BAB 6

7.8K 420 40
                                    


Sebak dan menghibakan.

 Kawasan tanah perkuburan itu, ditenggalami orang-orang yang ada. kedengaran tangisan kecil dan bacaan memenuhi segenap ruang. Cuaca yang bertamu juga tidaklah sebahang seperti biasa. suam-suam. Tengku Zarif Elfred memerhati diam pada sebalik kaca mata. dalam sanubari, dia mendoakan pemakaman Tengku Zanirah menjadi mudah.

Tengku zanirah tidak mahu dikebumikan Bersama makam peribadi milik keluarga isterinya. Wanita berusia itu mahu dikebumikan dalam tanah perkuburan biasa. Tengku Zarif membuang nafasnya dengan perlahan.

Dia terasa semuanya, berlaku terlampau tiba-tiba. Entah mengapa, dia mula terasa tidak senang? Bahkan, hatinya tidak mahu beri kerjasama untuk bertenang.

Seketika itu, Tengku Zahara masih teresak perlahan. rasa sedih yang bertamu kian menebal. Terus terang, dia masih belum menyiram bakti kepada Tengku Zanirah. Dia ini, banyak kurangnya sehingga banyak kehendak Tengku Zanirah tidak dapat dibuat.

Tengku Zahara terpunduk sedih. Allahu.

"Maafkan Ara, Bonda. sebab Ara bukan anak yang cukup baik untuk Bonda dan Ayahanda" Tengku Zahara merintih perlahan. dia sudah tidak berdaya lagi.

Tengku Hassanah merembes air matanya tidak berhenti. Kadang kala dia akan menyeka air mata dengan penghujung kain shawl dipakai. Dia merasa serba salah kerana tidak berpulang kerap tatkala Nendanya masih berhidup.

Jikalau tidak, sudah tentu dia dapat meluangkan masa bersama Tengku Zanirah dengan banyaknya. Tengku Hassanah mengeluh sebak.

Bahana memilih diri sendiri tanpa berfikir persekitaran dengan baik. haih. Ketara dia ini, bukanlah cucu perempuan yang baik-baik.

"Dinda"

Selajur Tengku Hassanah menoleh. Saat itu, wajah si abang menggamit pancaideranya. Tengku Hassanah berusaha mengulum senyum.

"Iya kanda?"

Tengku Haikal mengukir senyum. spontan, dia mengusap kepala adik perempuannya jenak. Sekadar mahu memujuk. Sementelah itu, dia memaut bahu si adik dengan kemas.

"Sabar iya? Doakan Nenda"

Selajur Tengku Hassanah mengangguk.

Seraya itu, bahu Tengku Hassanah, dia mengusap perlahan. sejujurnya, dia tidak menjangka—Nendanya akan membuang nafas terakhir pada pagi tadi. walhal, dia baru sahaja melawat pada tiga puluh minit sesudah itu.

Tika itu, Tengku Zanirah tampak baik-baik sahaja. Tidak pula, wanita berusia itu beriak sakit mahupun lemah seperti selalu. Bahkan dia dan Tengku Zanirah dapat berbual sambil bermakan.

Tengku Haikal mula bermonolog.

"Cucunda tidak perlu khuatir. Hal Syarikat, peguam Nenda akan uruskan. Cucunda boleh memberi tumpuan pada perniagaan ayahanda kamu"

Serentak itu, Tengku Haikal mula beriak bingung. Sejujurnya, dia tidak mengerti. Apa, Nenda-nya sudah bertemu seseorang yang sesuai?

Atau, syarikat itu—sudah dijual? Hairan.

Syarikat itu sudah hampir muflis Terus-terang, hanya menunggu waktu sahaja untuk menggulung tikar. Siapa mahu membantu untuk menaikkan nama syarikat itu Kembali? Syarikat arwah adalah syarikat bidang teknologi tinggi. Membuat security keselamatan yang sangat canggih.

Novel l His Tatania Angel (His Desire Angel)Where stories live. Discover now