Epy." Habis Yan berkata-kata, terus dia blah. Pindah tempat jauh dari aku.

Wait. Yan suka Epy tu ke?

PuzzleWhere stories live. Discover now