Imbas kembali.
"A
bang Ed!!!"
Tengku Zarif Elfred menoleh kepala. saat itu, sistem penglihatannya terhidang akan kelibat seorang gadis remaja. Gadis itu berlari laju untuk mendekat sehinggakan wajah menjadi merah Padma. Spontan, dia mengukir senyum nipis. Hati dia, terasa kelam.
Mungkin setelah apa yang diceritakan oleh Tengku Aina pada tempoh lalu, cukup membuatkan hati sendiri terasa tawar dengan Dhia Arluna.
Mengapa Dhia Arluna sanggup mencurangi dia? Apa salah dia telah buat?
Seketika itu, Dhia Arluna melarikkan senyum melebar. Rasa rindu kian menebal dalam hati. Dia melajukan larian bersama perasaan yang teruja. Sudah berminggu-minggu, Tengku Zarif sepi. Namun, siapa jangka—dia mendapat khabar gembira pada hari ini.
"Abang Ed lama tunggu?" soal Dhia Arluna termengah-mengah. Semasa dia mahu menjemur kain tadi, posmen tak berbayar iaitu zikri ada memaklumkan, Tengku zarif mahu berjumpa dengan dia di tempat biasa.
Kemudiannya, Dhia Arluna menegakkan tubuh. Nafas masih belum teratur. senyuman kian melebar. Oh tuhan, rindunya dia kepada lelaki.
Tengku Zarif kekal membisu. Dia masih merenung gadis ini tanpa sebarang riak. Kemudian itu, dia mengeluh perlahan. selajur dia berundur kebelakang dua tapak.
Dhia Arluna beriak bingung. Mengapa?
"Abang? Abang ada masalah k—"
"Luna, dengar apa Abang nak cakap"
Terdiam. Dhia arluna mula menegakkan tubuh badan sendiri. Walaupun hatinya berdebar debar tapi dia masih setia menjadi pendengar yang baik buat lelaki tersebut.
Tengku Zarif mengeluh lagi.
"Abang mahu berkahwin"
Dhia Arluna menjadi terpinga-pinga. Berkahwin? Sudah sampai masanya kah? Sememangnya mereka ada berjanji. Namun, lelaki ini kata mahu bekerja setahun dahulu.
Apa ini punca kekasihnya menyepi lama?
"Ok, tapi bukan ke Abang kata nak—"
"Abang berkahwin tapi bukan dengan Luna"
Berjeda.
Senyuman Dhia Arluna menjadi mati. Wajahnya terbega. Apa? Berkahwin tetapi dia bukan pengantinnya? Bukankah dia ini, kekasih?
Dhia Arluna menjangkah setapak ke hadapan.
"Bukan de-dengan Luna? Ta-tapi ken-kenapa?" kala ini, Dhia Arluna merasa dadanya mengetat. Air liur juga terasa payau. Apa dia tidak salah dengar?
Ini mimpi sahaja kan?
Tengku Zarif masih beriak sama. Mendatar.
"Luna ada jawapannya dan—kita tidak setaraf" jawab Tengku Zarif tenang. dua tangan bersilang ke belakang.
Dhia Arluna terperanjat. Apa?
Taraf? Bukankah lelaki ini tidak kisahkan taraf dirinya. Dhia Arluna tidak mengerti. Jawapan? Jawapan apa dia ada. apa semua ini?
YOU ARE READING
Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)
RomanceHis Tatania Angel novel blurb. No matter how life treats you, Allah has plan for you. No Matter how intense the struggle, have faith in Allah. Allah is greater than anything. Dhia Arluna seorang gadis yang bijak. Dia punya impian. Dia punya cita-cit...