BAB 4

7.1K 395 22
                                    


Dhia arluna menjangkah santai masuk ke dalam sebuah syarikat. dua tangannya elok menyeluk masuk ke dalam kocek seluar. Dua irisnya mengitari kejap pada persekitaran syarikat. nyata, tiada yang berubah. kali terakhir dia kemari, tatkala dia baru menyandang jawatan sebagai ketua pengerusi.

Dhia Arluna tunduk pandangan. Sapaan dan salam daripada staff, dia menyanbut baik. tidak lama kemudian, kelibat Jaafar—menggamit pancaidera. Dhia Arluna melarikkan senyum. nipis.

Selajur dia melajukan langkah. Jaafar membalas senyum. kepala menunduk sedikit tanda dia memberi sapaan selaku seorang pekerja.

Dhia Arluna mengenakan suit lengkap berbiram dan digandingkan dengan tudung bawal berwarna hitam. Dua boots heels berwarna hitam tersarung pada kaki membuatkan bentuk betis itu tampak elok.

Kena!

Tanpa pengetahuan orang terdekat, Dhia Arluna adalah seorang usahawan muda yang terkenal di Negara luar. Syarikat di Malaysia hanya ada tiga cawangan sahaja. Hal ini kerana, Dhia Arluna tidak mahu kerabat tengku itu tahu latar belakangnya dan aktivitinya sepanjang enam tahun ini.

Dhia arluna membuka cawangan automotif permesinan. Mereka menyediakan mesin untuk membuat food packaging , ubat-ubatan dan gajet.

Jaafar dahulunya mengambil bidang kejuruteraan mekanikal dan programming. Malah Dhia Arluna pula punya kemahiran pada mechanical design. Oleh sebab itu mereka mampu mengendalikan urusan perniagaan sebegini.

Perhotelan dan bengkel mewah seperti motorsikal dan kereta hanyalah perniagaan sandaran. Hanya untuk suka-suka. Namun siapa sangka, tetap memberikan hasil yang lumayan.

Dhia arluna sangat berjaga-jaga dalam perihal diri, kerana itu dia tidak pernah memberitahu lebih kepada Tengku Zanirah.

Kejayaan yang ada—Dhia arluna dikenali sebagai The Tatania. Seorang gadis yang bijak dan berani dalam menggunakan cara yang baru dalam bidang ekonomi.

'She is the queen of tactician. She's is the strongest women in business empire and that's how she earned the nickname of tatania. She isn't called 'Tatania' for nothing'

Dia gadis yang luar biasa.

"Jaafar, lama tiba?" sapa Dhia Arluna bersahaja. Jafaar tetap senyum. kepala menggeleng sebelum berjalan sama dengan Dhia Arluna. Tertib.

"Nope. By the way, Fauzi sudah ada dalam pejabat"

Kedengaran Dhia Arluna menggumam. Angguk. Sebenarnya, dia sudah mendapat kebenaran daripada Tengku Zanirah untuk mengambil Fauzi.

Sementelah itu, dia menoleh jenak kepada Jaafar.

"Boleh semak laporan untuk mesyuarat esok?" pinta Dhia Arluna lembut. Sempat dia memberi isyarat mata. berharap Jaafar faham.

Lantas itu, Jaafar menayangkan thumbs up.

"Got it" selajur Jaafar bermasuk ke dalam pejabat miliknya. Dhia arluna pula lekas menerpa ke pejabatnya didepan. Pantas.

Kemudian itu, Dhia Arluna menolak pintu pejabat itu sebelum menjangkah masuk. Serentak itu, kelibat Fauzi yang sedang berduduk depan meja kerjanya, mula menjadi santapan mata.

Dhia Arluna mengulum senyum.

"Morning, Cik Dhia. Saya—"

"Morning. It's ok. Sit down" Dhia Arluna memotong laju. Spontan dia menanggalkan blazer dari tubuh sebelum menggantung pada penyangkut. Kemudiannya, dia melabuhkan duduk atas kerusi.

Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)Where stories live. Discover now