INTRO

14.6K 396 28
                                    


Bila diri meletakkan rasa cinta dan kepercayaan melebihi sang pencipta, kelak—Hati akan merasa rasa sakitnya perasaan dikecewakan.

***

"Never put a hope on people. People come and go. Put your hope in Allah. You will overcome it all"

D

uhai hati, jangan sekali berputus harapan untuk bangkit. Ketahuilah, kepada siapa yang tidak berputus asa akan rahmat Allah, kelak—kebahagiaan akan hadir dalam waktu yang kita tidak terjangka. Bersabar. Walaupun, tenat.

Dhia arluna seorang gadis muda yang simple dan ramah. Naif dan iya, sedikit polos. Tambahan pula sikap cuainya dan santun itu mampu membuatkan orang lain terasa selesa untuk berkawan. Dia, gadis yang sepertinya membawa sinar kemana juga pergi.

Anak perempuan buat Tengku Sakinah dan Encik Sufian.

Tengku Sakinah berkahwin Bersama orang yang tidak mempunyai taraf yang sama, cukup membuatkan ahli keluarga wanita tersebut bertindak palau antara satu sama lain. tambahan pula, Encik Suffian seorang anak yatim piatu dan tidak mempunyai apa-apa.

Encik Suffian bukanlah seorang lelaki yang mempunyai kerjaya yang hebat, apatah lagi seorang yang berduit. Mujur, perkahwinan Encik sufian dan Tengku Sakinah mendapat restu daripada Tengku zanirah untuk hidup Bersama.

Pada mulanya hidup gadis muda itu sangat Bahagia dan indah belaka, tetapi cerita duka pula mula menerpa dalam hidup tatkala dia berusia 18 tahun. Tengku Sakinah dan Encik Suffian terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Sejak peristiwa itu Dhia Arluna membawa status baru sebagai anak yatim. Kerana dia tidak mempunyai gelaran 'Tengku' seperti ahli keluarganya, kehadiran Dhia Arluna tidak disambut mesra.

Dhia Arluna berfikir hidupnya masih ada sinarnya jikalau ada cinta pertama di sisi. Namun telahan dia meleset jauh. si jejaka mula memungkiri janji untuk setia dan sanggup berkahwin dengan orang lain kerana alasan tersendiri.

Paling memeritkan, lelakinya berkahwin dengan sepupu sendiri. Cukup mampu menyiatkan hatinya yang sudah bersiaga luka.

Apa memang dia ini pembawa nasib malang? Bercinta dalam tempoh yang lama tetapi menjadi milik orang lain? Oh, tuhan!

'No matter how life treats you, Allah has plan for you. No Matter how intense the struggle, have faith in Allah. Allah is greater than anything'

Tragedi demi tragedi, Dhia Arluna terasa rengsanya kian menggila. Kala itu,. Dia nekad. Dia mahu mencari jalan baru untuk membina hidup.

Dhia Arluna mahu pergi jauh!

"Izinkan Dhia, Nenda"

"Nenda izinkan tetapi ada syaratnya"

Tengku zanirah memberi keizinan kepada Dhia Arluna untuk merantau. Namun, wanita berusia itu meletakkan syarat sebagai janji yang perlu dilunaskan. Dhia Arluna menurut. Asalkan dia boleh pergi berjauh!

Enam tahun membawa diri, akhirnya Dhia Arluna kembali. namun, siapa jangka? Kisahnya mula bercoret pada episode seterusnya.

Takdir atau sebaliknya?

"Luna masih cintakan abang?"

"Jangan prejudis keadaan, Abang"

Ternyata, gadis muda itu sudah berubah 100% dan semakin matang. Dhia Arluna membawa kateria yang berbeza dan mempunyai pendirian yang teguh. Cukup membuatkan jantung Tengku Zarif Elfred Kembali berdegup laju seperti pertama kali dia bersua muka Bersama gadis muda itu.

"Aku rindu kau yang dulu"

"Malangnya, dia sudah mati"

Kehadiran Dhia Arluna telah menggoyahkan kedudukan ahli keluarga tersebut. termaksulah; Tengku Aina Husna.

"Dia suami aku, Dhia!"

Episode baru bermula!

Apa Dhia Arluna perlu menelan atau hanya menyelam dan kemudiannya berenang jauh?

Apa ini penamatnya?

'All things happen with the will of Allah'

"Bertahan dengan abang, Luna"

"Patutkah, Luna?"

Dia dahulunya hadir membawa sinar dan kini, dia kembali membawa sebuah harapan. Seorang gadis yang bernari dengan namanya sendiri sehingga menjadi suatu cerita yang menarik.

She is my Tatania angel.

Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)Where stories live. Discover now