Imbas kembali.
Enam tahun yang lalu.
"n
enda, Dhia tak kuat lagi. Izinkan Dhia pergi"
Dhia Arluna merintih perlahan. Kedua tangannya sudah mengenggam erat dua tangan milik Wanita berusia itu. Tengku Zanirah melepaskan keluhan lemah. Kedua matanya memandang sayu pada wajah sang gadis yang sudah habis lencun kerana air mata.
Tengku zanirah tahu, gadis ini terlalu rasa sakit sehingga terasa tiada daya lagi mahu meneruskan hidup. Kehilangan kedua ibu bapa sekelip mata. Bahkan, cinta hati Dhia Arluna turut berkahwin sama dengan sepupu sendiri Apatah lagi kehadiran gadis remaja ini tidak diterima baik oleh sebilangan ahli keluarganya.
Tengku zanirah tersenyum kelat. kepala Dhia Arluna dia mengusap kejap. Kesian. Tapi, apa dia boleh buat? Ahli keluarganya semua berkepala kentang. Susah nak makan nasihat. Haih.
"kau nak pergi mana Dhia? Cuba bagitahu aku. kau ada aku saja Dhia" kata Tengku zanirah dengan suara yang tertahan. Genggaman tangan milik gadis remaja itu dia menggenggam semakin kemas. Walaupun cucu perempuannya ini tidak setaraf seperti dia dan ahli keluarganya lain, Tengku Zanirah tetap memberi kasih sayang yang sama rata.
Dhia Arluna kemam bibir. Perlahan-lahan nafas dihela. Dia tidak tahu tapi, yang pasti—jauh dari sini. titik.
"Dhia nak bawa diri. Dhia. Dhia nak pulihkan hati Dhia. Izinkan Dhia, Nenda" Dhia Arluna menangis teresak-esak. hatinya terlalu sakit tatkala nasib malang satu persatu hadir dalam hidupnya. Dia tidak kuat lagi. Lagipula kekasih hatinya bermesraan bersama sepupunya, Tengku Aina Husna di depan mata sendiri—cukup membuatkan hati dia semakin rapuh.
Dia kehilangan ibu ayahnya
Dia kehilangan kebahagiaan yang ada
Dia dibenci oleh ahli keluarga Tengku zanirah
Malah—bekas teman lelakinya memungkiri janji untuk setia Bersama selama-lamanya.
Apa dia punya harapan lagi?
'Ya Allah, aku tak kuat. Bantulah aku'
Tengku zanirah meraup wajahnya kejap. Bibir bawah diketap kuat, dia berusaha cuba menahan air mata dari tumpah mengalir. Dia perlu kuat untuk cucunya. Cucunya tidak setaraf namun bagi Tengku Zanirah –taraf itu hanyalah gelaran sahaja, bukan boleh dibawa sampai mati pun. Tidak lama itu, Tengku zanirah melepaskan keluhan lemah. Wajahnya dipalingkan ke arah Dhia Arluna semula.
Tengku Zanirah melarikkan senyum tawar.
"Baik, nenda benarkan dan memberi keizinnan"
Serta merta, Dhia arluna angkat pandangan dan, kedua ulas bibir itu mula mengukir senyuman yang melebar. Serius?
"Tapi—" berjeda
Dhia arluna terkedu. Wajah Tengku Zanirah mula dia merenung tidak lepas. Tapi apa?
Tengku zanirah tersenyum. Kedua tangan sudah mengusap lembut kedua rahang milik cucu perempuannya. waktu remaja sudah Nampak comel dan cantik, bila besar nanti pasti –gadis ini akan mewarisi kecantikan milik arwah anak perempuannya itu.
Copy paste!
"Saat wasiat aku dibaca, kau kena pulang" senada dan mendatar. Perihal itu membuatkan Dhia Arluna tercenggang. Tanpa apa amaran, terus sahaja menampar lembut peha neneknya. Selamba!
YOU ARE READING
Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)
RomanceHis Tatania Angel novel blurb. No matter how life treats you, Allah has plan for you. No Matter how intense the struggle, have faith in Allah. Allah is greater than anything. Dhia Arluna seorang gadis yang bijak. Dia punya impian. Dia punya cita-cit...