Tengku zahara mengurut perlahan kedua bahu ibunya. Luluh hati dia apabila kedua tangan sendiri sudah jelas terasa rangka tulang pada tubuh badan Wanita berusia tersebut. Tengku zahara mengetap bibr bawah, dia sedang mencuba menahan esakkan dan air matanya merembes dari keluar.
Bersediakah dia?
Uhuk!
Uhuk!
"Bonda rasa tak lama lagi, Bonda dapat duduk dengan Sakinah semula"ujar Tengku Zanirah tiba-tiba. Dia memejam mata sambil menikmati urutan daripada si anak.
Selajur, Tengku zahara berhenti mengurut. Kelopak mata dikerdipkan beberapa kali seraya mencari wajah si ibu. Apa emaknya ini? Janganlah buat drama sedih waktu macam ini. haish. Dia langsung tidak gemar!
"Apa bonda merepek ni" Tengku Zahara cuba mengawal nada dan riak. Selamba saja bahu si ibu dia menampar perlahan, tanda dia melepaskan geram.
Pap!
Tengku zanirah tersenyum tipis. Sejujurnya dia rindukan arwah anak perempuannya yang satu itu. setiap hari dia berdoa untuk anaknya. Tengku Sakinah adalah anak bongsu dia, tetapi dibuang dan dihalau oleh arwah suaminya dek kerana mahu berkahwin Bersama lelaki yang tidak setaraf. Kerja pun biasa-biasa saja.
Terus terang, Tengku zanirah tidak kisahkan perihal taraf mahupun kekayaan yang disandang. Perkara itu tidak boleh dibawa hingga mati. Hal itu kerana dia memberi restu kepada Tengku Sakinah dan Saiful untuk Bersama. Kebahagiaan anaknya adalah kebahagiaan dia. dahulu, Setiap bulan pasti dia akan datang melawat ke rumah anak dan menantunya itu.
Walaupun rumah itu tidak semewah dan sebesar seperti rumah agamnya, ternyata anak perempuannya itu hidup sangat Bahagia dan terjaga baik. Mana tidak, dahulu Tengku Sakinah agak liar sedikit, susah nak behave. Cuma tidak sangka, menantunya Saiful itu mampu membentuk anaknya pada jalan yang baik.
Saat itu, Tengku zanirah tersenyum.
Hidupnya Bersama suami, sangat serba cukup. Bahkan, lebih dari cukup. Kemewahan sentiasa ada, tetapi Tengku zanirah akui, dia ada terasa berkurang sesuatu. iyelah, suaminya sentiasa sibuk bekerja, anak-anak pula suka buat Haluan sendiri.
Namun, sejak Tengku Sakinah berkahwin Bersama Saiful, anaknya itu kerap menanyakan khabar dia dan memberi buah tangan walaupun hanya buah-buahan.
Benar kata orang, tidak semestinya kaya dan berpangkat itu hati akan merasa Bahagia. Haih.
"Bonda rindu Sakinah" tutur Tengku Zanirah perlahan. kedua kelopak mata mula diangkat.
Tengku zahara tersenyum kelat. Dia juga rindukan arwah adiknya itu. hanya dia sahaja masih berhubung adiknya itu walau Tengku Sakinah sudah dihalau dan dicaci oleh ahli keluarganya. Dan dia masih teringat di kala suami adiknya itu, dihina oleh si ayah dengan teruk.
Kasihan.
"kau sudahlah yatim piatu. Papa kedana! Ada hati nak berkahwin dengan orang ada-ada macam keluarga aku"
"Dasar lelaki tak tahu malu!"
"keluar! Habis rumah aku berbau dengan badan kau"
Walaupun begitu, Saiful tidak pernah berputus asa mahu menambat hati ayah dan ahli keluarga mereka, dan lelaki itu masih menemani isterinya pulang ke rumah agam mereka untuk berjumpa sama.
Dalam diam, Tengku zahara ada rasa cemburu melihat layanan Saiful kepada adiknya. Lelaki itu melayani Tengku Sakinah seperti seorang permaisuri. Berbeza dengan diri dia. suaminya hanya memberi duit sahaja, dan bekerja tidak sudah.
YOU ARE READING
Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)
RomanceHis Tatania Angel novel blurb. No matter how life treats you, Allah has plan for you. No Matter how intense the struggle, have faith in Allah. Allah is greater than anything. Dhia Arluna seorang gadis yang bijak. Dia punya impian. Dia punya cita-cit...