Beberapa hari kemudian.
T
engku Hassanah membuang nafas berat. Dia menjangkah malas masuk ke dalam rumah agam. Akhirnya, final Exam sudah tamat. Dia berjaya mengharungi semester lima dalam pengajiannya dengan baik. makanya, bermulalah dua bulan cuti semester sebelum semester akhir membuka tirai.
Rambut disibak tepi. Leher diregangkan. Terus terang, semester kala ini betul-betul membuat dia terasa lelah kepalang. Allahu.
Jika dia ada peluang dan adanya pintu Doraemon, Tengku Hassanah lebih sudi mahu menjadi kanak-kanak kembali. Haish.
Beg Pakaian pada bahu, dia memegang dengan erat. kepala menoleh kanan kiri mengitari persikitaran. Dia mahu mencari kelibat si ibu. Namun, tiada. Sementelah itu, dua kakinya menapak ke bahagian ruangan tamu.
Tidak lama kemudian, sistem pendengarannya menggamit bunyi riuh orang yang sedang berbual. Spontan, Tengku Hassanah membentuk alis.
Apa—ibunya ada di dalam sana?
Tengku Hassanah melajukan langkah. Tatkala dia sudah tiba di jenang ruang masuk, pancaideranya menggamit beberapa orang yang ada. dua iris dipincingkan sambil meniliti. Saat itu, dia mengeluh.
Kelibat ibunya masih tiada. Cuma ada, kelibat para sepupu dan Tengku Zarif sahaja. Agak-agaknya, dimana ibunya sekarang?
Bertelefon pun, tidak berangkat. Aduhai.
"Ana? Bila sampai?" tegur Tengku Aina tiba-tiba. Perihal itu, semua yang ada mula berpindah pandangan.
Tengku Hassanah bersikap biasa. wajahnya tidak memberi sebarang riak. Sejujurnya, dia tidak punya hubungan rapat bersama sepupunya yang lain. dia adalah pasukan Dhia Arluna.
Tengku Hassanah berusaha melarikkan senyuman. Meskipun tawar dan hambar. Asalkan ada.
"Baru. Nampak ibu Ana?" Sahut Tengku Hassanah tenang. namun, dua mata sendiri tidak lekang merenung adengan Tengku Aina dan Tengku Zarif.
Pasangan itu, suka benar bermanja di khalyak ramai. sendeng kepala sana situ. Cium pipi itu ini. Halal tapi, tidak kena dengan tempat. Mengapa tidak berpindah sahaja?
Saat itu, Tengku Aqila mendongak kepala.
"Dapur?"
Tengku Hassanah angguk. Tidak mahu melengahkan masa, dia bersiap sedia mahu beredar. Tambahan pula, dia tidak betah mahu melihat aksi manja sedemikian.
"Ana, duduklah sini kejap. berbual" kedengaran suara Tengku Hashim memanggil. Serta merta, dia berhenti. Kepala menoleh kembali sebelum matanya bertemu pada renungan daripada para pupu.
Tengku Hassanah garu dahi.
"Ana mahu mencari Ibu. Lagipun, Akak Aina sepertinya mahu ada ruang bersama Abang Ed" serentak itu, Tengku Aina berhenti gurau bersama Tengku Zarif. Lekas pasangan tersebut mencari wajah Tengku Hassanah.
Mata bertemu mata. selajur Tengku Aina melarikkan sengihan panjang. Kepala terlentok pada dada bidang milik suaminya dengan manja.
"It's ok. Boleh sahaja kau berduduk sini. aku dan Zarif memang bersweet begini. Kan, Abang?" kenyit mata. perihal itu mengundangkan tawaan kecil daripada Tengku Zarif.
YOU ARE READING
Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)
RomanceHis Tatania Angel novel blurb. No matter how life treats you, Allah has plan for you. No Matter how intense the struggle, have faith in Allah. Allah is greater than anything. Dhia Arluna seorang gadis yang bijak. Dia punya impian. Dia punya cita-cit...