Xiaojun POV
Xiaojun duduk sambil menikmati angin di Sungai Han. Siapa yang Papa maksudkan? Xiaojun buntu dengan diri sendiri. Xiaojun memandang sebelahnya. Ada gadis yang bersama teman lelakinya, mungkin. Biarlah! Yang penting, dia tak nak dijodohkan dengan sesiapa. Dia suka dengan hidup dia sekarang!
End POV.
Aku memandang sekeliling bilik. Esok ada camp dekat sekolahnya. Dan, 3 minggu selepas itu ada peperiksaan akhir. Huu, lega! Aku duduk dan mengambil air di meja belajar.
Aku terus senyum. Teringat mimpinya semalam. Dery! Lelaki yang buat hari aku bahagia. Walaupun ia hanya mimpi. Tapi, aku tak kesah! Eommaku pun tak tahu tentang ini dan juga Appaku.
Aku tak nak diorang berharap bila disuruh mencari lelaki itu. Aku sendiri pun jenis malas. Haihh, teruk betul kau ni ya, HyeonMi! Aduhai. Aku ketawa kecil.
Tapi, bila difikir balik, aku nak cari Dery. Nak jumpa dia.
Okay, selepas tamat sahaja alam persekolahannya, aku mahu mencari Hendery. Aku senyum dan baring.
Han River,
Aku berjoging bersama AirPod di telinga. Kerana tidak perasan akan batu di hadapan, aku terjatuh. Cuai! Kalau Dery nampak ni, mampus aku kena ceramah 7 hari 7 malam dengan dia.
Xiaojun POV,
Xiaojun yang perasan seorang gadis mrncuba untuk bangun terus menuju ke arah gadis itu. Mahu menolong untuk gadis itu bangun.
" Err... Awak okey ke?"
Gadis itu memandang Xiaojun. Wajah gadis itu terlihat terkejut memandang wajahnya. Apa yang ada dekat muka aku? Gumam Xiaojun.
" D-Dery?"
Dery? Siapa Dery?
" Err... Mianhae. Siapa Dery? Saya Xiaojun!"
" Oh, mianhae. Salah orang."
End POV,
Ah, malu aku! Aku memandang sahaja tangan lelaki bernama Xiaojun. Aku menyambut tangan itu. Aku senyum memandang Xiaojun. Senyum kekok.
" Terima kasih..."
" Sama-sama. Tapi, boleh ke awak berjalan?"
" Err... Macam... tak boleh..."
Jatuh. Tapi bukan jatuh dekat lantai. Xiaojun menyambutku kerana kakiku terseliuh. Macam drama Korea sangat.
Rumah Eomma Kim dan Appa Im,
" Terima kasih sebab hantar anak Ahjumma."
" Sama-sama. Saya pergi dulu."
" Tak nak join kami makan malam?"
" Tak apa. Saya makan dengan family je."
Eomma senyum. Xiaojun pergi bersama senyuman. Dia jadi serba tak kena pula bila bersama HyeonMi itu.
Ini ke yang dinamakan cinta? Ah. Mengarut je!
YOU ARE READING
[ 𝒘𝒂𝒚𝒗 ] 𝑴𝒊𝒏𝒆 | 𝑯𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒚
FantasyPercaya tak yang aku jatuh cinta dengan lelaki yang tak pernah wujud dan hanya wujud di dunia mimpi aku sahaja? Yep! Itu aku. [wayv/nct] hendery