Erynna pov
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam,Erynna melangkah turun ke bawah tiba-tiba rasa lapar pula.
Almari dapur dibuka,kemudian ditutup kembali.
Tidak dilupakan juga peti ais juga dibuka.
Namun tiada apa yang menarik.Tiba-tiba dia teringat tentang bahan kek yang dibeli tadi dan jari dipetik setelah mendapat idea.
Erynna berlari ke atas dan mengetuk pintu bilik seseorang,selang beberapa saat terjengul wajah Irfan yang sedang menguap.
"Nak apa?kacaulah."
"Tadi kau suruh aku buat kek kan?"Tanya Erynna sambil tersengih.
Irfan yang mendengar bagaikan dapat meneka apa yang dimahu oleh Erynna pantas mahu menutup pintu biliknya.
"Aip kau tak payah nak mengelak!."Erynna menjegilkan matanya sambil menahan pintu daripada ditutup.
"Memanglah,tapi agak-agaklah pukul 12 tengah malam sengal."Rungut Irfan sambil menggosok matanya.
"Tak kisahh!sekarang ni aku lapar,cepat turun,aku tunggu kat dapur."Erynna melangkah turun kebawah dengan riang manakala Irfan berdecit menahan geram.
Irfan pov
Langkah diatur malas ke dapur, kelihatan Erynna bersemangat sudah mengeluarkan bahan-bahannya.Irfan mengambil tempat meja island itu sesekali dia menguap menahan kantuk.
"Nah ambil ni,potong dulu coklat ni biar lebih kecil."Arah Erynna yang sedang berusaha mengikat apron miliknya.
Irfan mengeluh sebelum turun dari meja island tersebut dan membantu Erynna mengikat apronnya.
Erynna terkaku sebelum berdehem sekilas dan menyambung kerjannya,mukanya memerah menahan malu.
"Lepas tu?."Soal Irfan apabila selesai memotong coklat itu.
"Hum?."Erynna tersentak dari lamunannya.
"Kuat beranganlah kau ni."Sergah Irfan.
"Hey suka hati akulah,berangan kan free..habistu yang kau tu?berangan nak kahwin dengan blackpink siap mimpi lagi?!takpe pula."Balas Erynna sambil menahan gelak.
"Weyh bila masa?menipu je kau ni!."Irfan membuat muka tak puas hati.
"Dahlah malas aku layan,btw tolong aku ambikkan loyang dalam kabinet tu kejap."Erynna menyambung pekerjaannya.
Suasana sunyi sepi seketika.
Sebelum dipecahkan oleh suara Irfan."Erynn,aku ada pickupline untuk kau."Kata irfan sambil bersandar pada peti ais.
"Hah?sejak bila kau pandai berpickupline pula ni?."Erynna menyoal pelik.
"Well ni Irfan lah."Balas Irfan riak.
"Apa beza kau dengan monyet?."Tanya Irfan.
"Kau ni bengap ke apa?dah sah-sahlah monyet tu binatang aku ni manusia."Bebel Erynna sambil memasukkan loyang didalam oven.
YOU ARE READING
Highschool (Slow Update)
Fiksi RemajaBadboy terkenal dengan sifat nakal,membuli dan each other sehingga mereka digeruni oleh semua pelajar...sampailah hadir pengawas itu..highschool ruler or devil girl yng terkenal dengan sifat kejam mereka dalam melaksanakan hukuman..tanpa sedar merek...