Erynna pov
Langkah diatur laju menuju ke arah pintu
sebaik sahaja keluar mulutnya ternganga melihat bahagian depan keretanya dicalarkan dengan perkataan
"Minah senget "Nafas ditarik sebelum "TENGKU IRFAN HAYQAL!!!"
Irfan yang berada di muka pintu ketawa berdekah-dekah,manakala tengku camelia terkejut terus bergegas ke arah pintu.
"Apa jadi dengan kereta kamu tu reen" Tanya tengku camelia terkejut.
" Mama tanya irfan" Sepatah sahaja erynna menjawab sambil mengurut pelipis. Tangannya pantas mencapai telefon pintarnya lalu nombor helena didail.
Tengku camelia memandang Irfan geram
"Kamu buat apa fan? ""Erkk ma...mama erm fan" Irfan tergagap-gagap sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu ni memanglah,eyy geramnya mama" Tengku camelia memulas telinga anak terunanya itu.
" Aduh mama sorry maa sorry " terjerit-jerit Irfan menahan sakit.
Tak lama kemudian sebuah kereta audi mermarking tepat dihadapan pagar rumah tengku camelia.
"Mama reen pergi dulu helen dah sampai, and you tengku irfan watch out " Erynna pastas berjalan ke arah kereta lalu mereka bergegas ke sekolah.
Irfan pula mencapai kunci kereta miliknya kerana superbikenya telah dijahanamkan oleh erynna dan devil girl semalam.
"Bye mama fan pergi dulu" Irfan pantas memandu kesekolah setelah meminta diri.
Tengku camelia menggelengkan kepala melihat gelagat mereka lalu pantas menutup pagar.
Irfan pov
"Fuh selamat,kalau tak mahunya putus telinga aku " Irfan berbicara seorang diri sambil tersenyum lebar memikirkan apa yang dilakukan semalam semasa semua sedang dibuai mimpi.
~ THROWBACK ~
Jam didinding dikerling "3.00 pagi"
Irfan pantas turun kebawah dengan perlahan dan membuka pintu rumahnya.Sebaik keluar kereta audi purple milik Erynna dituju.
Tangannya mengeluarkn dawai besi yang diambil dari stor milik papanya Tengku efzan semalam.Lalu elok sahaja tanganny menari-nari menggores kereta Erynna dengan senyuman nakal.
Perkataan Minah senget ditulis besar-besar di bahagian depan kereta itu.
Setelah selesai dengan perlahan dia kembali masuk ke dalam rumah dan tidur dengan hati yang senang.
~ END THROWBACK ~
"Pinnnn pinnnnn"
Irfan terkejut apabila dihon oleh kereta belakang.Rupa-rupanya lampu isyarat sudah bertukar hijau dan dia masih termenung mengingati kejadian semalam.Pantas sahaja dia menekan minyak lalu memecut laju ke Starry highschool.
Jam di dasbord dijeling sekilas.
" Alamak dah lambat, Tch janganlah minah senget tu jaga pagar harini " sekali lagi irfan bermonolog sendiri.Akhirnya,setelah 15 minit memandu keretanya memasuki perkarangan starry highschool dan seperti biasa jeritan pelajar perempuan mula bergema.
Tetapi dia tidak kisahkan hal itu, yang dia kisah sekarang ni ialah muka ketat milik erynna yang menjaga pagar.
"Tch minah ni pulak yang jaga pagar,haish mesti dia balas dendam nanti" irfan dengan pasrah turun dari kereta.
Jeritan para peminat tidak dihiraukan.Erynna pov
Sebaik sahaja kereta milik helena memarking di dalam garaj kereta erynna pantas turun dan berkata kepada helena
"Thanks helen,nanti aku story and sekali belanja kau makan rehat ni,aku kena jaga pagar ni "
YOU ARE READING
Highschool (Slow Update)
Teen FictionBadboy terkenal dengan sifat nakal,membuli dan each other sehingga mereka digeruni oleh semua pelajar...sampailah hadir pengawas itu..highschool ruler or devil girl yng terkenal dengan sifat kejam mereka dalam melaksanakan hukuman..tanpa sedar merek...