BAB 10 🌹

220 33 26
                                    

Waktu balik.
Irfan Pov
Selesai menghabiskan denda mereka duduk sebentar di tepi padang untuk berehat.

"Weyh Fan kau kenapa tiba-tiba je selamatkan minah tu?."Tanya Hayyen pelik.

"Haah weyh,tiba-tiba je...macam pelik ."Sambung Aiman pula sambil meneguk air minuman.

"Woi Irfan,kau menung apa."Aiman menepuk kuat bahu kawannya itu setelah menyedari Irfan tidak berada di dunia yang nyata.

"Apa?!."Tanya Irfan sedikit kuat sambil memandang kedua rakannya itu.

Serentak dengan itu Hayyen dan Aiman menepuk dahi masing-masing.
"Aku rasa kau demam ni Fan."Kata Hayyen.

"Bila masa aku demam Hayyen lee?."Kata Irfan dengan dahi berkerut.

"Demam dilamun cinta."Balas Aiman dan Hayyen serentak.

"What? Sejak bila aku bercinta?."Irfan menjongketkan kening.

"Takde apalah Irfan,takde apa..jom Hayyen kita balik..tinggalkan mamat blur ni dekat sini."Kata Aiman sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu bangun sambil diikuti Hayyen.

"Woi tunggulah aku."Irfan kembali mengejar langkah kedua rakannya.

Erynna Pov.

"Weyhh Erynn aku ada emergency..mummy aku masuk hospital...aku kena kesana sekarang..sorry sangat aku tak sempat hantar kau balik..aduhh si hasya ni pula awal dia balik."Kata Helena dengan nada ingin menangis.

"Hey..relax helen aku tak kisah..aku boleh call Pak Mat..kau pergi hospital dulu..take care au."Kata Erynna menenangkan Helena.

"Thanks and sorry Erynn.."Balas Helena sedikit tenang lalu berlari masuk ke dalam Audinya dan berlalu pergi.

Erynna yang hendak menelefon Pak Mat baru teringat yang dia kini duduk di rumah Irfan dan Pak Mat diberi cuti kerana mereka sekeluarga tiada dirumah.

Dia mengeluh seketika dan berfikir hendak...mendail nombor angahnya,Tengku Aqief.

Baru sahaja hendak mendail,dia disapa dari tepi.
"Ehem,kau kenapa tak balik lagi."Tanya Irfan.

"Helen ada emergency,dia balik dulu.
Aku baru nak call angah ni."Balas Erynna sambil mendail nombor Tengku Aqief.

"Kau balik dengan aku jelah..lagipun kita serumah kan?."Pelawa Irfan sambil membetulkan kedudukan begnya.

"Takpe-."Baru sahaja Erynna hendak membantah Irfan menayang tapak tangan dihadapan muka Erynna.

"No objection."Kata Irfan lalu bergerak ke arah keretanya.
Erynna hanya mengikuti dengan hati yang tak rela.
Yelah kalau call angah mungkin sejam dia kena bertapa dekat sini.

Dalam kereta.
"Ehem,sebagai upah aku nak kau buatkan aku kek coklat."Kata Irfan memecahkan suasana dingin itu.

"Upah??upah apa?aku tak pandailah buat kek ni."Jawab Erynna dengan nada tidak puas hati.

"Upah aku hantar kau baliklah,lagipun kak sha pernah cakap kat aku yang kau pandai baking."Ujar Irfan Selamba.Tiba-tiba datang mood mengusik.

"Bahan takde."Balas Erynna sambil mengerutkan dahi.Ish Kak Sha ni semua benda nak bagitahu.

"Kita beli."Ujar Irfan taknak kalah.

"Dahtu?kau nak keluar dengan bibir kau yang pecah tu?."Sindir Erynna sambil mengerling sedikit ke arah bibir Irfan yang sedikit pecah akibat pergaduhan sebentar tadi.

"Alah sikit je,aku kan kuat..lagipun aku pakai mask je."Irfan menjongketkan sedikit keningnya ke arah Erynna.

"Fine!! lain kali takyah tolong kalau nak balasan..tak ikhlas."Rungut Erynna bengang.

Highschool (Slow Update)Where stories live. Discover now